Pergi
Haha, penatlah nangis atas rasa ketidakbergunaan ini.
Saya tahu yang saya sangatlah tak kompeten dalam segala kerja.
Orang macam ni tak sepatutnya pun terus kekal untuk jawatan sebegini.
Kenapa entah mata yang melihat diri ini seringkali merasakan yang saya sesuai.
Walhal yang berurusan sahajalah yang tahu betapa diri saya ini biasa sahaja.
Untuk sekarang ini, mungkin saya tidak sesabar dan setenang sebelum ini.
Fizikal yang merasai kepenatan tanpa henti, emosi yang seringkali tidak teratur. Sering merasakan keseorangan.
Barangkali yang salah besar itu datang daripada saya sendiri. Yang tidak tahu mengurus diri sendiri dan kerja dengan baik.
Tidak lagi bersemangat untuk banyak perkara. Tidak ada perkara yang membangkitkan rasa semangat. Meski masih mempunyai visi dan misi kehidupan. Meski masih ada perkara yang ingin dicapai.
Rasa keseorangan ini jujurnya menghalang, menutup setiap ruang yang boleh dicapai. Kenapa rasa ini mesti hadir di waktu banyak perkara yang mendatang?
Kekal bertahan wahai diri, sikit lagi.
Terima kasih teman kerja yang banyak membantu kerja saya. Sayalah manusia yang seringkali menyusahkan orang lain. Moga ditakdirkan bekerjasama dengan orang lain pula selepas ini. Yang lebih menyenangkan dan tidak menyusahkan. Yang lebih banyak membantu. Yang lebih berinisiatif. Dan yang lebih kompeten setanding dengan anda.
Ulasan
Catat Ulasan