Cakap-cakap Puisi

Assalamualaikum warahmatullah!

Nak bagitahu, nampaknya ku tak berjaya nak tinggal Twitter dan Instagram selama seminggu. Huhu. Berjaya untuk tempoh 4 hari ja. But it's okay, at least vibes sekarang yang aku rasai tak macam sebelum ni.

Sekarang aku tengah membaca buku "Cakap-cakap Puisi" tulisan Shahanz Ahmad dan Abdul Ghaffar Ibrahim yang mana  namanya terkenal di dunia seni.

Buku ni sedikit berbeza dengan buku-buku puisi yang dijual di luar sana yang mana kebanyakannya ditulis dengan puisi semata tanpa penerangan atau sedikit pencerahan.

Betul, puisi ini tiada bayangan yang tepat. Ianya tiada jawapan. Tak ada yang salah dan tak ada yang betul. Ianya terpulang kepada pembaca dan penulis untuk menginterpretasikan puisi itu bagaimana.

Tetapi, sekurang-kurangnya, dengan adanya sedikit bayangan daripada pengolahan AGI, aku dapat tahu apa yang hendak disampaikan oleh penulis melalui puisi-puisinya. Tidaklah terlalu jauh daripada fikiran aku sehinggakan tidak tahu apa yang hendak disampaikan. Tidaklah aku membaca tanpa mengetahui sesuatu.

Aku banyak membaca puisi-puisi. Kadang-kadang, banyak juga yang aku sendiri tak mampu nak kaitkan dengan apa-apa. Langsung tak jelas difikiran akibat bahasa puisi yang terlalu tinggi dan general. Sememangnya, bahasa puisi yang baik adalah yang bukan "straight to the point".  Bahasa puisi bukannya jawapan. Ianya lebih baik apabila mampu membuatkan pembaca berfikir banyak kali dan boleh dikaitkan dengan banyak perkara.


Buku "Cakap-cakap Puisi" ni sangat memuaskan bila membacanya. Aku yang "newbie" dalam mendalami minat ingin berbahasa dengan kelainan gaya bahasa pun sangatlah tertarik dengan buku ni.

Dapat tahu banyak perkara baru, sangat banyak sebenarnya😚.

Tak sia-sia singgah PBAKL lepas balik daripada Hospital Putrajaya haritu. Rezeki dapat berjumpa dengan buku ini, dengan potongan harga 80% kerana buku cetakan lama. Tetapi, pengisian yang sangat padat tentang Cakap-cakap Puisi. Alhamdulillah, Yeay!

Semoga mampu habiskan membaca Dan menghayati!

Dengan ini, maka di'hold' dulu pembacaan buku "Menalar Makna Diri" by Hasrizal Abd Jamil.

Sekian😁

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)