Ruang Sendiri
Assalamualaikum warahmatullah.
Tenang sendirian.
Beberapa perkara yang terjadi kebelakangan ini membawa saya ke sebuah kolam perasaan yang sedikit pahit untuk dirasai. Memberi kesan kepada fikiran dan perasaan untuk digunakan lagi. Menjadi seorang yang sentiasa ingin melihat kebahagiaan orang lain semestinya seorang Azimah, meski kebahagiaan itu tidak dicipta bersama dia. Menjadi seorang rakan yang baik, juga menjadi impian seorang Azimah. Sentiasa berusaha untuk meluangkan masa, mencurah tenaga, memberi kasih sayang buat insan bernama rakan. Semua rakan-rakan itu mempunyai nilai tersendiri di dalam hatinya. YA, terlalu istimewa.
Perkara yang terjadi beberapa hari lepas mengetuk pintu hatinya, untuk merasai pahit kata-kata rakan meski tidak dihamburkan dihadapannya. Jauh lebih pahit apabila tidak dituturkan secara jujur dihadapannya. Betul, media sosial kini menjadi medium utama kebanyakan manusia untuk meluahkan perasaan. Tapi, apakah perlu sebegitu rupa? Rasa yang tidak diungkapkan, bahkan dipendam dan dihamburkan di media sosial seolah seorang Azimah itu tiada segala media sosial tersebut.
Ah! Mungkin saya ini tiada hati agaknya!
Saya tahu perkara ini perkara kecil sedikit bagi orang lain. I'm trying to treat it as a small things. Tetapi kawan ini tidak pernah kecil dalam kehidupan saya. Segala yang terlibat dengan mereka adalah perkara besar bagi saya, meski kadang tidak termampu untuk sentiasa ada bersama mereka, tetapi sentiasa ada doa agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Saya memahami bahawa setiap orang akan mengutamakan hati mereka, apa yang mereka rasai, apa yang mereka fikirkan, sehinggalah terjadinya satu waktu untuk mereka mengekspresikan rasa yang tersimpan. Apakah tidak boleh diekspresikan kepada orangnya? Orang yang telah melakukan kesalahan mengikut kata mereka.
Saya tidak tahu salah saya di mana, tahu-tahu orang tahu dia bermasalah dengan saya. Ya, melalui media sosial. Acap kali ia berlaku. Saya? Terpinga-pinga. Berfikir-fikir di mana salahnya bicara saya. Entah waktu bila, entah tentang apa, entah.
Dan sekarang, saya merasakan adalah lebih baik untuk kurangkan berkomunikasi dengan orang-orang sebegini. Lebih baik memberi ruang untuk diri sendiri bersendirian. Jauh daripada mengeluarkan kata-kata kepada orang yang barangkali melukakan hati mereka. Lebih seronok berjalan-jalan dan bercakap sendirian di atas motor. Tetapi tidak semudah itu, inilah kehidupan yang perlu dihadapi. Menyimpan rasa sebegini dengan harapan ia tidak melukakan dan pergi bersama masa yang berlalu. Andai terjadi lagi dan lagi, maka berbesar hati lah saya menerima kepahitan sebegini.
Selagi rumput di padang masih tumbuh, selagi langit masih berdiri, mungkin selagi itulah saya masih mempunyai ruang dan masa untuk kembalikan emosi seperti biasa. Terasa seperti segala negativiti disalurkan ke bumi, dan saya menyerap tenaga positif daripada bumi ya. Haha. Moga Allah merahmati semua orang.
KEKAL KUAT DAN TABAH WAHAI DIRI!
Ulasan
Catat Ulasan