Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Azam

Imej
31/12/2017 Assalamualaikum. Pagi semua! Entah mengapa, semakin dekat hari menjelang final exam, semakin rajin tangan ini menulis cerita-cerita kehidupan. Maaflah, kerana tidak semuanya sesuai untuk dikongsi. 2017 berlalu dengan pantasnya. Terlalu banyak yang aku pelajari pada tahun ini. Terlalu banyak memori pahit manis yang aku lalui. Tapi sayang seribu kali sayang, semua memori tu tidak aku catatkan di dalam diari. Banyak-banyak diari, diari tahun 2017 adalah yang paling sedikit catatannya. Semoga semua memori itu terus kekal walaupun tidak semua. Kusedari kesilapan apabila apa yang aku hendak capai tidak ditulis di mana-mana buku. Bukankah manusia itu pelupa? Bila difikirkan kembali, sewaktu 2016, apa azam aku untuk 2017? Azam itu tidak ditulis secara jelas . Oleh kerana itu, aku menulis azam aku untuk tahun 2018 di dalam buku diari. Menulis diari dengan konsisten ni juga merupakan salah satu azam untuk tahun 2018. Semoga diri ini rajin menulis diari untuk tatapan ma...

Sembang yang anda suka

 Zaman sekarang ni ramai yang kahwin muda. Betullah, zaman ni kan dia akan berulang. Orang dulu-dulu kahwin muda. Umur darjah-darjah dan tingkatan-tingkatan dah kahwin. Cumanya mungkin berbeza pada pilihan. Orang dulu-dulu kahwin muda sebab mak ayah yang suruh kahwin.Kalau kahwin lambat, mak ayah malu. Lambat tu sekitar umur 18 tahun ke atas. Orang sekarang kahwin muda sebab dorang sendiri yang nak. Sesetengah mak ayah izinkan sebab tak nak anaknya terlibat dengan zina, sesetengah mak ayah tak izinkan sebab lelaki tu masih tak mampu nak sara anak perempuan dorang. Bagi aku, mana-mana pon tak kisahlah. Kahwin muda ke tua ke, as long as orang tu faham kenapa dia kahwin, mampu untuk berkahwin, silakanlah. Kahwin ni benda baik. Terpulang kepada kebijakan pasangan untuk melayari bahtera perkahwinan yang macam mana. Umur aku 18 tahun sekarang ni. Bab-bab kahwin ni memang jauh lagi lah kalau nak difikirkan. Tapi kan, aku selalu berada disekeliling manusia-manusia yang berumur 20 tahu...

2 Subjek Pedu

Baru lepas menyinggah blog rakan-rakan dan senior-senior. Macam biasa, Abg Muteq menjuarai untuk post terbanyak. Rajin betul woah senior tu. Second Abg Beelal and third Kak Peah. Ini untuk yang bulan 12 ni lah, yang sebelum-sebelum tu aku tak tahu siapa yang dapat tempat kedua dan ketiga sebab jarang post. Haha. Baca post Abg Muteq tadi. Dia cerita pasal Matematik Tambahan. Lepastu aku pon macam sebok jugak nak cerita. Hahhaha. ******************************************************************************** Yes, Add Math ni antara subjek yang jaranglah nak lulus. Pernah, tapi jarang. Kalau lulus pon, lebih satu dua markah ja. Lagi satu subjek yang jarang nak lulus ialah Prinsip Perakaunan. Huu, dua subjek ni padu woah. Punyelah lembap otak aku nak cerna segala macam yang ada dalam subjek ni. Tapi, aku tak pernah menyesal masuk kelas first dan wajib ambil dua subjek padu ni. Cumanya sentiasa berharap lepas SPM hidup aku tak akan hadap dua subjek ni lagi. Itu bukan setakat harapan...

Cerita Dia

AKU SEORANG PEREMPUAN YANG BEPERWATAKAN KASAR. AKU DIBESARKAN DALAM SEBUAH KELUARGA YANG RAMAI. AKU ADA 4 ORANG ABANG YANG MEMBUATKAN AKU TERPENGARUH DENGAN PERANGAI MEREKA DAN AKU ADA 2 ORANG KAKAK SERTA SEORANG ADIK .HAMPIR KESEMUANYA KASAR. AKU JUGA SEORANG YANG SUKAKAN SOSIAL DARI AKU KECIL SEHINGGA AKU BESAR. SEJUJURNYA,KETIKA AKU KECIL DAN MASIH DIBANGKU PERSEKOLAHAN,AKU GEMAR BERMAIN DENGAN LELAKI BERBANDING BERMAIN DENGAN PEREMPUAN. KENAPA??. KERANA BERMAIN DENGAN PEREMPUAN KERJANYA ASYIK NAK MERAJUK SAHAJA. AKU TAK SUKA SEBAB AKU BUKAN JENIS PEREMPUAN YANG BEGITU.TETAPI DALAM MASA YANG SAMA,AKU MASIH MEMPUNYAI RAMAI KAWAN PEREMPUAN YANG PERANGAINYA SAMA SEPERTI AKU.LEBIH SELESA BARANGKALI. SETELAH TAMAT PERSEKOLAHAN AKU DI SEKOLAH RENDAH,AKU MENDAPAT TAWARAN UNTUK MEMASUKI SEKOLAH AGAMA MENENGAH TANJONG KARANG. GELARAN SEKOLAH AGAMA ITU MEMBUATKAN AKU LEBIH GERUN. RISAU JIKA AKU TIDAK DAPAT MENYESUAIKAN DIRI. TAPI DALAM MASA YANG SAMA,AKU BERSYUKUR KEPADA ALLAH KERANA M...