Sekecil perkongsian


Bismillah

Sem 2 sudah berlalu hampir 2 bulan. Maka bermulalah musim-musim busy dengan QUIZ, ASSIGNMENT,TEST dan PRESENTATION.

Fuh, harapnya si Azimah ni mampu untuk cover balik apa yang sebelum ni dia tak dapat catch up sebab banyak fikir pasal bende lain especially KKPI. Perkara-perkara yang banyak mengganggu jiwa dan fikiran.

Time-time hujung tahun ni la banyak member aku yang dah start cuti dan aku pulak sebok dengan segala yang tertulis dekat atas tu sambil menuju final exam Sem 2.

Haa, ya. Aku jeles. Chill beb. Setiap orang lain-lain.

Haaa, mahbubah pulak dah nak masuk KUIS 18/11 ni. Oldebest sis! Moga pandailah hidup berdikari sikit, jangan mengada sangat. Cuba jadi kuat, cuba jadi berani. Hidup jauh dari mak ayah ni memang kena macam tu lah. We learn how to survive in our life. Aku tahu nanti kau akan nangis. Hahaha. Nangislah puas-puas. Aku dah melalui waktu itu. Homesick ni memang susah nak dipisahkan. Huhu

Ouh, sebenarnya aku rindu kawan-kawan aku. Hari tu dapat jumpa Syaqira sebab nak bagi buku dekat dia. Dia dah habis STAM, banyaklah masa nak diisi dengan membaca. Buku tu die dah mintak 3 bulan yang lepas kot. Dia kata bagi lepas dia habis STAM. Huu, tengah bahagialah dia tu dengan buku-buku tu. Aku pulak, banyak lagi buku yang tak dibaca. banyak lagi yang masih berbalut dengan plastik. Bau kedai lagi. Entah bila nak dibaca. Tunggu cuti sem kot. Harapnya sempat nak dihabiskan. Jadual cuti sem aku pulak dah diisi untuk buat aktiviti outdoor. Hahhaa. Banyaknya plan untuk cuti sem. Kinestetik terover.

Aku perlu banyak merantau even bukan luar negeri untuk aku belajar sebanyak mungkin perkara. Ya, ia agak menghabiskan duit belanja aku tapi pengalaman itu lebih berharga daripada duit. Thats why aku sanggup sikit. Orang kata, seeloknya kita menabung waktu tengah belajar ni, tapi tak bagi aku. Hahaha Mak abah bagi duit untuk sewa rumah and duit belanja je beb. Duit belanja tu pon bukan banyak mana. Aku tak kesah pon pasal duit belanja tu sebab aku faham mak abah bukan berduit sangat pon. I'm not from a rich family. Aku yang nak meminta duit belanja pon rasa bersalah.

So, apa yang aku buat , aku jimatkan sikit duit untuk aku makan sehari-hari. Paling jimat, puasa Isnin Khamis, sehari belanja RM 2 beli keropok lekor untuk tengahari. sarapan and makan malam, makan dekat rumah. Nasib perut Azimah kecik ja. Cepat kenyang. Kalau nak belanja lebih sikit, sehari RM 15. tapi tak selalu. Banyak habis selalunya dekat program and jaulah berseorang aku tu ja. hahaha.

Entah, aku tak berapa nak kisah kalau duit tu habis dekat perjalanan aku sepanjang jaulah yang tak berapa nak jauh tu sebabnya ia beri aku kepuasan. Macam haritu, time aku broken bile dapat tahu KKPI batal, aku pegi KLCC then pegi UIA. Perjalanan pegi balik tu hampir mencecah RM 20. Haa, sama je lah macam aku pergi Chow Kit sekolah jalinan kasih, aku pergi Ampang, taska Kak Ayyu. Banyak keluar duit tapi aku dapat kepuasan bile misi aku tercapai. Dalam perjalanan tu aku dapat belajar macam-macam. Lagi-lagi bile seorang diri, banyaklah sikit ingat kat Allah tu sebab kite tak de orang nak ajak sembang. Seorang diri tu memang bahaya lagi-lagi zaman sekarang yang banyak tersebar berkenaan rogol, culik dan sebagainya. Tapi, berseorangan tu buat kita lebih dekat dengan Allah bila kita yakin Allah sentiasa menemani kita sepanajng perjalanan. Allah tengah tengok kita. Allah tengah rindu mendengar kata syukur daripada kita apabila melihat alamNya.

Berseorangan ni jugak best bile kita nak nangis. Puas. Tak de siapa nak pujuk. Tak de siapa nak ganggu suruh berhenti menangis. Macam yang aku buat time dekat UIA hari tuh. Jalan sorang-sorang, sambil nangis. Tak de siapa ganggu.

Cara aku menulis ni nampak macam menggalakkan pembaca jalan sorang-sorang. Huhu. Aku tak menggalakkan. Depends on situation. Macam sama je kan situasi. Hahaha. Ni cara aku bila aku rasa serba tak kena. Aku down, aku stress, aku broken, macam ni je cara yang aku rasa aku boleh kembali tenang, so aku buatlah. Jalan sorangsorang ni tak bagus, lagi-lagi perempuan macam aku. Cumanya, kalau nak jugak buat, kena sangat berjaga-jaga,

1) Always pandang sekeliling dengan kerap
2) Make sure tak de orang yang berada berdekatan dengan kita
3) Jika ada, jalan laju sambil buat muka masam ( kerut dahi etc)
4) Make sure bawa senjata. Selalu orang bawak pepper spray. Please jangan cakap dekat aku kau bawak berdoa selalu. Sepak kang. Doa tu memanglah perlu, supaya Allah lindung. Tapi senjata pepejal juga perlu sayangggg.

Haaa, okay. Sampai di sini sahaja. Banyak pula nak tulis. Uhuhu.

Doakan Quiz Economics petang ni. Baii

Ikut yang baik, yang buruk tinggalkan.

Nak komen tentang apa yang aku tulis, silakan. Aku sangat memerlukan itu.

Sollu 'alan Nabi

Assalamualaikum



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)