Tak Biasa

Di zaman kemodenan ni, di saat teknologi semakin canggih, ramai orang yang mengejar populariti melalui media sosial yang ada. Facebook, instagram, twitter dan sebagainya menjadi medium utama untuk menaikkan nama sendiri.

Boleh dilihat, bagaimana artis menjaja diri sendiri, juga para remaja yang begitu taksub dengan keunikan media sosial yang ada. Hari demi hari, begitu banyak perkara baru yang sering bertambah untuk menjadikan manusia lebih lalai. Ada yang tidak pernah terlepas untuk sentiasa mengemaskini 'story Instagram' disetiap saat dan waktu. Setiap ruang waktu itu, digunakan untuk menunjukkan kepada orang awam tentang apa yang mereka sedang buat dan lakukan. Kadangnya, hanya sekadar menjelirkan lidah menggunakan 'boomerang', sengetkan kepala ke kanan dan kiri, tolak selimut tarik selimut di atas katil dan bermacam lagi.

"Media sosial menjadikan manusia itu semakin kurang rasa malunya"
-by someone

Quote yang aku dengar ketika menghadiri usrah. Benar, aku akui kata-kata itu. Media sosial ini semakin menghilangkan perasaan malu. Lebih-lebih lagi terhadap seorang wanita yang mana sepatutnya mereka menjaga malu itu.

Wanita dengan Malu sememangnya tidak boleh dipisahkan. Mahalnya seorang wanita itu apabila tinggi perasaan malunya dia terhadap sesuatu bergantung kepada situasi.

Aku seorang remaja perempuan, aku memahami satu perasaaan yang mana perempuan ini dia mahu dia dilihat. Dan itulah apa yang telah dibuat oleh ramai wanita diluar sana. Meletakkan gambar sewenang-wenangnya di media sosial. Kalian sudah dilihat sayang, tapi puaskah?

Jujurnya, aku juga teringin untuk berbuat sedemikian. Meletakkan gambar aku berhias di media sosial, tetapi rasa malu itu menghalang aku untuk berbuat demikian. Aku malu. Tersangat malu. Untuk apa aku dilihat?

Tidak akan ada sesiapa yang menegur aku jika aku meletakkan gambar muka sebiji di mana-mana media sosial, aku tahu itu. Tetapi, aku dapat apa? Tiada.

...............................................................................................................................................

Huuu, nak gune bahasa pasar pula. Boleh je kan?

Aku tak pernah berani nak letak gambar muka aku sebijik dekat profil picture, story instagram, post instagram, story whatsapp, facebook and twitter. Fuh. Padahal banyak je gambar-gambar selfie aku. Banyak je dalam fon tu. Cumenye tak berani nak letak. Awkward. Aku banyak kali tau terfikir, macam mana dorang boleh post gambar sebijik-sebijik muka dia lepastu post. Mana dorang dapat keyakinan tu? hahaha. Ataupon buat boomerang dkt insta story letak muka sebijik. Errr. Kadang tu aku tengah main slide-slide, nampak muka sebijik dkt insta story tu. "Tanjat den".Huhu.

Aku bukanlah seorang yang sangat strict dalam pemilihan gambar untuk dipost dalam mana-mana media sosial, bukan. Tapi memilih jugaklah, cumenye tak strict. Ada orang dia tak benarkan langsung untuk post gambar sorang-sorang. Ada orang, kalau post gambar sorang-sorang, ditutup muka. Haaa, kalau aku pula, simple je,

1) Tutup aurat
2) Gambar sorang-sorang boleh, tapi jarak yang jauh, Tak terlalu dekat dengan kamera. Senang cite, gambar tu tak besar.
3) Post gambar ramai-ramai. Gambar kawan2 kelas. Gambar yang menjadi kenangan. haha
4) Tidak menunjukkan gaya yang gedik atau buat muka comel.

haaa, tu je kot.

Ada persoalan yang bermain dekat minda aku sebenarnya, tolonglah jawabkan ya wahai pembaca yang kusayangi.

S; Kenapa orang post gambar sorang-sorang lepastu cover muka ea? Dia nak post ke tak sebenarnya? Untuk apa tutup kalau memang nak dipost? hekhek

S: Aku tak pernah faham dengan orang yang post gambar sendiri lepastu letak caption ala-ala islamic. Caption langsung x de kaitan dengan gambar. What? haha. Aku takleh brain. fiuh.

Bagi aku, kalau nak letak caption islamic, boleh je kot gambar word tu ataupon ambil dekat internat.. Atleast adelah sikit kne mengena. kalau memang nak letak gambar, letaklah gambar and buat caption utk diri sendiri like " Kuatlah wahai diri, jangan sesekali kau lemah" . Haaa, barulah ada kena mengena.


Yang penting, sebelum nak post video atau gambar, tengok dulu, buat penilaian. Gambar tu seuai tak nak dipost. Ramai orang yang akan tengok ni.


Maruah diri kita tinggi, janganlah rendahkan ya sayanggggg.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)