Kembara panjang
Assalamualaikum :)
Haii, sihat? Semoga sihat-sihat selalu. Nikmat paling agung tu.
Berniat nak tulis entri ni sebenarnya setelah betul-betul berakhir fasa ke-20 Kembara Murabbi pada 18 Mac baru-baru ni, tetapi apakan daya, masa tidak mengizinkan dek terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan segera.
Malam ni lah ada waktu lapang sikit, walaupun tak lah berapa lapang sangat. Hehe. Nak mengharapkan betul-betul lapang tu, hmm, entah bila lah boleh dapat.
Entri kali ni nak berbicara berkenaan Kembara Murabbi 2 Tahun. Fuh, laju je masa berlalu. Sudah 2 tahun aku mengikuti perkembangan program Kembara Murabbi ni.
Nama terpilih untuk menghadiri program ni ketika fasa pertama sangatlah mendebarkan. Jujurnya, aku tak tahu kenapa nama aku tersenarai sedangkan ramai je lagi senior-senior lain yang lebih layak.
Menghadiri fasa pertama bersama Izzati bertumpangkan Abg Kam ke Shah Alam. Sampai je di surau tersebut, kecut -perut dek melihat kehadirannya dihadiri oleh ramai senior yang hebat-hebat. Rasa nak balik rumah je waktu tu. Huhu.
Setiap orang dibekalkan dengan nota dan ada 2 soalan. Soalan yang masih aku ingat ialah kalau diberi peluang untuk ke bulan, nak buat apa dekat bulan? Tak silap aku lebih kurang ini lah soalannya. Fuh, KBAT nya. Hekhek. Tak ingat dah aku jawab apa. Huu
Ada satu part tu, pilihan secara rawak untuk perkenalkan diri dan nyatakan harapan. Siapa yang duduk hujung sekali untuk setiap lajur meja, dia kena ke hadapan perkenalkan diri. Aku salah seorang yang berada di kedudukan itu :( Tengok senior-senior bercakap dekat depan tu, buat aku lagi kecut perut. Huaaa. Jeng jengg, tiba giliran aku. Ya Allah, Ijat(Izzati) je tahu macam mana menggeletarnya tangan aku time tu. Huhu. Aku ke depan, Pak Nik pas mic dekat aku. Aku dengan acah-acah coolnya dekat depan tu, perkenalkanlah diri. Lepastu, paling tak boleh belahnya aku pergi sebut umur aku berapa nak menunjukkan aku yang paling muda dekat situ dan aku sangat mengharapkan dapat kerjasama yang baik daripada abang-abang dan kakak-kakak. Aku rasa time tu macam attention seeker oh. No need kotttt. Erghh. Pak Nik terkejut bila dapat tahu umur aku 17 tahun time tu. Then, Pak Nik tanya aku "Kamu yakin boleh teruskan berada dalam program ni sampai habis?" . Mati kutu jugak time tu nak jawab macam mana. Berdebar tu tak hilang lagi, dapat pulak soalan macam tu. eheh. Nak jawab "tak mampu nak teruskan sampai habis" macam tak sampai hati pula, then aku jawab je lah aku mampu habiskan. And you know what? Sambil aku cakap aku mampu tu, aku betul-betul cakap dalam hati yang aku mampu dan aku tanamkan terus! Aku sendiri rasa macam tak percaya kenapa aku buat macam tu. Huhu. Dan itulah yang aku ingat selalu selama dua tahun ni.
Pun begitu, aku masih kurang keyakinan untuk hadap fasa-fasa awal tu. Fasa ke-3 di Kem IM4U. Izzati dan Kak Miza dah setuju dah nak temankan aku join fasa kali ni, tetapi dua-dua tu cancel last minute. Dek kerana ketidaksampaian hati nak cancelkan dengan Abg Kam sebab time tu tumpang Abg Kam lagi, aku pergi je lah fasa 3 tu tanpa kawan. Again, keyakinan tu memang tak selalulah hadir. Macam-macam dah fikir. Ada perbincangan berkumpulan pula, aku satu group dengan bekas presiden PEPIAS dan Presiden PEPIAS waktu itu. Kecil betul rasa ketika itu. Rasa macam nak sorok-sorok muka. Hahah. Ouh takk, aku memang lemah bab-bab macam ni. Seriusss. Aku tak kenal ramai orang time tu, tak rapat pula tu. Rasa left out betul walhal akak-akak tu okay je sebenarnya.
Aku tak ingat dah sampai fasa keberapa entah, fasa tu dibuat di D'Bamboo, Tg Karang. Bila aku tengok senarai kehadiran, aku kecut lagi. Entah bilah lah nak kembang asyik mengecut je ni. Huhuhu. Dek kerana aku masih tak dapat keyakinan yang utuh, aku pm Kak Afiqah. Aku cakap yang aku rasa tak layak join Kembara Murabbi ni sebab semorang orang-orang hebat. Then kak Afiqah balas
" Everybody is nothing untill given chance"
Menung lama jugak bila baca ayat ni. Aku faham, tapi tu lah, keyakinan tu tak nak hadir serentak dengan kefahaman ni.Huhu. Ouh, tak silap ni fasa yang ke-9. Aku dah terskip banyak fasa sebab aku duduk asrama time tu. Fasa kali ni pula ada kena buat survey dan advokasi. For the first time ever, aku buat benda ni. Tersangatlah noob nak kena interview orang. Segala mak skill ayah skill, aku tak hadam walau sikit. huhu. Cabaran besarlah bagi aku yang noobies ni. Tapi okay je sebab ada kakak abang yang supportive! Ada satu part tu bila selesai pembentangan semua kumpulan, aku ni kan jenis tak banyak cakap bila masih rasa awkward dengan manusia-manusia sekitar tu, punyalah kak Afiqah nak aku bercakap, dia tujukan soalan khas untuk aku dan minta aku berdiri. Agagga. Menangis tak berlagu je dalam hati. Tapi tu lah, kalau tak dipaksa, aku tak akan terlatih untuk bercakap depan orang walaupun sebenarnya aku dah biasa bagi tazkirah ringkas untuk ma'surah. Thanks sis!
Cerita ni tak habis lagi. Stay tuned!
Banyak nak cerita pasal Kembara Murabbi ni, huhu. Sebabnya ni merupakan program yang aku paling utamakan selama 2 tahun ni. Kalau bertindih, aku akan minta pendapat Abg Kam untuk pergi program yang mana satu. Hekhek.
"Berjanjilah dengan mengucapkan InshaaAllah"

Ulasan
Catat Ulasan