Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Ulangan yang tidak jemu

Imej
Aku kenal istilah koyak, barai, stress, down dan yang bersamaan maksud dengannya since aku menginjak dewasa. Susah jugak ya bila jadi orang yang dah besar sikit ni. Banyak yang kena difikirkan. Banyak yang kena dibuat. Banyak yang kena dijaga. Meskipun begitu, tiada kata penyesalan menjadi orang yang lebih dewasa. Aku belajar lebih banyak perkara yang mana ianya memberi sedikit cahaya yang menerangi kehidupan aku. Ya, cahaya itu masih lagi sedikit kerana aku masih belum belajar sebanyak-banyaknya perkara yang ada. Perjalanan hidup ini panjang untuk kita belajar dan terus belajar walau sekecil perkara. Tinggal kita ni ja yang nak ambil sesuatu itu ataupun tidak. Ada orang, bila dia rasa ilmu yang dia ada itu ditahap yang tinggi, dia memandang rendah pada suatu ilmu yang kecil. "Ni aku dah belajar dulu" "Belajar ni je ke? Sia-sia je datang. Aku dah tahu dah yang ni" Aku teringat Muaz bagi tazkirah dalam kelas time form 4, orang yang menuntut ilmu ni dia...

Sekecil perkongsian

Imej
Bismillah Sem 2 sudah berlalu hampir 2 bulan. Maka bermulalah musim-musim busy dengan QUIZ, ASSIGNMENT,TEST dan PRESENTATION. Fuh, harapnya si Azimah ni mampu untuk cover balik apa yang sebelum ni dia tak dapat catch up sebab banyak fikir pasal bende lain especially KKPI. Perkara-perkara yang banyak mengganggu jiwa dan fikiran. Time-time hujung tahun ni la banyak member aku yang dah start cuti dan aku pulak sebok dengan segala yang tertulis dekat atas tu sambil menuju final exam Sem 2. Haa, ya. Aku jeles. Chill beb. Setiap orang lain-lain. Haaa, mahbubah pulak dah nak masuk KUIS 18/11 ni. Oldebest sis! Moga pandailah hidup berdikari sikit, jangan mengada sangat. Cuba jadi kuat, cuba jadi berani. Hidup jauh dari mak ayah ni memang kena macam tu lah. We learn how to survive in our life. Aku tahu nanti kau akan nangis. Hahaha. Nangislah puas-puas. Aku dah melalui waktu itu. Homesick ni memang susah nak dipisahkan. Huhu Ouh, sebenarnya aku rindu kawan-kawan aku. Hari tu dapat ...

Tet Tet Tet

Salam Jumaat semua! Sollu 'alan Nabi 10/11/2017 Tarikh yang mana sepatutnya dilaksanakan KKPI 2017, tetapi dibatalkan atas beberapa sebab. Jujurnya, aku kecewa atas pembatalan tersebut kerana prosesnya telah pun berjalan tetapi aku juga harus berpijak pada realiti bahawa kesediaan itu masih belum mencukupi untuk melaksanakan satu program yang besar. Aku yang ditawarkan untuk memegang jawatan sebagai setiausaha kewangan KKPI17, lalu aku menerimanya kerana ingn belajar. Lupakah aku, aku belajar untuk sesuatu yang besar di saat aku tidak mempunyai sedikit pon pengalaman berkenaan program besar. Aku tak sepatutnya berbuat begitu. Ia hanya menyusahkan ramai orang kerana aku perlu belajar dari bawah sedangkan kedudukan aku itu sepatutnya menjadi orang untuk orang bawah aku bertanya. Ya, aku diingatkan supaya tidak merasai pembatalan KKPI17 ini sebagai satu kegagalan. Tapi aku tetap merasai ini satu kegagalan diri aku. Ah, kau siapa nak halang aku untuk ada rasa begini.  Teta...

Baik tetap baik, kurang baik tetap kurang baik

Imej
Manusia sering sahaja melupakan kebaikan seseorang setelah mengetahui sesuatu yang kurang baik pada dirinya. Baru-baru ni aku mendengar suatu cerita mengenai orang yang boleh dikatakan orang yang aku percaya. Cerita itu pula cerita yang kurang menyenangkan pendengaran aku. Aku hanya mampu diam. Tiada soalan untuk diajukan. Aku diam seolah aku tidak mengenali siapa manusia yang diceritakan itu walhal aku agak rapat sebelumnya. Untuk aku percaya bulat-bulat semestinya tidak. Tidak adil untuk aku percaya selagi aku tidak mendengar dari sebelah pihak lagi. Tetapi, untuk tidak mempercayainya juga agak mustahil kerana cerita yang hampir sama aku dengar daripada beberapa orang yang lain. Kepercayaan itu semakin lama semakin berkurang. Sekarang semakin tidak rapat. Need to create a gap between us. Tetapi, aku tak akan pernah lupa kebaikan dan pengorbanan dia selama ini. Mana mungkin hanya kerana satu kesalahan, aku perlu melupakan segala kebaikan dia. Tidak adil juga...

Tak Biasa

Di zaman kemodenan ni, di saat teknologi semakin canggih, ramai orang yang mengejar populariti melalui media sosial yang ada. Facebook, instagram, twitter dan sebagainya menjadi medium utama untuk menaikkan nama sendiri. Boleh dilihat, bagaimana artis menjaja diri sendiri, juga para remaja yang begitu taksub dengan keunikan media sosial yang ada. Hari demi hari, begitu banyak perkara baru yang sering bertambah untuk menjadikan manusia lebih lalai. Ada yang tidak pernah terlepas untuk sentiasa mengemaskini 'story Instagram' disetiap saat dan waktu. Setiap ruang waktu itu, digunakan untuk menunjukkan kepada orang awam tentang apa yang mereka sedang buat dan lakukan. Kadangnya, hanya sekadar menjelirkan lidah menggunakan 'boomerang', sengetkan kepala ke kanan dan kiri, tolak selimut tarik selimut di atas katil dan bermacam lagi. "Media sosial menjadikan manusia itu semakin kurang rasa malunya" -by someone Quote yang aku dengar ketika menghadiri usrah. Bena...

Ikut suka

Imej
Banyak sangat draft dah ni. Banyak sangat yang nak diluahkan tetapi akhirnya hanya disimpan. Huhu. Kali ni aku publish. Janji. Haha Tapi macam biaselah, apa yang aku publish bukanlah apa yang aku rasa. Ataupun boleh jadi sesuatu yang aku rasa, tapi bukanlah yang sebenarnya. Ehhh. Apeniii. Okay, lets talk about man. Weyhhhh. Ape Azimah ni. Agaga Semalam aku pegi hiking dekat Bukit Botak, Puncak Alam dengan abang, kakak and adik. Padahal sepatutnya aku kena hadir post-mortem KKPI17. Hmmm. Tipulah tak rasa bersalah tak datang post-mortem tu kan, tapi aku rasa bersalah jugak dekat siblings aku. Berapa kali dah aku tolak ajakan dorang sebelum ni disebabkan ada meeting sana sini dengan programnya every weekend. So kali ni macam nekad sikit la terpaksa tak datang postmortem tu. Aku ingatkan sempat tau datang postmortem tu sebabnya selalu pegi hiking awal pagi. Tapinya awal pagi tu hujan lebat. So kitorang gerak dari rumah pon agak lewat dan akhirnya aku datang PULPA pon lewat gila...