Baik tetap baik, kurang baik tetap kurang baik
Manusia sering sahaja melupakan kebaikan seseorang setelah mengetahui sesuatu yang kurang baik pada dirinya.
Baru-baru ni aku mendengar suatu cerita mengenai orang yang boleh dikatakan orang yang aku percaya.
Cerita itu pula cerita yang kurang menyenangkan pendengaran aku. Aku hanya mampu diam. Tiada soalan untuk diajukan. Aku diam seolah aku tidak mengenali siapa manusia yang diceritakan itu walhal aku agak rapat sebelumnya. Untuk aku percaya bulat-bulat semestinya tidak. Tidak adil untuk aku percaya selagi aku tidak mendengar dari sebelah pihak lagi.
Tetapi, untuk tidak mempercayainya juga agak mustahil kerana cerita yang hampir sama aku dengar daripada beberapa orang yang lain.
Kepercayaan itu semakin lama semakin berkurang.
Sekarang semakin tidak rapat. Need to create a gap between us.
Tetapi, aku tak akan pernah lupa kebaikan dan pengorbanan dia selama ini. Mana mungkin hanya kerana satu kesalahan, aku perlu melupakan segala kebaikan dia. Tidak adil juga.
Manusia tidak berhak menghukum.
Setiap manusia berhak untuk mendapatkan ruang untuk buat salah kerana manusia itu bukan malaikat.
Buat kesalahan itu sememangnya sifat seorang manusia dan bagi aku kita sebagai manusia perlu memberi ruang kepada manusia yang lain.
Yang salah itu kekal mejadi kesalahan, yang baik itu tetap menjadi kebaikan.
ASIF ALA KULLI HAL

Ulasan
Catat Ulasan