2 Subjek Pedu
Baru lepas menyinggah blog rakan-rakan dan senior-senior.
Macam biasa, Abg Muteq menjuarai untuk post terbanyak. Rajin betul woah senior tu. Second Abg Beelal and third Kak Peah. Ini untuk yang bulan 12 ni lah, yang sebelum-sebelum tu aku tak tahu siapa yang dapat tempat kedua dan ketiga sebab jarang post. Haha.
Baca post Abg Muteq tadi. Dia cerita pasal Matematik Tambahan. Lepastu aku pon macam sebok jugak nak cerita. Hahhaha.
********************************************************************************
Yes, Add Math ni antara subjek yang jaranglah nak lulus. Pernah, tapi jarang. Kalau lulus pon, lebih satu dua markah ja. Lagi satu subjek yang jarang nak lulus ialah Prinsip Perakaunan. Huu, dua subjek ni padu woah. Punyelah lembap otak aku nak cerna segala macam yang ada dalam subjek ni. Tapi, aku tak pernah menyesal masuk kelas first dan wajib ambil dua subjek padu ni. Cumanya sentiasa berharap lepas SPM hidup aku tak akan hadap dua subjek ni lagi. Itu bukan setakat harapan, tapi azam. Hahahaha. Bila dua subjek ni paling lambat nak catch up, bila buat latihan blur, bila teacher tanya tak tahu nak jawab, aihh, rasa macam aku manusia paling bodoh dalam kelas tu. Iya, perasaan tu memang wujud pon selama tahun tu. Tak pernah hilang. Sampaikan aku malu nak hadap muka bonda and teacher Najikhah. Memanglah dua orang cikgu ni tak pernah berhenti bagi sokongan dan tunjuk ajar, tapi aku yang malu dan bersalah atas kelembapan diri sendiri. Huhu.
Aku ingat lagi, time ambil result SPM, first sekali aku tengok berapa A, second aku tengok gred Add Math and Account, risau beb kalau gagal. Sebodoh-bodoh aku dalam suatu subjek tu, aku still tak suka kalau subjek tu gagal. Semangat tengok slip SPM, fuh, tak ada yang gagal. Account dapat B- and Add Math dapat D. Alhamdulillah. Then aku pergi jumpa Teacher Jikha. Minta maaf dekat dia sebab Add Math aku dapat D. Gred paling rendah dalam slip SPM tu. Bersalah sangattttt. Huaaaa. Time minta maaf tu air mata dah nak mengalir tau, tapi aku cover. Malu ah kalau teacher nampak aku nangis. Teacher kata "Kamu dah buat yang terbaikkan? Tak apa. Itu usaha kamu. Lepasni belajar rajin-rajin". Sempat kata-katanya itu diselitkan dengan nasihat. Lepastu aku salam teacher. Aku blah, aku nangis. Hari tu aku tak sempat nak jumpa bonda. Bonda busy. Bonda ni pengetua sebenarnya. haha.
Result SPM dah dapat. Azam aku pun masih kekal dalam ingatan. " Lepasni aku dah tak nak terlibat dengan Akaun or Add Math lagi dah.. TAK NAK. Bersungguh aku berkata-kata dekat diri sendiri.
Pumpang pumpang pumpang, aku masuk UNISEL Shah Alam dalam bidang asas pengurusan. Haaa, nah kau. Aku ingatkan asas pengurusan ni ada lah pengurusan islamic sikit ke, pengurusan organisasi ke atau yang seumpamanyalah. Yang langsung tak melibatkan kira-kira macam akaun and Add Math ni, rupenyaaa, harommmmm.
Dua subjek yang aku dah bersungguh berazam tak nak hadap ni lah yang aku hadap lagi time dekat uni. Aku bukan benci sangat dengan kira-kira ni, cumenye bile melibatkan formula yang aku tak boleh nak brain logiknya ni, memang kelautlah cerita dia. Kelakar weyh, first time dapat tahu subjek-subjek yang aku perlu ambil time sem 1 tu, rasa nak menangis nak menjerit. Dalam hati, "kanapa aku kena hadap lagi subjek niiii. Huaaa" Menangis -menangis tu pon, hadap je lah.
Sekali tu kan, time belajar akaun, aku rasa macam tiba-tiba ada mentol yang menerangi otak aku. Benda yang sepatutnya aku faham time form 5 dulu, aku baru faham time dekat uni. Baru dapat ilham untuk memahamkan. Gile ahhh. Happy gila time tu. Hhahahaha.Dekat uni lah baru aku score akaun aku. Rasa nak jumpa bonda nak cakap dekat bonda saya dah minat akaun. hahahaha. Akaun aku dapat 3.9 woah untuk sem 1 tu. Sikit ja lagi nak dapat 4.00. huuu. Sama lah macam addmath, time dekat uni lah baru aku faham cemana nak buat soalan log, index dan seumpamanya. Kalau time form 4 form 5 dulu, nampak je soalan log, aku skip. Aku tak sukaaaa. hahahahah. Tapi sekarang dah okay dah. Markah business mathematic aku dapat 4.00 time sem 1. Aku macam tak sangka ah. Ni azimah budak yang tak suka addmath dengan akaun tu ke? Hahhahah.
Allah lorongkan aku dekat sesuatu yang aku tak suka pada awalnya, aku terima dan hadap je. Aku dapat sesuatu tu weyh, aku dapat. Bilamana kita redha dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita, Allah akan tunjukkan jalan. Allah kan berkuasa atas setiap sesuatu.
Kefahaman itu kan datangnya dari Allah, so kalau tak faham, minta kefahaman dari Allah. Allah tu baik. Baik sangat. Sangat sangat sangat.
Jangan lupa, kita ada Allah selalu :)

Ulasan
Catat Ulasan