Haaa, esok aku akan mulakan semester 3 untuk degree aku sekarang ni. Jadual semester kali ini, aku akan bercuti hari Khamis. Ya, itu cuti mingguan. Ada kelas hanya pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat. Kalau ikutkan hati, aku lagi suka bercuti hari Selasa. Kalau weekend tak dapat balik, atleast hari Isnin petang dah boleh gerak balik rumah. Ouh ya, disebabkan semester lepas aku dapat dekan(3.67), so semester ni pun mestilah nak dekan kann. Target semester kali ni aku nak capai 3.75. Insya-Allah. Sebenarnya, sem 1 pun aku dekan. Tapinya aku tak lah rasa bangga dengan result dekan tu sebabnya itu semester pendek. Universiti aku tak mengiktiraf pointer 3.50 ke atas sebagai dekan bila mana ianya semester pendek. Jadinya, aku baru nak merasai dekan yang diiktiraf ni lah. Hahaha. Apapun, aku tahu, result ni bukan semata usaha aku. Ramai yang mendoakan kejayaan ini. Semoga Allah membalas jasa kalian! Semoga, semester kali ni aku lebih bijak mengurus masa dan dikurniakan s...