Ulangan yang tidak jemu


Aku kenal istilah koyak, barai, stress, down dan yang bersamaan maksud dengannya since aku menginjak dewasa.

Susah jugak ya bila jadi orang yang dah besar sikit ni. Banyak yang kena difikirkan. Banyak yang kena dibuat. Banyak yang kena dijaga.

Meskipun begitu, tiada kata penyesalan menjadi orang yang lebih dewasa.

Aku belajar lebih banyak perkara yang mana ianya memberi sedikit cahaya yang menerangi kehidupan aku. Ya, cahaya itu masih lagi sedikit kerana aku masih belum belajar sebanyak-banyaknya perkara yang ada.

Perjalanan hidup ini panjang untuk kita belajar dan terus belajar walau sekecil perkara.

Tinggal kita ni ja yang nak ambil sesuatu itu ataupun tidak.

Ada orang, bila dia rasa ilmu yang dia ada itu ditahap yang tinggi, dia memandang rendah pada suatu ilmu yang kecil.
"Ni aku dah belajar dulu" "Belajar ni je ke? Sia-sia je datang. Aku dah tahu dah yang ni"
Aku teringat Muaz bagi tazkirah dalam kelas time form 4, orang yang menuntut ilmu ni dia perlu rasa ilmu yang dia dapat tu seolah-olah ilmu tu dia baru dengar walaupun die dah banyak kali dengar.

Apa yang penting, kita jangab terlalu bangga dengan ilmu yang kita ada. Ilmu itu sepatutnya menjadikan kita lebih zuhud. Memahami semakin bertambahnya ilmu dalam diri kita, semakin banyak apa yang ada pada diri kita ini bukan hak milik kita sepenuhnya tetapi itu semua Allah yang punya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)