Sembang yang anda suka
Zaman sekarang ni ramai yang kahwin muda. Betullah, zaman ni kan dia akan berulang. Orang dulu-dulu kahwin muda. Umur darjah-darjah dan tingkatan-tingkatan dah kahwin. Cumanya mungkin berbeza pada pilihan. Orang dulu-dulu kahwin muda sebab mak ayah yang suruh kahwin.Kalau kahwin lambat, mak ayah malu. Lambat tu sekitar umur 18 tahun ke atas. Orang sekarang kahwin muda sebab dorang sendiri yang nak. Sesetengah mak ayah izinkan sebab tak nak anaknya terlibat dengan zina, sesetengah mak ayah tak izinkan sebab lelaki tu masih tak mampu nak sara anak perempuan dorang.
Bagi aku, mana-mana pon tak kisahlah. Kahwin muda ke tua ke, as long as orang tu faham kenapa dia kahwin, mampu untuk berkahwin, silakanlah. Kahwin ni benda baik. Terpulang kepada kebijakan pasangan untuk melayari bahtera perkahwinan yang macam mana.
Umur aku 18 tahun sekarang ni. Bab-bab kahwin ni memang jauh lagi lah kalau nak difikirkan.
Tapi kan, aku selalu berada disekeliling manusia-manusia yang berumur 20 tahun ke atas yang mana diperingkat umur ini, mereka dah start bercakap pasal jodoh, perkahwinan dan segala macam yang berkaitan dengannya.
So, bila lepak-lepak dengan senior ni, mesti punya bab jodoh ni akan terselit.
"Kau bila nak kahwin?"
"Jodoh kau bila nak sampai?"
Antara soalan yang akan diajukan sesama dorang.
Bila dorang masuk bab cenggini, aku start diam ah. Tarik diri dulu awal-awal.
Aku rasa senior-senior ni perlu aware lah kehadiran budak kecil macam aku ni so that dorang tak sembang bab camni.
Wahai senior, tolong aware ya. Huhu.
Sembang soal jodoh ni tak boleh pergi jauh bila kita sendiri tak ada ekonomi diri sendiri yang boleh dikatakan kukuh, bila persediaan menjadi seorang ketua masih lagi ditahap yang lemah, dan bila diri sendiri tak berani nak approach si gadis dengan cara yang proper.
Daripada sembang pasal jodoh, lebih baik pergi buat persediaan yang lebih penting untuk diri sendiri. Kot kot lah bila dah updatekan diri to the next step, ada gadis yang nampak sesuatu pada diri anda. Manalah tahu kan one day nanti gadis yang anda berminat tu sendiri yang approach anda. Who know?
Apalah yang aku berceloteh ni . Huhu.
Last-last, kalau tak mampu lagi nak berkahwin, rajinkan puasa sunat. Kalau dah suka someone tu, buat solat hajat minta Allah jodohkan kita dengan si dia. Jangan pula bila dah betul-betul suka someone tu hang pi buat solat istikharah. Solat istikharah tu bila kita ada 2 orang yang kita suka tapi tak tahu nak buat pilihan yang mana satu. Fahamkan dengan betul okay?
Sekian sahaja penulisan yang tak berapa. Ambillah mana-mana yang baik daripada penulisan ini.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Tata titi tutu.
Ilal liqa', ma'assalamah.

Ulasan
Catat Ulasan