Azam
31/12/2017
Assalamualaikum. Pagi semua!
Entah mengapa, semakin dekat hari menjelang final exam, semakin rajin tangan ini menulis cerita-cerita kehidupan. Maaflah, kerana tidak semuanya sesuai untuk dikongsi.
2017 berlalu dengan pantasnya. Terlalu banyak yang aku pelajari pada tahun ini. Terlalu banyak memori pahit manis yang aku lalui. Tapi sayang seribu kali sayang, semua memori tu tidak aku catatkan di dalam diari. Banyak-banyak diari, diari tahun 2017 adalah yang paling sedikit catatannya. Semoga semua memori itu terus kekal walaupun tidak semua.
Kusedari kesilapan apabila apa yang aku hendak capai tidak ditulis di mana-mana buku. Bukankah manusia itu pelupa? Bila difikirkan kembali, sewaktu 2016, apa azam aku untuk 2017? Azam itu tidak ditulis secara jelas . Oleh kerana itu, aku menulis azam aku untuk tahun 2018 di dalam buku diari. Menulis diari dengan konsisten ni juga merupakan salah satu azam untuk tahun 2018. Semoga diri ini rajin menulis diari untuk tatapan masa akan datang.
Azam ini penting untuk dicatat supaya kita tahu apa yang kita nak capai dalam masa setahun. Rugilah jika setahun hanya dihabiskan untuk perkara yang sama macam tahun sebelumnya tanpa ada peningkatan.
2018! Come to mama!

Ulasan
Catat Ulasan