Updated Si Gadis Pink


Assalamualaikum. Wehyo!

Mengambil peluang mengetahui banyak perkara yang ada di dunia ini sangatlah aku hargai. Sama ada ianya diterima atas usaha sendiri mahupun daripada orang lain, kesemuanya aku hargai. Tiada yang lebih bermakna selain ilmu-ilmu baru yang aku terima sekaligus menjadi memori terindah di dalam hidup aku.

Umur yang telah menginjak 20 tahun ini sangatlah menjadi ukuran untuk aku melakukan sesuatu mengikut kematangan yang aku ada dan harapkan. Malangnya, kerakusan menjadikan diri lebih matang kadangkala menyebabkan kesusahan untuk aku menerima dengan terbuka sikap-sikap kurang matang daripada orang lain.

Bak kata orang, " I cannot brain".

Pun begitu, aku cuba menerima dengan terbuka segala perkara yang sebegitu. Emphaty is the best way I can do weither its successful or not.

2019 yang telah berlalu selama 3 bulan. Terlalu banyak memori suka duka riang tangis yang dilalui.

Januari- Fokus kepada peperiksaan akhir semester 2. Di samping jarak hari yang agak panjang selama 10 hari sementara menanti kertas terakhir peperiksaan, aku sempat bekerja 2 kilang iaitu Panasonic aircond dan UMW. Bekerja semata untuk pengalaman bekerja di kilang yang tak pernah sekalipun aku jejak sepanjang aku hidup. Keinginan memasuki production house dan warehouse akhirnya tercapai. Dalam masa yang sama, tidak pernah dipinggirkan fikiran tentang PMGS19.

Februari-  Perkampungan Menara Gading Selangor 2019 (PMGS19) sebagai Penolong Setiausaha.
                 Menjadi Naqibah (fasi) adhock di Kem Latihan Asas PEPIAS (KELAPE)
                 Menjadi Penolong Ketua Fasi program Leadership SAMTK

Mac -       Himpunan Kesetiausahaan PEPIAS (HIKEP)
                Bengel Muktamar
                Gotong-royong PULPA
                Hiking Bukit Chondong
                Retreat PEPIKUS
                Usrah Wadah, ABIM, PEPIAS

Dan, dalam masa 3 bulan ini juga aku dalam usaha membuat appoinment di hospital Putrajaya untuk melakukan pembedahan nanti. Harapnya, tarikh pembedahannya disegerakan dan berlaku dengan sempurna. Selesai satu beban jika yang ini selesai. Doakan!







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)