Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Di Bawah Naungan Rasa

 Detik masa berlalu. Peristiwa yang telah terjadi itu seringkali bermain difikiran. Memecah gembira hingga bertaburan. Diri yang seringkali melakukan kesalahan, namun juga acap kali diingatkan supaya menahan mulut daripada mengungkapkan kata, kerana pasti ada salahnya di mata orang. Ah, kenapa mesti memikirkan apa yang orang lihat? Sejak peristiwa itu, diikuti beberapa peristiwa kecil yang membuktikan bait kata-kata seorang Azimah ini seringkali mendatangkan ketidakselesaan orang lain, maka secebis kata-kata digenggam erat dan ditanam kukuh di mindanya. "Berkata Baik atau Diam" Bahkan hari ini, baju yang dipakainya terdapat tulisan "Speak Good or Remain Silent". Dan setiap kali terlepas beberapa kata yang membuatkan orang tidak selesa, hatinya lantas menunduk duka. Hari demi hari yang dijalani adalah beserta hati yang lebih sensitif berbanding sebelum ini. Entah berapa kali menangis, entah berapa kali terasa, entah. Terkadang malas untuk difikirkan, kerana tahu diri...

Ruang Sendiri

 Assalamualaikum warahmatullah. Tenang sendirian.  Beberapa perkara yang terjadi kebelakangan ini membawa saya ke sebuah kolam perasaan yang sedikit pahit untuk dirasai. Memberi kesan kepada fikiran dan perasaan untuk digunakan lagi. Menjadi seorang yang sentiasa ingin melihat kebahagiaan orang lain semestinya seorang Azimah, meski kebahagiaan itu tidak dicipta bersama dia. Menjadi seorang rakan yang baik, juga menjadi impian seorang Azimah. Sentiasa berusaha untuk meluangkan masa, mencurah tenaga, memberi kasih sayang buat insan bernama rakan. Semua rakan-rakan itu mempunyai nilai tersendiri di dalam hatinya. YA, terlalu istimewa. Perkara yang terjadi beberapa hari lepas mengetuk pintu hatinya, untuk merasai pahit kata-kata rakan meski tidak dihamburkan dihadapannya. Jauh lebih pahit apabila tidak dituturkan secara jujur dihadapannya. Betul, media sosial kini menjadi medium utama kebanyakan manusia untuk meluahkan perasaan. Tapi, apakah perlu sebegitu rupa? Rasa yang tidak di...

Wrap Up 2020

Imej
Hai Assalamualaikum warahmatullah! Hari ni 31 Disember 2020. Penutup tahun 2020, bersamaan hari ulang tahun kelahiran ke 22 saya, ehe. Well, disambut dengan bertemu seseorang yang dah lama tak dijumpai. Jadinya, sedikit penulisan lah kot sebagai penutup tirai 2020 ni. 2020 yang penuh dengan onak duri juga jalan kesenangan melalui kehidupan yang serba lengkap sebagai seorang anak, mahasiswa dan insan di dunia. Dimulakan dengan POA PMGKS sebanyak 6 kawasan. Satu pencapaian yang membanggakan buat PEPIAS Kuala Selangor atas penganjuran PMGKS serta POA yang melengkapi. Ruang kaderisasi besar yang kini menjadi pelapis ahli PEPIAS Kuala Selangor dengan perlahan-lahan meningkatkan kualiti setiap mereka. Diteruskan dengan menjadi peserta PMG Selangor 2020 dan menjalankan POA masing-masing dengan melaksanakan IMARAM (Imarah Ramadhan) semasa bulan Ramadhan meski Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebagai Naib Pengerusi Perhubungan PEPIKUS, saya seronok melihat usaha-us...