Mengakhirkan Langkah

Assalamualaikum warahmatullah.

Eh dah akhir dah langkahnya?
HAHAHHAHAHAHAHHAHA .

Cukup sampai sini saya mengakhirkan langkah buat setakat ini. Tiada guna untuk terus mengatur langkah, sebab berkemungkinan akan mencemarkan apa yang sedianya baik.

Pengalaman pertama membuat confession ini pastinya akan menjadi ingatan buat selamanya, biasalah, pengalaman pertama kan? Hahaha.

Ya, saya kena 'reject' dengan cara baik buat setakat ini. Istilah baiknya, saya kena sisterzone dengan beliau. Hahaha. Tapi saya okay, sangat okay. Tak ada pun rasa kecewa atau murung atau seangkatannya.

Malah, saya sangatlah berterima kasih kepada beliau kerana meraikan luahan dan persoalan-persoalan yang saya utarakan. It's such a good experience for me!

Setidaknya saya pernahlah ada pengalaman membuat confession tentang perasaan yang macam ni. Nanti kalau orang mintak pendapat, saya bolehlah bagi jawapan based on experience, hahaha.

Dan saya berterima kasih juga kepada Allah atas ketentuanNya yang begini. Maha baiknya Allah kepada hambaNya yang macam saya ni😭. Sedikit sebanyak saya merasakan ini merupakan teguran atau pengajaran untuk saya bahawa saya perlu fokus untuk perkara lain yang jauh lebih penting berbanding perkara sebegini.

Sampai di sini sahajalah penulisan saya berkenaan hal ini buat masa ini. Ouh ya, sebelum itu, suka saya berkongsi bahawa "rejection" yang saya terima ini tidak mengurangkan sedikitpun hubungan silaturrahim yang telah terjalin. Kami masih berurusan seperti biasa. Alhamdulillah ala kulli hal. Saya dah besar dan sedikit matang dalam mengawal perkara sebegini. Bangganya saya dengan diri sendiri😭. Nanti lagi 3 atau 4 tahun saya buka sikit hati untuk nak ada perasaan dekat orang. Hahaha.

Salam silaturrahim.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)