Sakit mata
Alhamdulillah. Gastrik aku dah lama tak menyinggah. Cuma migrain yang masih setia entah kenapa. Bekerja menghadap laptop ni sakit. Aku dah rendahkan kecerahan laptop yang paling rendah supaya mata tak cepat sakit, tapi disebabkan waktu yang lama menghadap laptop, mata sakit.
Perasaannya rasa macam nak tutup terus, tapi apakan daya, jika ditutup kerja tak berjalan. Inilah dunia realiti sekarang. Mahu atau tidak perlu diteruskan.
Jadinya, kurangkan merungut, teruskan buat kerja. Sekian.

Ulasan
Catat Ulasan