Memulakan Langkah
Assalamualaikum hai, lama dah tak bersua.
Saya baru perasan yang saya pernah menulis tentang rasa di blog ini lebih kurang setahun yang lalu. Ianya bertajuk Rasa Yang Hadir.
Beberapa hari lalu, saya telah membuat sesuatu yang amatlah berani. Entah dari mana datang kekuatan untuk melakukan hal sebegitu. Barangkali kerana sudah merasakan diri sendiri sudah menginjak dunia kedewasaan. Hal-hal berkaitan perasaan ini mulai terbit di dalam hati. Karakter yang sedikit kasar ini dilihat seperti seorang yang susah untuk mempunyai perasaan terhadap orang lain. Haha, kelakar ya. Saya masih manusia kottt.
Bahasa mudahnya, buat pertama kali dalam hidup, saya buat confession terhadap manusia yang saya simpan perasaan sejak setahun yang lalu. Ayat-ayat di dalam confession tu tak awkward mana pun, it's a cool. Saya lebih suka begitu supaya tidak ada kejanggalan yang berlaku selepas habis sesi tersebut sebab saya banyak berurusan dengan manusia tersebut. Niat melakukan confession tersebut sekadar untuk meluahkan apa yang saya rasa terhadap beliau, mungkin juga sekadar untuk beliau maklum. Tidak pun hanya kerana menginginkan jawapan yang tetap, ataupun apa. Tetapi kalau beliau ada jawapan, maka sebenarnya mudahlah saya untuk mengambil langkah yang segera sama ada perlu terus move on sekiranya beliau sudah pun berpunya ataupun menyusun langkah seterusnya untuk ke arah hubungan yang lebih serius jika beliau mempunyai rasa yang sama. Tapi itu bukanlah apa yang terjadi, sebaliknya, beliau sekadar mengatakan " Buat macam biasa ja".
Saya pun okay je lah. Semestinya perlu buat macam biasa, takkan nak luar biasa tiba-tiba😂.
Saya dapat beberapa soalan daripada manusia tu tentang sejak bila ada perasaan tu? Bagaimana boleh ada perasaan tu? Suka sebab apa? Macam mana masih boleh ada perasaan tu walaupun pernah kena marah? Oh, kalau ikutkan beliau, banyak lagi soalan yang ingin ditanyakan utk menjawab persoalan-persoalan yang berada di minda.
Pun begitu, hanya beberapa yang saya jawab dan selebihnya tidak dijawab. Entah, saya tak biasa untuk menjawab soalan-soalan berkaitan perasaan yang sebegitu, apatah lagi yang bertanya adalah orang yang berkenaan. Allahu, berat ya nak menjawab dengan penuh rasa hati.
Bukannya tak boleh dijawab, boleh ja, cumanya mungkin memerlukan masa yang betul-betul sesuai dan suasana yang sedang saya lalui itu sesuai untuk mengeluarkan rasa hati sebegitu rupa.
Ah, saya masih segan okayy! Ye, walaupun dah besar. Saya sendiri tak boleh bayangkan macam mana orang luar sana yang berpasangan sebelum berkahwin, semudah itu menyatakan apa yang dirasa, kemudian menyatakan mereka sedang dalam perhuhungan. Apabila putus, ada pula pasangan yang baharu.
Saya salute kot dengan jenis orang sebegitu! (Walaupun sebenarnya saya tak patut ah salute untuk benda macam ni) Haha! Sebab saya nak confess yang ni pun, berkira-kira entah berapa kali. Perlu ke tak ke. Kenapa nak confess dan sebagainya.
Saya petik sedikit satu daripada ayat al-Quran tentang fitrah hidup berpasangan ini. Kerap kali berbicara soal cinta, namun tak ramai yang betul-betul mengerti makna yang jauh lebih besar tentang cinta.
An-Nisā':1 - Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Di dalam setiap urusan bersama manusia, Allah seringkali mengingatkan kita agar kembali bertaqwa kepadaNya kerana itulah tujuan utama atas setiap perkara yang diberi panduan.
Akhir kalam, dunia dewasa ini jujurnya terlalu banyak perkara yang melibatkan hati dan perasaan. Tidak kisahlah dari sudut apa sekalipun. Apapun, sebagai seorang manusia yang jauh lebih matang daripada sebelumnya, kita sepatutnya bijak menguruskan segala rasa hati.
Memaafkan.
Bersabar.
Bertenang.
Bertahan.
Dan, ittaqullah.

Muah ciked
BalasPadamSO JAWAPAN DIA APA? JANGAN BUAT SAYA CURIOUSSSSSS. OMAIGODDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD AHHHH SIS KENA GELABAH KE NIIIIIIIII??????
BalasPadamPLEASE SAYA TAK FAHAM CERITA NIII. KENAPA DIA TANYA CEMTUU?? OMMO OMMO ADA PLOT TWIST KE NANTI? AHHH EXCITEDDDDDD!
AIPPPP. JANGAN EXCITED NGATTT.
Padam