Kata Maaf yang Tersimpan
Dia bukanlah manusia jika hidupnya tanpa melakukan kesalahan kepada manusia sekeliling. Bukan juga manusia jika tidak pernah merasa sakit hati. Bukan juga manusia jika tidak pernah tersakiti hati orang sekeliling.
Tidak menjadi asing jika manusia melakukan kesalahan kerana fitrah manusia yang sememangnya lemah untuk sempurna menjadi yang terbaik.
Namun, disebalik kesalahan yang dilakukan perlu disusuli dengan kata maaf. Kata maaf yng terlalu mudah untuk diluahkan tetapi teramat susah bagi mereka yang menjunjung tinggi ego mereka.
Kata maaf ini satu ucapan yang baik, maka ucapan yang baik ini jangan ditangguhkan supaya disaat kita pergi menghadap Ilahi nanti, kita dapat pergi dengan tenang tanpa beban. Begitu juga membayar hutang dan mengucapkan ucapan cinta kepada orang yang kita cintai di dunia ini seperti ibu dan bapa.
*********************************************************************************
Raisya menyelak helaian dokumen di skrin telefon miliknya sambil menitiskan air mata. Perasaannya ketika itu sedih tidak terkata. Apa yang mampu dilakukan adalah terus membiarkan air mata itu gugur. Sedikitpun tidak mampu diseka.
"Kenapa baru hari ni aku tahu? Kenapa? Kenapa mesti daripada orang lain? Kenapa bukan dari kau sendiri?"
Bertubi soalan keluar dari mulutnya. Sepertinya tidak mampu menerima apa yang baru sahaja dia baca. Dokumen itu berupa surat yang penuh dengan tulisan sahabat baiknya. Tetapi surat di dalam dokumen PDF itu baru sahaja didapati setelah seminggu pemergian sahabatnya, Qisya. Surat yang meluahkan segala rasa sebelum dia pergi buat selamanya. Dia terlalu takut untuk bersemuka dengan Raisya kerana di saat akhir itu dirinya terlalu tidak terurus dan bimbang Raisya akan terus meninggalkan dirinya dek kesilapan yang dilakukan 2 minggu lepas.
"Assalamulaikum Raisya. Hai. Kau sihat? Ehh, aku tulis dalam surat ni pun kau bukannya boleh baca. Huu. Jarang-jarang aku tulis surat pendek ni dalam fon, tapi hati aku tiba-tiba tergerak untuk tulis surat. Raisya, aku rasa dah lama tak jumpa kau. Aku rindu sebenarnya. Sehari tak berjumpa pun aku dah teringat dekat kau, ini apatah lagi seminggu. Seminggu tu lama bagi aku sebab dulu kita hari-hari berjumpa. Tapi sejak kau marah-marah aku disebabkan aku terhilangkan segala dokumen assignment kau dalam laptop tu, kita terus dah tak berjumpa. Aku sedih. Aku sedih dengan diri aku sebab tak pandai nak minta maaf directly dekat kau time tu. Aku terkesima. Aku terkejut. Selama 5 tahun kita bersahabat, itu kali pertama aku nampak kau marah-marah yang amat sangat. Dan lebih membuatkan aku terdiam bila marah itu memang ditujukan dekat aku. Aku hanya tertunduk je. Aku bersalah, maafkan aku. Boleh? Maafkan aku Raisya. Andai waktu boleh diulang, aku nak mintak maaf banyak kali dekat kau. Aku salah. Maafkan aku disebabkan aku, kau kena bertungkus lumus lagi sekali untuk siapkan assignment tu dalam tempoh 4 hari. 4 hari tu dah terlalu lewat untuk mula semula. Aku tahu. Aku nak sangat bantu kau, tapi kau tolak mentah-mentah. Mungkin waktu tu marah kau masih belum lega. Aku faham. Tapi bila kau tolak mentah-mentah bantuan aku, aku jadi takut. Aku takut dengan sahabat sendiri waktu tu. Aku tekad untuk tak nak ganggu kau beberapa hari. Maaf. Tiada guna bagi aku untuk wujud dalam hidup kau time tu jika hanya akan menambah amarah kau terhadap aku. Aku sedia untuk undur sedikit langkah kebelakang. Aku bagi kau masa untuk redakan segala perasaan kau dekat aku. Walaupun sebenarnya aku rindu sangat. AKu nak jumpa kau. Tapi aku sendiri tak mampu sebab aku dah janji dekat diri sendiri untuk beri kau masa. Aku harap kau masih sayang aku. Aku rindu persahabatan kita yang lama. Lagi sekali, aku mintak maaf sebab terhilangkan dokumen-dokumen tu.Aku minta maaf. Aku minta maaf. Lagi sekali, aku minta maaf sebab aku hanya mampu menulis kata maaf tu dalam surat ni. Bukannya kau baca pun kan. Aku tertanya, bila eh kita akan jadi seperti dulu-dulu? Hmmm, menahan rindu tu sakit rupanya. Tak pe lah. Aku tahan je. Aku kuat. Kau pun kuatkan? Kuat tau!"
"Qisya, aku maafkan kau weyh. Aku pun nak minta maaf. Tapi kau dah tak de. Kau dah tak de weyhh.Kenapa tinggalkan aku macam ni? Aku sayang kau jugak. Mafkan aku sebab tak cepat datang untuk bantu kau time kau excident tu. Aku terlambat. Maafkan akuuuuu"
Raisya redha cumanya dia terlalu sedih.
Peluang itu tidak selalunya akan datang dua kali. Peluang yang sekali itu pula jarang-jarang manusia dapat manfaatkan sebaiknya.
Dikesempatan ini, saya ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali saya. Maaf jika ada terkasar bahasa. Maaf jika ada tersakitkan hati. Maaf jika perlakuan tidak sopan. Maaf atas segalanya. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, yang kurang itu daripada kekhilafan diri saya sendiri.
Asif ala kulli hal
Assalamualaikum
(Khamis, 12.39 a.m)

Ulasan
Catat Ulasan