Hai?
Hai. Saya baru tahu blog saya ni ada orang stalk untuk kepentingan peribadi. Entah, masih tak rasa nak privatekan sebab sini bukan diari. Kalau sini diari, saya bagi orang yang saya nak je baca. Tapi tak, okay. Penulisan-penulisan dalam ni kebanyakannya di akhiri dengan konklusi atau peringatan atau pendapat yang mungkin boleh diikuti, dipersetujui, dan diingati. Jadinya, kalau membaca, bacalah dengan penuh rasa ingin memahami, mengenali, dan dengan niat yang baik. Bacalah sampai penghujung penulisan agar tidak timbul salah faham. Berhubung teruslah dengan saya jika ada yang tidak dipuashatikan. Setiap manusia ada pendapat dan sensitiviti yang berlainan. Kalau tak cuba untuk difahami, maka gagallah proses taaruf tersebut. Segala entry tidak akan dipadam semata kerana hal yang berbangkit supaya saya masih mengingati kebaikan orang terhadap diri saya. Wassalam.