Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

Kata Si Dia

 Apakah ini kerana terlalu banyak perkataan negatif yang menyelubungi dirinya? Perkataan-perkataan yang hadir dari mulut-mulut insan yang jarang-jarang menghargai dirinya. Disokong pula oleh diri yang selalunya membenarkan kata orang. Lalu ditambah pula dengan perlakuan yang seiring dengan perkataan itu. LEMAH?? Ya Mereka berkata begitu. LEMBAB? Ya Mereka berkata begitu. AKU? Hanya turutkan. BODOH? Mungkin. Kerana aku turutkan. Akan sampai satu tahap bila dia hanya mampu berdiam diri, mengiyakan segala kata orang apabila segala yang diperlakukan sebelum ini tidak sedikitpun dihargai oleh si mereka. Benar, hidup ini bukanlah untuk mendapat penghargaan manusia. Tapi, si manusia itu pastinya menginginkan sedikit dorongan, bukannya kata-kata yang menjatuhkan. Benarlah apa yang didendangkan oleh kumpulan nasyid In-Team tentang Bicara Kata yang mampu membunuh lawan. Sehingga begitu sekali akibat berkata-kata yang tidak baik. Kata-kata juga mampu mematikan sa...

Rindu

Assalamualaikum pagi! Hari ni dah masuk hari ke- 14 Ramadhan. Alhamdulillah dipertemukan dengan Ramadhan kali ni. Tapi tu lah, sayangnya bila diri sendiri yang kadangnya tak tahu nak menghargai setiap detik masa bulan Ramadhan ni. Kemalasan yang mengundang itu rupanya tak mudah untuk ditangkis. Istighfar dikemudiannya juga kadang hanya sekadar meniti dibibir lesu. Langsung tidak tergerak pada perlakuannya untuk melakukan sesuatu yang lebih baik daripada bermalas-malasan. Menyedari hakikat ini, diri yang lari daripada kesibukan akan terus hidup dengan bermalas-malasan dan bersenang-senang. Akal fikirannya tidak banyak difungsikan untuk berfikir serta merancang. Apakah rindu itu hadir? Rindu pada diri yang sibuk itu? Yang akan sentiasa merancang pergerakannya di saat banyak perkara yang perlu diselesaikan. Berapa banyak masa yang diperlukan lagi? Ramai yang sedang berlari menuju kebaikan. Sedang dirinya? Juga sedang menuju kebaikan. Tetapi masih merangkak.

al-iman yazid wa yanqus

Imej
Biasa dengar kan iman ni yazid wa yanqus? Iman kita ni ada turun naiknya. Bukan sentiasa di atas dan in shaa Allah tidak pula sentiasa di bawah. Tergerak untuk menulis tentang ini setelah ber'chatting' dengan seseorang ni yang katanya sedang menghadapi masalah iman. Imannya lemah, tak kuat. Penyakit malas untuk beribadah tu kuat walaupun sekarang dalam bulan mulia, Ramadhan. Bulan Ramadhan yang mana sepatutnya menjadi bulan untuk kita banyakkan muhasabah diri, tingkatkan amalan, jauhkan kemungkaran. Aku yakin, semua daripada kita ni pernah menghadapi situasi malas sangat-sangat nak beribadah walaupun kita tahu ganjaran yang besar daripada Allah sedang menanti. Tetapi malas dan tak de mood itu tetap kita layankan. Tatkala itu, bukanlah bermakna kita langsung tidak punya iman, cuma iman di waktu itu kemungkinan berada ditahap paling rendah. Mewujudkan rasa penyesalan dalam diri itu perlu supaya kita muhasabah kembali. Tetapi, pernah tak kalian dah wujudkan rasa penyesala...

Sakit mata

Imej
Alhamdulillah. Gastrik aku dah lama tak menyinggah. Cuma migrain yang masih setia entah kenapa. Bekerja menghadap laptop ni sakit. Aku dah rendahkan kecerahan laptop yang paling rendah supaya mata tak cepat sakit, tapi disebabkan waktu yang lama menghadap laptop, mata sakit. Perasaannya rasa  macam nak tutup terus, tapi apakan daya, jika ditutup kerja tak berjalan. Inilah dunia realiti sekarang. Mahu atau tidak perlu diteruskan. Jadinya, kurangkan merungut, teruskan buat kerja. Sekian.

Kerja

Allah tahu apa yang kau mampu thats why panggilan untuk menjadi warden selepas interview hari tu aku tak dapat. Aku tak mampu untuk hadap situasi yang sangat berlainan dan menguji jiwa dan perasaan ni mungkin. Mana ada orang pergi interview, kemudiannya berharap tak dapat kerja tu. Selalunya orang berharap nak dapat.  Sebaliknya, aku selepas pergi interview dan membaca syarat-syarat tersebut, bila ditanya oleh rakan,"kau nak ke tak nak sebenarnya kerja tu?" "Doakan aku tak dapat weyh, aku tak nak. Takut tak mampu."  Ya, kalian sebagai pembaca mesti akan cakap, tak cuba lagi dah cakap tak mampu. Haha. Kadang tu aku tahu la jugak untuk menilai tahap kemampuan aku. Bukannya pada setiap perkara pertama itu aku tak mampu bahkan aku lebih suka mendapat pengalaman pertama yang mencabar. Cumanya ini untuk jangka masa lebih satu dua hari. Konsistensi untuk melakukan kerja yang sebegitu aku tak mampu. Sekarang, aku bekerja. Menguruskan program untuk bulan Ramadhan ni...

Sharing is caring

Assalamualaikum wahai pembaca sekalian! Sihat? Moga sihat-sihat selalu :) Aku dalam musim final exam sem 3 Foundation In Management. Tadi petang baru lepas satu kertas, Entrepreneurship. Aku takut dengan subjek ni sebab kena banyak membaca. Fuh. Berbaki lagi 4 kertas. Yeah, setahun hampir berlalu. Kejap? Emm, aku terasa lama. Hahaha. Mungkin sebab cara hidup yang baru kot yang membuatkan aku rasa setahun foundation ni lama.  Haritu pergi usrah umum gabungan dekat taman KLCC, ada satu kata-kata brother tu yang aku ingat, "tanggungjawab orang yang baca buku ini adalah dia kena sampaikan dekat orang lain tentang apa yang dia baca". So, meh aku nak share sikit dapatan daripada buku Bicara Iman Untuk Tenang tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Satu bab ni yang bertajuk 'Jangan Sekadar Menjadi Haiwan Berteknologi'. Dalam hidup ni, kita akan lalui 4 fasa yang dinamakan 4S.  STRUGLE (Perjuangan)  STABLE    (Stabil)  SUCCESS (Berjaya) ...