Eid Adha
Eidul Adha merupakan hari raya kedua bagi umat Islam jika mengikut susunan di dalam kalendar Hijrah, namun ia jauh lebih besar berbanding Eidul Fitri.
Besar itu bukanlah dinilai dari segi saiz mahupun bentuk. Haha. (Tak kelakar kannnn)
Tapi dikatakan besar kerana takbir yang ada pada dua raya ini.
Eidul Fitri hanya dilaungkan takbir pada 1 Syawal sahaja, manakala Eidul Adha dilaungkan takbir sepanjang 4 hari tasyrik iaitu 10,11,12,13 Zulhijjah.
Hari ni merupakan hari terakhir hari tasyrik.
Tadi aku sengaja memilih untuk solat asar dekat masjid sebab nak takbir berjemaah untuk kali terakhir. Feeling sangat. Terasa syahdu bila 4 hari yang mulia ini telah berlalu. Ditambah imam yang mengetuai bacaan doa membacakan doa dalam bahasa Melayu. Masuk menyusup terus di dalam hati ini. Lalu, air mata kehambaan itu pun laju berlinangan.
Selamat tinggal, jumpa lagi tahun depan :)
Tahun ni 1442H. What a Zulhijjah. I just help some activities during qurban at Changkat. However, from ibadah's side, I failed. Yes, I can say I failed. What a shame to Allah.
BalasPadam