New Journery Old Position

 Assalamualaikum and haiii, Selamat pagi semorang!

Salam hari Jumaat!

Hari ni 3hb Disember 2021. 3 hari rasmi sebagai SUK PEPIAS juga 2 bulan lebih merangkap PSUA PEPIAS. Masih di jawatan yang lama, bersama partner kerja yang baru. Big thanks to Abang Topek sebab banyak cover kerja sekretariat sepanjang aku intern. Ouh ya, big thanks jugak kepada Abang Zakir coverkan kerja sepanjang intern waktu nak dedekat muktamar. Aku yang tak mampu nak fokus untuk banyak benda dan akan terlepas banyak benda. 

Berubah partner kerja sedikit sebanyak merumitkan dan confuse. Yelah, masih mencuba untuk memahami gaya kerja seseorang. Walaupun dah dua bulan naik, aku akui kurang komunikasi dengan Abang Topek sebab seharian office hour Isnin-Sabtu, malam pulak buat kerja dekat office yang terasing. Untuk hal sekretariat yang aku mungkin dah tahu banyak perkara berbanding abang Topek, maka selalulah rasa bersalah bila tak sempat nak bagitahu dan ajar beberapa perkara. Sobs. Presiden dah lah suka push (standard Presiden level) lah kan. 

Apapun, ni semua proses belajar walaupun sebenarnya bia dah naik pusat lagilah kanan, kena banyak tahu banyak benda bukan baru terkial-kial nak belajar. Itu sebab bila berada di cawangan ni kena belajar betul-betul. Perlunya aktif di cawangan bukan hanya sekadar ada jawatan untuk penuhkan profil. Apoo.

Ouh ya, I got some offer from Poknik. Jujurnya aku rasa bersalah untuk menolak, even sekarang ni pun aku still buat design untuk Poknik. Tapi offer tu aku kira terlalu awal. I need to be here (in PEPIAS) selagi mana aku diperlukan (sampai umur 25) lah aku kira. Bukannya aku suka untuk rasa diperlukan semata, tapi keperluan mengikut keadaan semasa PEPIAS. 

Jemaah ni kadang menyesakkan dada, yet I'm still here menerima segala kekurangan dan berbangga dengan segala kelebihan, dan berbesar hati nak menggerakkan. Maka disebabkan itu, aku percaya, aku perlu lalui prosesnya satu-satu, kalau tak aku akan jadi senior yang melangit dan tak membumi atas asbab pengalaman proses yang aku lalui terlalu melompat jauh. 

Ouh ya, berbalik kepada posisi sekarang, seorang Azimah yang akan sentiasa memainkan peranan untuk memahami orang. Aku request untuk duduk satu office dengan Abang Zakir, Abang Topek which is office lelaki lah patutnya, waktu office hour, supaya banyak benda boleh sembang dan tahu. Sepanjang intern, aku rasa left out gila ya. Banyak kali menangis sebab rasa left out je. luls. Penat tahuu. So ya, permintaan yang ditunaikan. Alhamdulillah. Terima kasih dekat dua bos aku. 

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua dalam menggerakkan PEPIAS!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)