Di Bawah Naungan Rasa
Detik masa berlalu. Peristiwa yang telah terjadi itu seringkali bermain difikiran. Memecah gembira hingga bertaburan. Diri yang seringkali melakukan kesalahan, namun juga acap kali diingatkan supaya menahan mulut daripada mengungkapkan kata, kerana pasti ada salahnya di mata orang. Ah, kenapa mesti memikirkan apa yang orang lihat?
Sejak peristiwa itu, diikuti beberapa peristiwa kecil yang membuktikan bait kata-kata seorang Azimah ini seringkali mendatangkan ketidakselesaan orang lain, maka secebis kata-kata digenggam erat dan ditanam kukuh di mindanya.
"Berkata Baik atau Diam"
Bahkan hari ini, baju yang dipakainya terdapat tulisan "Speak Good or Remain Silent".
Dan setiap kali terlepas beberapa kata yang membuatkan orang tidak selesa, hatinya lantas menunduk duka. Hari demi hari yang dijalani adalah beserta hati yang lebih sensitif berbanding sebelum ini. Entah berapa kali menangis, entah berapa kali terasa, entah. Terkadang malas untuk difikirkan, kerana tahu dirinya akan segera menemukan gembira.
Berkata baik atau diam ini cuba dipraktikkan, tetapi lain pula pandangan di mata orang lain. Kerap kali dikatakan "merajuk" sedangkan dia hanya menunaikan apa yang dipegangnya. Apalah sangat setakat terasa dengan bicara manusia, dia juga begitu barangkali.
Untuk rasa yang banyak terpendam ini, semoga segera beredar, kehidupan selepas hari ini seharusnya jadi lebih baik.
Mariii.
Ulasan
Catat Ulasan