Baitul Muslim Itu Adalah Pangkalnya

Assamualaikum. Hello. Sobahal Khair!

Dikesempatan ini, dapatlah untuk aku menulis sedikit coretan cerita yang lama sudah aku tinggalkan dibelakang.

Haritu aku ada baca blog seorang penulis yang terkenal, Inche Gabbana. Tertarik dengan entry last beliau mengenai baitul muslim yang akhirnya menjadi asbab kukuh terhadap didikan anak-anak.

Here I wanted to write about my parent! The superstar ever in my life!

Dan semestinya penulisan ini adalah sepenuhnya imbasan kembali zaman kanak-kanak aku. Watak utamanya adalah seorang ibu yang sangat hebat!

Here we go!

Mak aku decide untuk berhenti kerja bila dapat anak kedua which is abang aku, Amin. Ya, berhenti kerja sebab nak jaga anak sebab mak aku tahu bahawa seorang ibu tu adalah sekolah terbaik untuk seorang anak. Belajar solat, mengaji, matematik dan lain-lain, semuanya mak yang ajar. Eh, yang matematik tu wajib tau untuk dinyatakan sekali sebab my mom gigih gila buat buku sifir guna kad manila dan dijahit tengah-tengah untuk anak-anak dia dan matematik adalah subjek favourite yang mak akan suruh kitorang buat latihan. Hekhek. Sebab tu je subjek yang mak boleh ajar, yang lain-lain mak dah tak ingat. Buku sifir tu kan, kitorang ada setiap seorang then nanti main  teka-teka dengan abang kakak (adik kecik lagi time tu)and of course, the poyo's abang ever is Iya sebab dia laju sikit bab-bab matematik ni. Selain buku sifir yang dibuat khas oleh mak guna kad manila, aku dengan kak Imah(dalam ni tulis kak sebab nak tunjuk yang imah tu kakak, aku tak panggil dia kakak pun >-<) ada buku hafazan sebab time sekolah rendah kitorang amal islami masuk Hafazan Quran. Sekolah petang, aku start masuk hafazan time darjah 2 dan disambung darjah 3 juga. Aku dapat nombor 2 tak silap.untuk peringkat zon. Bila masuk peringkat daerah, dah tak menang dah. Hahha. Sekolah pagi aku masuk hafazan time darjah 3. Dapat nombor 1 peringkat zon >-<. Bahagia gila time tu sebab dapat pegang piala pusingan yang besar tu. Hahah. Ouh ya, buku hafazan ni mak buat colouring dalam dia. Katakanlah surah al-Humazah warna pink, at-Takathur warna hijau, al-Baiyyinah warna ungu. Gituu. Semangat nak menghafaz pon membara je selalu. Kelhulur-kehilir bawak buku hafazan tu. Ya Allah, bagusnya kehidupan time tu. Paling best, bila mak dah tunjukkan gila-gila effort dia nak anak dia menang tu, lepas dia dah buatkan buku khas, lepas dia dah tasmik, mak akhiri effort tu dengan hadir time hari pertandingan. My mom never miss this thing! Eventhough aku pergi sekolah tempat pertandingan tu dengan cikgu, nanti mesti ada mak datang support.  Benda ni mak buat dekat semua nak mak tau, terharunya ai.

