Silaturrahim Yang Diuji

 29 Mei 2021

Assalamualaikum warahmatullah. Haii.

Saya sedang menghadapi ujian silaturrahim saya kira. Betul, silaturrahim ni memang akan sentiasa diuji sama ada silaturrahim dengan keluarga, sahabat-sahabat, saudara-mara, atau dengan kenalan. Kedewasaan ini lebih banyak akan diuji apatah lagi semakin ramai kenalan baharu yang semakin hari semakin rapat dan disayangi. Dan seperti biasa, saya percaya silaturrahim ini akan diuji suatu hari nanti. Cuma bentuk ujiannya yang tak dapat dijangkakan bagaimana. Pun begitu, sebagai seorang yang gemar menjalinkan silaturrahim, saya terpaksa akur dengan hakikat sebegini dan teruskan bersilaturrahim dengan sesiapa sahaja yang dirasakan selesa. Walaupun nanti saya sendiri tahu, saya akan menangis jika silaturrahim itu diuji.

Tapi, bukankah ini kehidupan?



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)