Anugerah Dari Allah
Assalamualaikum haiii.
Beberapa minggu lepas saya bertanya khabar seorang kawan setelah melihat story di instagram yang kerap memberi hint dirinya berada dalam keadaan kurang baik. "Sihat? Okay ke tu?" untuk memulakan perbualan. Memandangkan beliau ni rajin jugalah membalas status whatsapp saya, rasa prihatin mula hadir untuk sekadar membalas santun dan budinya.
Mengenali dia yang mempunyai watak yang baik, hati saya terdetik untuk bertanyakan tentang status dirinya. Dirinya yang sedikit polos, menjawab soalan 'general' saya dengan jujur tentang status diri dan pekerjaannya sekarang. Iya, saya tertawa kecil hahah. Sebenarnya saya yang sedikit segan sebab bertanya status orang, tapi kawan saya ni sangat menyambut baik tanpa mempersoal berlebihan. Dia memberitahu hal-hal dirinya dahulu, kemudian baru bertanya "Kenapa Azimah tanya?" Sedikitpun soalan saya tidak dijawab dengan cara yang menjengkelkan. "Saja bertaaruf, hahaha" jawab saya ringkas dengan niat yang serius.
Hari Isnin lepas, usai PMGS23, ucapan tahniah diberikan dan diselitkan juga dengan soalan "Azimah sdh berpunya?" Saya nak jerit bila baca soalan tu. Kawan saya ni baru nak respon dengan 'counter offer'
Membincangkan hal serius sememangnya menjadi minat saya tapi tidak pernah sehingga ke tahap perhubungan begini. Hal perhubungan ini terlalu besar, dan saya serahkan penghujungnya kepada Allah Taala. Meyakini diri dia menjadi satu hal yang mesti, tetapi saya sedar dia juga masih manusia.


Ulasan
Catat Ulasan