Dari kecil memang dah dididiklah dengan menghafaz ni, ayatul kursi, surah annur (Allahunurussamawati wal ard...), penghulu doa, doa-doa dalam mathurat tu(tak semua tapi kebanyakan) dan macam-macamlah. Haha. Sangat cepat hafaz bila setiap pagi bila mak hantar pergi sekolah, mak akan suruh baca segala doa yang dia dah tetapkan sepanjang perjalanan dari rumah ke sekolah. Bila dengan mak, mak yang akan guide untuk baca walaupun macam sayup- sayup kedengaran dek angin yang bergesel dengan kelajuan motor. Siapa yang naik dengan abah, mak tak pernah tertinggal untuk memesan supaya baca doa. Baca ke tak diorang tu tak tahulah. Lol. Dan semestinya, abah tak akan guide, hahaha. Pergi sekolah petang pun macam tu jugak. Tapi sayang, sebab semua tu hanya ada time sekolah rendah je, naik sekolah menengah dah tak ada sebab kebanyakannya duduk asrama. Alaaa, teringgal satu ni. Macam mana mak nak buat kitorang cepat hafaz semua tu ialah dengan cara mak tampal ayat-ayat dan doa-doa tu dekat dinding laluan nak ke dapur. Bijakkan macam mana nak pancing anak-anak dia ni? Hahahha.

Mak ajar kitorang mengaji Iqra', garang woih, tapi better than kakak ajar, lagilah heh macam apa je. Garang mengalahkan mak. hahaha. Yang aku ingat, kebanyakan kitorang time darjah 1 dah pandai baca al-Quran walaupun macam tersekat-sekat sikit. Budak baru nak belajar kan. hekhek. Bila ada yang dah khatam, nanti mak akan raikan benda tu. Mak akan masak menu special, and kitorang satu family malam tu kena ada dekat rumah utnuk buat majlis khatam al-Quran kecil-kecilan. Sebab total family aku 10 orang time tu, kira ramai dah la tu. Haha. Tahu tak macam mana gembiranya seorang budak kecil lingkungan darjah 3-5 diraikan macam tu bila dia dah capai satu tahap yang menggembirakan dia. Ya Allahh, gembira gila!

Aku suka cara mak didik anak-anak dia yang nakal gila masya Allah. Kesannya apa bila mak buat macam ni? Bila anak-anak dia dah besar, yang nakal plus degil gila tu still dengar cakap mak. Ada lah jugak yang kadang-kadang tu tak dengar. Tugas mak dah selesai untuk didik anak-anak dia dengan didikan agama, so tugas anak lah pulak untuk memastikan didikan itu berhasil menjadikan diri sebagai orang berguna. Tapi, inilah kehidupan, persekitaran mempengaruhi. Ada yang mula berubah sikit-sikit terpengaruh dengan kawan. Pun begitu, mak berjaya cipta a strong bonding untuk kitorang sesama adik-beradik dengan cara yang atas-atas tu semua lah. So, degil-degil abang aku tu pun, still boleh ditegur oleh kakak abang adik diorang, takdelah melenting bila ditegur. Tapi diorang akan memberi beribu alasan bla bla bla dengan hujah-hujah segala. Hahaha. Kitorang nasihat je, buat tak buat tu, haaa, atas pilihan dorang. Penat dah nak bebel banyak kali. Kahkah.

Okay, dalam penulisan ni tak nampak banyak role abah kan. Huhu. Jujur kata, abah tak banyak memainkan peranan bab-bab macam ni, abah lebih kepada kebajikan anak-anak dan kebajikan seisi keluarga. Abah banyak ajar kemahiran-kemahiran yang kitorang tak akan belajar dalam kelas. Ya, itu abah. Nak kemahiran apa? Ubah suai rumah? nak kahwinkan pokok? Nak menjala? Mancing ikan? betulkan paip rumah? Betulkan atap rumah? Betulkan kipas rosak? Haaa, boleh tanya abah. Nak duit pon boleh mintak abah. Hahhaa. Ni of course lahhh.

Okay, the conclusion is?

Mak ayah ni memainkan peranan yang teramat penting dalam sebuah institusi keluarga. Thats why, be a parent yang faham untuk mendirikan keluarga, bukan sekadar mendirikan keluarga atas cinta semata.  My mom before kahwin dengan my dad bukannya kenal sangat pun. Bukn bercinta pun. Tapi sebab mereka faham tanggungjawab apabila mendirikan rumah tangga, maka terhasillah anak-anak yang pelbagai ragam dan mereka cuba memahami.

Semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke Syurga!





Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)