Sharing is caring
Assalamualaikum wahai pembaca sekalian!
3.32 a.m
Sihat?
Moga sihat-sihat selalu :)
Aku dalam musim final exam sem 3 Foundation In Management. Tadi petang baru lepas satu kertas, Entrepreneurship. Aku takut dengan subjek ni sebab kena banyak membaca. Fuh.
Berbaki lagi 4 kertas. Yeah, setahun hampir berlalu. Kejap? Emm, aku terasa lama. Hahaha. Mungkin sebab cara hidup yang baru kot yang membuatkan aku rasa setahun foundation ni lama.
Haritu pergi usrah umum gabungan dekat taman KLCC, ada satu kata-kata brother tu yang aku ingat, "tanggungjawab orang yang baca buku ini adalah dia kena sampaikan dekat orang lain tentang apa yang dia baca". So, meh aku nak share sikit dapatan daripada buku Bicara Iman Untuk Tenang tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Satu bab ni yang bertajuk 'Jangan Sekadar Menjadi Haiwan Berteknologi'. Dalam hidup ni, kita akan lalui 4 fasa yang dinamakan 4S.
STRUGLE (Perjuangan)
STABLE (Stabil)
SUCCESS (Berjaya)
SIGNIFICANT (Penting)
Fasa pertama, kita akan berhempas pulas untuk mencukupi keperluan kita dalam kehidupan. Gigih bekerja mencari duit untuk beli rumah, kereta, duit hantaran, nafkah isteri dan sebagainya.
Fasa kedua, bila hidup kita dah stabil. Rumah dah ada, kereta dah habis bayar loan, nafkah untuk keluarga dah stabil, kerja dah tetap, tak perlu nak berusaha lebih untuk cukupkan keperluan sebab semuanya dah kukuh.
Bila semuanya dah stabil, seseorang tu akan sampai tahap yang ketiga yang mana dalam fasa ini orang tu dah menjadi orang yang berjaya dalam bidang dia. Selalunya orang yang sampai ke fasa ini dalam linkungan umur 30- 40 tahun. Yang mana pada awal 20 -an bercita nak ada business sendiri dan pada umur 35 telahpun menjadi General Manager untuk syarikat partnership dia. Yang mana dulunya hanya sekadar menjadi doktor biasa tetapi pada umur 40 tahun telahpun menjadi doktor pakar dalam bidang pengimejan.
Akan tetapi, fasa yang keempat ini hanyalah bagi mereka yang berkehendak untuk menjadikan diri mereka sebagai orang yang penting dalam bidang mereka dan masyarakat. Oleh yang demikian, mereka akan mencari pelapis untuk mewarisi ilmu yang mereka ada.
Pun begitu, dalam mensoroti kehidupan ini, perlulah kita sedar bahawa hidup ini bukan sahaja untuk kejayaan, nama dan harta. Ada tujuan yang lebih utama untuk disedari.
Selalu aku diingatkan tentang perlunya bertanyakan 3 soalan kepada diri sendiri:
1)Dari mana kita datang?
2)Untuk apa kita hidup?
3)Ke mana kita akan pergi?
Soalan-soalan ini adalah muhasabah buat diri sendiri. Setiap orang ada jawapan tersendiri yang barangkali berbeza. Jadinya, untuk menjawab soalan-soalan ini perlulah digariskan dengan panduan akal yang sihat sebagai seorang Muslim sejati supaya kita menjadi mukmin yang berjaya.
Kembali kepada isi buku tersebut, kenapa digunakan istilah 'haiwan berteknologi' adalah kerana seperti yang kita maklum bahawa haiwan tidak mempunyai akal untuk membantu dia dalam berfikir . Sebaliknya, manusia ini dikurniakan akal untuk berfikir. Keperluan menggunakan akal ini adalah sentiasa, bukannya hanya pada sesuatu yang tertentu sahaja. Oleh itu, sebagai manusia yang mempunyai akal, perlunya kita untuk berfikir adakah hidup ini hanya semata melalui fasa-fasa tersebut sahaja? Jika benar hanya sekadar itu sahaja, mengapa terciptanya Syurga dan Neraka? Adakah mereka yang berjaya di dunia sahaja yang dapat memasuki Syurga? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berjaya di dunia? Bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak semasa di dunia?
Tidak. Hakikatnya hidup ini bukan hanya sekadar itu sahaja bahkan jauh lebih banyak yang perlu dilihat. Adakah kita hamba yang taat semasa di dunia? Ibadah kita macam mana? Hubungan kita dengan Allah macam mana? Hubungan sesama manusia pula bagaimana?
Persoalan-persoalan yang beginilah yang perlu ditanyakan sentiasa kepada diri sendiri yang sering hanyut menyelami arus dunia yang pelbagai rencam ini. Wujudkan persoalan-persoalan yang membawa kepada muhasabah diri.
Sekadar itu sahaja mungkin perkongsian kali ini.
Ouh ya, ada satu quote yang aku tertarik sehingga menitiskan air mata semasa dalam KTM hari tu. Quote tu betul-betul tepat untuk luahan hati yang aku sendiri tak tahu untuk diluahkan.
" Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kasihanlah aku, sayangilah aku. Jangan kau pinggirkan aku wahai Rahman wahai Rahim."
Okay dah, tu ja. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Esok saya ada exam kertas Statistic, doakan!

Ulasan
Catat Ulasan