Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

 Hai assalamualaikum warahmatullah

Selamat Hari Guru!
🙆🏻‍♀️🙌🏻🌸
Kelas dalam talian menjadikan sesi PdP lebih mencabar, tetapi guru-guru tetap bersabar dan meletakkan sepenuhnya usaha untuk memastikan ilmu disampaikan dengan baik dan murid-murid memahami apa yang disampaikan. Tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” saya kira menekankan tentang toleransi dan bantu membantu antara generasi dalam proses menuntut ilmu.
Dek teknologi yang semakin berkembang, generasi kini lebih ramai yang menguasai banyak aplikasi terkini. Berikutan situasi Malaysia yang berpanjangan menjalani PdPR, dapat kita saksikan ramai guru-guru yang merendahkan ego meminta tunjuk ajar daripada pelajar atau anak muda tentang beberapa fungsi. Tim Sekretariat Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan juga tidak ketinggalan untuk membantu para guru dan ibu bapa menggunakan aplikasi yang kerap digunakan semasa PdPR. Ini membuktikan bahawa setiap lapisan umur perlu dan hendaklah sentiasa berguru dengan mereka yang mahir dalam bidangnya.
Ingin saya selitkan di sini. Apa yang tersebar di group-group whatsapp generasi lama kerap kali merupakan perkara-perkara yang palsu, tiada asas, tidak merujuk kepada golongan yang ahli. Tidaklah semua perkara, tetapi boleh dikatakan kebanyakkannya lebih-lebih lagi berkenaan keadaan semasa. Contohnya seperti sekarang, banyak video-video dan langkah-langkah segera yang boleh diamalkan untuk menghilangkan COVID, selain perlu dicucuk vaksin. Kalaulah semudah itu, mengapa kita perlu menunggu masa yang lama untuk kehadiran vaksin?
😅
Kerap kali kami sebagai anak yang perlu menjelaskan kepada emak abah berkenaan hal-hal ini. Sampaikan saya sendiri membuat anggapan “Mak Abah mesti geram kenapa maklumat yang mereka terima asyik dikatakan tak betul je
😅
”. Tapi begitulah, sasaran golongan yang berumur ini lebih mudah untuk didoktrin kerana kurangnya akses kepada sumber yang betul, lebih-lebih lagi orang-orang kampung.
Apapun, saya yakin, jika semua lapisan umur memahami konsep “Semak Sebelum Sebar”, hal seperti ini tidak berlarutan. Teringat waktu kecil dahulu, seringkali dipesankan “Kalau tak tahu, tanya”. Maka perkara yang sama jugalah yang perlu diamalkan oleh generasi lama ini.
Pun begitu, generasi inilah yang banyak mendidik kita menjadi manusia yang berguna. Marilah bersama-sama berguru demi ilmu.
Sekali lagi, SELAMAT HARI GURU kepada semua yang mendidik! Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi.
Nur Azimah Adnan,
Tolabul ‘Ilmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)