Biasa dengar kan iman ni yazid wa yanqus? Iman kita ni ada turun naiknya. Bukan sentiasa di atas dan in shaa Allah tidak pula sentiasa di bawah. Tergerak untuk menulis tentang ini setelah ber'chatting' dengan seseorang ni yang katanya sedang menghadapi masalah iman. Imannya lemah, tak kuat. Penyakit malas untuk beribadah tu kuat walaupun sekarang dalam bulan mulia, Ramadhan. Bulan Ramadhan yang mana sepatutnya menjadi bulan untuk kita banyakkan muhasabah diri, tingkatkan amalan, jauhkan kemungkaran. Aku yakin, semua daripada kita ni pernah menghadapi situasi malas sangat-sangat nak beribadah walaupun kita tahu ganjaran yang besar daripada Allah sedang menanti. Tetapi malas dan tak de mood itu tetap kita layankan. Tatkala itu, bukanlah bermakna kita langsung tidak punya iman, cuma iman di waktu itu kemungkinan berada ditahap paling rendah. Mewujudkan rasa penyesalan dalam diri itu perlu supaya kita muhasabah kembali. Tetapi, pernah tak kalian dah wujudkan rasa penyesala...
Perjalanan yang saya sangka akan dipayungi awan cerah sentiasa, tetapi ia mendung dipertengahan. Entah apa keadaannya nanti setelah mendung. Boleh jadi cerah kembali atau akan turun hujan lebat yang menyakitkan buat sesiapa yang berada di bawahnya.
Assalamualaikum. Nak menulis sikit. Hiks. Ada satu hari tu, masuk notification daripada group PROLAK. Diberi details program oleh Abg Zakir. Program Remaja, di Kundang, 2 hari, tarikh 29-30 Nov. Kuala Langat nak, Gombak tak respon lagi, Kuala Selangor pun nak. Long short story, program tu diambil oleh PEPIAS Kuala Selangor tanpa jv memana cawangan atas nasihat Norafiq dan Afiq Azri. "PEPIKUS mampu buat sendiri tanpa jv."-Nora. Aku iyakan sahaja, sebab merasa mampu juga lah. Tapi tak sampai hati nak reject Kuala Langat. Hahah. Macam Aku tulis di atas, Kuala Selangor ambil program ni. Maka bermulalah sesi perjumpaan pertama bersama MPKK Kampung untuk lanjutan persediaan program. Bermula dari itu sehingga ke hari program, kami berurusan di Dalam group WhatsApp sahaja. Padu tak padu kampung ni, berjaya cari 40 orang peserta dalam tempoh 2-3 hari sahaja. Kalaulah PMGKS macam ni weyh, bahagia dah Aku. Tapi realiti berbeza. Hahaha. ...
Ulasan
Catat Ulasan