Short Vacay to Ibu's and Nenek's House!

 

Assalamualaikum! Heyyoo.

Update diri sendiri sikit, haritu saya dah tamat latihan industri di Malaya Grill hujung bulan 11.  Pheww. Alhamdulillah. Sekarang bekerja full-time dengan PEPIAS. At least I let go one dilema. 

Selama 3 bulan intern, minggu pertama je sempat ke rumah ibu. Itupun sebab alang-alang ke INSTAQLIM Semenyih, singgahlah rumah ibu kejap. Belikan roti sebab ibu minta. Yang menjadi memori waktu ni adalah kebodohan saya yang tak bawa duit cash ya. haha. Singgah kedai runcit dekat Sg Lui, pastu tanya makcik di kaunter "Acik, saya takde duit cash, boleh tak saya transfer je kek akaun acik?" Acik tu blurr. hahahha. Sampaikan beliau cakap "Takkanlah RM 3.20 pun tak ada dik? Kalau macam tu tak apalah, acik sedekah je" Hahahhah, aishh. Saya ada duitlahhh, cuma dalam bank jee. Huaa. Gigihlah jugak menggagau beg galas, jumpalah beberapa keping duit syiling. Cukup RM 3.20! hahhaha. Buat hal lah. Keluar dari kedai tu, tersenyum sendiri ya dengan kebodohan diri sendiri luls.

Okay, kembali ke penulisan asal. Disebabkan intern, maka selama 3 bulan tu lah tak ke rumah ibu dan nenek. Walaupun beberapa kali bebudak Changkat dah ke sana, tapi saya tak ikut sekali atas beberapa sebab. Mampu video call atau voice call je tanya khabar dan mendengar cerita mereka berdua. Dah niat dah nak pergi rumah mereka lepas habis intern, tapi tu lah, pertengahan bulan baru berkesempatan nak ke sana. Ouh ya, banyak kali dah sebenarnya cakap nak datang tapi asyik  cancel je. Huhu.

End up, berjaya disusun untuk ke sana sehari sebelum Sidang Selari & Tamrin Qiyadi. Asalnya nak pergi sorang je, tapi sebab gerak malam, ajaklah sekali Kak Aiman (sebab kitorang berdua rapat dengan ibu & nenek). Perangai ya gerak dari Gombak pukul 11.00 malam, sampai rumah ibu pukul 12.00 lebih. Sebbaik ibu & nenek spesis manusia tidur lewat, jadi okay je lah. Ehe. Ni kalau mak saya sendiri, mahu kena halau rumah. Haha.

Sampai sana macam biasalah, berborak-borak. Baru tahu keadaan nenek yang sakit kaki dan masih lebam, ibu yang 24/7 dengan semputnya dan baru baik daripada demam. Sebab setiap kali call katanya "Sihat je. Biasalah sakit orang tua". Hmmm. Sempat ajarkan nenek macam mana nak guna aplikasi Bank Islam Go tu sampai nenek ingat stepnya. Dan mengakhiri sisa malam itu dengan menguap dan cakap nak tidur. Haha. Dah pukul 2.00 lebih dah waktu tu. Nenek dan ibu macam biasalah sediakan kelengkapan untuk beradu pagi-pagi buta tu. Baju lengan pendek, kain batik, cadar tilam, sarung bantal, tuala dan yada-yada. Dan mereka teruskan berborak. Lena tidur malam tu sebab tidur atas tilam Coway empuk! Haha. Terima kasih ibu dan nenek! Omooo. Manalah tak sayangg. 

Esok paginya, disebabkan saya yang bangun paling awal, berkesempatanlah memasak nasi goreng untuk seisi rumah. Malam tu ibu kata ibu nak masak nasi goreng, tapi tahu je ibu dengan nenek penat dan tak larat, maka saya buat macam rumah sendiri! haha. Buka peti ais tengok apa ada. Buka semua kabinet juga. Hasil berperang di dapur, maka siaplah nasi goreng cendawan untuk sarapan! Ouh ya, cendawan tu diimport khas dari Changkat hasil tangan Azimah! ngehh. Rasa puas ya dapat masakkan untuk nenek & ibu. Ye lah, selalu pergi sana asyik dihidang makanan je, bersalah lah jugak. Huhu. 

Siap sarapan dan bersembang lagi dan lagi, saya dan kak Aiman decide untuk balik ke changkat pukul 10.00 pagi. Sebelum balik, sempat berjalan sama-sama dan teman ibu ke parit kecil belakang. Dapat juga naik ke bukit yang ditarah tu dan tengok view dekat situ. Ouh ya, sempat juga snap gambar sama-sama atas permintaan nenek & ibu. Ehe. Waktu sembang malam tu, nenek be like "Kita tak pernah tangkap gambar sama-sama kan?" 

Terima kasih nenek dan ibu atas layanannya! Till we meet again yaa. (Tapi memang kena meet again kot, charger Iphone tertinggalll. Ada ada je lahh)







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)