Kerja
Allah tahu apa yang kau mampu thats why panggilan untuk menjadi warden selepas interview hari tu aku tak dapat.
Aku tak mampu untuk hadap situasi yang sangat berlainan dan menguji jiwa dan perasaan ni mungkin. Mana ada orang pergi interview, kemudiannya berharap tak dapat kerja tu. Selalunya orang berharap nak dapat.
Sebaliknya, aku selepas pergi interview dan membaca syarat-syarat tersebut, bila ditanya oleh rakan,"kau nak ke tak nak sebenarnya kerja tu?" "Doakan aku tak dapat weyh, aku tak nak. Takut tak mampu."
Ya, kalian sebagai pembaca mesti akan cakap, tak cuba lagi dah cakap tak mampu. Haha. Kadang tu aku tahu la jugak untuk menilai tahap kemampuan aku. Bukannya pada setiap perkara pertama itu aku tak mampu bahkan aku lebih suka mendapat pengalaman pertama yang mencabar. Cumanya ini untuk jangka masa lebih satu dua hari. Konsistensi untuk melakukan kerja yang sebegitu aku tak mampu.
Sekarang, aku bekerja. Menguruskan program untuk bulan Ramadhan ni dengan komuniti Rohingya. Ya, ini yang aku mampu untuk setakat ini. Allah beri aku peluang untuk ini. Ruang pejabat yang membuatkan aku sedikit terasa janggal. Dikelilingi orang-orang yang lebih tua. Ya, ini yang akan aku hadapi untuk masa akan datang. Suasana yang janggal tetapi mahu atau tidak, kena diteruskan.
Aku nak belajar banyak benda. Semoga ilmu-ilmu tambahan yang aku dapat ini bakal berguna pada masa kelak.
All the best diri sendiri! Muah! Saya sayang anda!
Ulasan
Catat Ulasan