Sebutir Catatan

Ya, hari demi hari, saya semakin mengerti bahawa rasa cinta ini sememangnya cinta, yang bukanlah terjalin semata untuk mewujudkan satu ikatan perkahwinan, tetapi cinta untuk menjalani kehidupan.

Pada hari nekadnya saya untuk berhenti memikirkan tentang sebuah ikatan menuju kepada perkahwinan, saya amat nekad untuk tidak bercakap soal ini lagi. Tempoh 3 tahun yang ditetapkan adalah untuk meningkatkan prestasi kehidupan, kualiti diri dan kelangsungan hidup berjemaah.

Jutaan rasa cinta yang saya peroleh adalah nikmat yang besar dalam menjalani kehidupan ini.

Selesa dengan kehidupan yang begini, cumanya perlu ditingkatkan lagi segala perkara. 

Sangat bersyukur dihadiahkan insan-insan yang mempunyai daya fikir yang tinggi, unik dan berbeza, buat kita saling bertukar pandangan demi kesejahteraan hidup.

Hampir 5 tahun di dalam jemaah ini, mengenal selok-belok pengurusan, menghayati kalam penuh makna, menabur kasih dan bakti. Saya ingin memegang satu kedudukan di dalam organisasi masjid pula, supaya impian yang dicitakan dapat dicapai. 

Untuk kedudukan yang tinggi sedikit di dalam P, saya dilema. Saya perlukan kekuatan. 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)