Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Hadiah Kecil yang Didambakan

Kehadiran insan bernama Dyaeyoon Eljoe itu terlalu bermakna buat diri aku. Dia mengajar aku pelbagai erti dalam menempuhi ranjau kehidupan. Dia bukan orang yang dikenali, hanya seorang anak orang berada yang kekurangan kasih sayang seorang ayah, adik lelaki dan kakak. Dia hanya punya seorang ibu tetapi dapat berjumpa hanya seminggu sekali di saat dia terlantar di katil hospital. Ketaatannya kepada ibunya yang sangat tinggi walaupun pada ketika itu ibunya masih jauh dari ajaran Islam sebenar. Dia seorang remaja yang bersungguh-sungguh mencari erti hidup, berusaha mencari cinta Ilahi, mempelajari ilmu-ilmu yang dia termampu. Perjalanan hidup dia, membuatkan aku terlalu bersyukur dengan persekitaran yang aku ada. Aku tak pernah merasai dibuli sehingga mencederakan. Aku tak pernah, dibenci oleh ayah sendiri kerana sakit yang aku ada. Aku tak pernah, ditinggalkan bersendirian di hospital selama seminggu. Hari-hari menghadap muka doktor dan jururawat yang sama selama 5 bulan. Pagi sian...

Penutup yang baik

1.34 a.m. Mata masih tidak sudi untuk lelap. Perut terasa tidak selesa. Kali ini bukan gastrik, hanya sakit biasa. Tulisan kali ini aku ingin berbicara tentang mati. Hari demi hari berlalu, usia semakin meningkat, penyakit semakin bertambah, apa yang paling dekat adalah kematian. Aku tidak merasa janggal berbicara soal mati kerana semua orang memang akan merasainya, berbeza apabila berbicara soal perkahwinan kerana tidak semua orang akan merasai perkahwinan. Sebenarnya, penyakit yang kita dapat ni lebih mendekatkan kita dengan Allah. Kan? Seringan apa pun penyakit tu, dia mendekatkan  kita dengan Allah. Migrain, gastrik, sakit dada dan sebagainya membuatkan kita teringat akan kematian. Ada satu hari tu, aku mengadu dekat mak, " Mak, sakit la sebelah kanan ni, agak-agaknya kenapa ya?" Aku sendiri rasa macam kelakar bila tanya macam tu dekat emak. Soalan aku tu macam emak aku ni seorang doktor yang boleh tahu setiap jenis penyakit yang ada. Emak jawab " Ko n...

Upgrade diri

Imej
Aku sebagai manusia ni kan, suka tau nak tulis benda yang sama yang sangat dekat dengan kehidupan. Contohnya macam kepercayaan, perasaan, dan pembelajaran . Aku scroll twitter, ramai orang yang mengharapkan tahun 2018 ni tak dipermainkan oleh cinta manusia, tak diretakkan kepercayaan, tak jumpa manusia talam dua muka, dan mengharapkan jodoh sampai. Yang last ni serius ramai yang mengharapkan. Hahaha. Orang suka berbicara tentang perasaan ni sebab memang itulah yang paling dekat dengan seorang manusia. Semua benda yang kita buat, semua menggunakan perasaan. Aku rasa kan, generasi sekarang ni kena banyak pergi dengar talk cara untuk mengawal perasaan lah. Iyalah, dengan kegawatan ekonomi sekarang, ditambah dengan lambakan assignment dan kelas, ditambah lagi dengan perangai manusia yang macam harey, semua ini perlukan kekuatan diri sendiri untuk kita mengawal emosi dan perasaan. Aku tulis macam ni bukanlah nak kata aku pandai mengawal emosi ni. Pandai sikit-sikit tu adalah bilaman...

Sanah Helwah Dyaeyoon!

Imej
27/10/2017 Sanah Helwah Yoon! Huhu Genap 21 tahun umur Yoon jika yoon masih hidup. Hey, akak tak pernah lupe kayh tarikh keramat tu! Tarikh yang membawa kepada kegembiraan dan juga kesedihan jika diingat kembali. 27/10/1997- Hari kelahiran Yoon 27/10/2015- Hari kematian Denden (adik angkat Yoon) Huuu, tadi akak dengar surah al-Qalam by ustaz Nafis, surah favourite Yoon. Haaa, teringat kegigihan Yoon hafal surah tu dulu. Apa yang Yoon buat tu boleh menjadi semangat untuk orang lain menghafaz al-Quran. Sayangkan, pandai baca al-Quran, tapi x nak baca, x nak hafaz. Orang yang tak pandai baca, bersungguh-sungguh nak sangat baca. Nak sangat menghafaz. Macam Yoon :). Walaupun peluang untuk Yoon belajar membaca al-Quran itu tiada. ................................................................................................................................................... Suke kan azimah ni tulis sekerat-sekerat. Tulisan yg atas tu aku tulis time khamis malam. Semangatl...

Hidup

Imej
Masih lagi tenang ni. Esok hari first final exam sem 2 subjek Basic Accounting 2.Doakan ya. Aku chill ja mungkin sebab tak perlu hafal kot. Ye lah, account ni banyak kena faham konsep ja. Tahu format, then boleh jawab. Ehh, macam senang je cara aku tulis ni. Haha. Tak la semudah aku menulis ni, susahnya bab nak memahamkan je. kenapa hasil duduk belah kredit, kan kita dapat duit, kenapa belanja duduk sebelah debit, kan kita keluar duit. Benda ni lah yang aku noob gila time form 4 form 5 dulu. Hahaha. Actually, nak memahamkan debit kredit yang aku tulis dekat atas ni senang ja, ada benda lagi susah daripada itu. Tak pe lah, lain kali eh korang tahu. Huhu. Sebenarnya, aku kecut perut jugak nak final ni. Semua orang nak CGPA yang tinggi termasuklah aku. Haha. Ya, belajar kerana Allah, bukan kerana exam. Betullah tu. Cumanya, kehadiran exam ni sebenarnya menambahkan lagi semangat pelajar untuk study dengan fokus. Hehe. This is seriously me. Sebelum ni belajar jugak, tapi mungkin foku...

1/365 yang bermakna

Bismillah Hari pertama di tahun yang baru ingin aku ukirkan satu memori yang akan menjadi kenangan sampai bila-bila. Tetapi, aku masih tidak punya idea. Perancangan untuk keluar sama-sama bersama mahbubah di sekitar Shah Alam hanyalah perancangan biasa kerana sudah lama tidak berjumpa. Alang-alang dia mahu kembali kepada hakikat kehidupan sebagai mahasiswa KUIS, maka perancangan ini diadakan. "Nak pergi mana eh kalau dekat Shah Alam ni?" "Entah. Aku pun tak tahu" "AEON Shah Alam jom" "Jom,, Tapi aku tak ada duit sangat ni.haha" "Kita lepak ja, bukan nak beli barang pun. "Okay, tapi aku tak tahu jalan nak ke sana tau" "Bukankah kita hidup di zaman millenia wahai sahabat? Apa gunanya fon yang begitu pintar ditangan?" "Kau jangan guna ayat puisi kau dengan aku kayh" " Dah tu, guna je lah WAZE" Seperti yang dijanjikan, aku ambil mahbub di KTM Shah Alam. Buka google maps dan taip AEON Mall S...