Closing The Gap
Patah kata yang didendangkan untuk urusan kerja dalam melaksanakan program. Kali ini saya tujukan pada konteks berbeza. Closing the gap in my special relationship. Tiap proses taaruf itu mendebarkan bagi saya. Sampai satu tahap, merisaukan diri yang barangkali tersilap langkah mahupun kata. Kekurangan aksi mahupun usaha. Kekurangan kefahaman atau terlupa pantang larang. Tergores atau terabai perasaan. Kekurangan mendengar mahupun reaksi. Begini rupanya hal komitmen yang satu ini. 5 Jun 2023 - 22 Disember 2023. Telah berlalu 6 bulan tempoh perkenalan saya bersama sahabat baik saya. Mengerti banyak hal tentang rasa dan kehidupan. Merasai kukuhnya diri apabila didorong. Meski banyak tangisan dan rasa yang terpaksa didendangkan namun nun jauh di sudut hati berasa ralat dan segan. Namun, nyamannya rasa berada bersama walau laut membelah jarak. Apa benar ini rasanya cinta? Closing the gap. Jurang perkenalan ini dibawa semakin akrab apabila bertemu bersama keluarga. Selesai di sisi...