Hadiah Kecil yang Didambakan
Kehadiran insan bernama Dyaeyoon Eljoe itu terlalu bermakna buat diri aku.
Dia mengajar aku pelbagai erti dalam menempuhi ranjau kehidupan.
Dia bukan orang yang dikenali, hanya seorang anak orang berada yang kekurangan kasih sayang seorang ayah, adik lelaki dan kakak. Dia hanya punya seorang ibu tetapi dapat berjumpa hanya seminggu sekali di saat dia terlantar di katil hospital. Ketaatannya kepada ibunya yang sangat tinggi walaupun pada ketika itu ibunya masih jauh dari ajaran Islam sebenar.
Dia seorang remaja yang bersungguh-sungguh mencari erti hidup, berusaha mencari cinta Ilahi, mempelajari ilmu-ilmu yang dia termampu. Perjalanan hidup dia, membuatkan aku terlalu bersyukur dengan persekitaran yang aku ada. Aku tak pernah merasai dibuli sehingga mencederakan. Aku tak pernah, dibenci oleh ayah sendiri kerana sakit yang aku ada. Aku tak pernah, ditinggalkan bersendirian di hospital selama seminggu. Hari-hari menghadap muka doktor dan jururawat yang sama selama 5 bulan. Pagi siang malam tidak lekang daripada meminum ubat dan mengambil suntikan. Diselang- selikan dengan pembedahan entah yang keberapa kali juga kimoterapi yang wajib dijalani mengikut jadual.
Kalian pernah merasai bagaimana perasaan menjadi penyebab atas keretakan rumah tangga ibu bapa sendiri? Itu yang dia rasai. Kesedihan yang tidak terucap, tetapi apakan daya, insan bergelar 'Papa' itu tidak memahami kondisi dia. Dia teringin, mengingati Papa dia. Papa yang dari kecil hidup bersama dia. Tapi semua itu hilang dari ingatan. Dia hanya mengenali Papa itu sebagai Papa. Papa yang dia perlu hormati. Papa yang tak suka akan dirinya. Papa yang tinggal jauh nun di Paris bersama adik lelakinya.
Pun begitu, doanya tidak pernah putus buat insan bergelar Papa itu.
Usah ditanya soal kawan kerana dirinya seorang introvert. Ada yang sudi berkawan, tetapi harta yang dipandang. Lama-kelamaan, fobia menguasai diri dia untuk berkawan. Memilih untuk berada di rumah dan bermain alat muzik seperti piano dan guitar. Banyak juga menghabiskan masa dengan menulis diari dan membaca komik dan novel.Ya, itu diri dia di saat dia sihat. Disebabkan itu, dia terlalu menghargai kawan-kawan alam maya dia yang setia menjadi pendorong untuk dia lebih mengenali Allah di saat akhir hidupnya.
Kerana cuma itu kawan yang dia ada walaupun kawan-kawan itu tidak pernah dijumpai secara realiti.
Aku tidak tahu seberapa banyak yang kami telah bantu dia, tetapi itu sahajalah yang termampu. Aku tertarik pada satu ini, dalam pada dia mempunyai masalah ingatan, surah al-Qalam dan Yassin yang dihafaz tidak mudah hilang sepertimana hilangnya perkara-perkara lain dalam ingatannya. Subhanallah. Kami pernah pos barang ke sana, antara isinya ialah al-Mathurat. Aku bertanya kepada dia "Yoon dah baca ke mathurat tu?" , dia jawab "Mathurat tu apa kak? Yang buku ada ayat-ayat tu ke?" , "Haah" "Dah baca maksudnya ulang-ulang dah, yang ayatnya Yoon tak pandai baca". Gembira hati aku bila dia cakap dia sudah baca. Haha. Dyaeyoon ni seorang yang suka membaca.menulis dan juga melukis. Tahap suka membaca dia sampai mencecah tahap membaca 'conversation' kami di dalam group berulang kali. Mengambil kata-kata semangat daripada kawan-kawannya, mengambil nasihat dan beberapa tips yang diberikan. Selang beberapa bulan, aku poskan dia buku bertajuk "1001 Nota Cinta". Sesuai untuk diri dia yang sedang mencari cinta Allah. Aku tak tahu nak bantu dia macam mana lagi, jadi aku merasakan itu sahajalah cara yang aku boleh tolong.
Persahabatan kami berhubung hanya di sosial media, pos barang dan yang paling penting ialah doa. Itu sahaja mediumnya. Akan tetapi aku menganggap ianya satu persahabatan yang sangat akrab dan tinggi nilainya dalam hidup aku.
Oleh kerana itu, walaupun setelah Yoon meninggal, aku ingin pergi ke sana ziarah mom Yoon dan kuburnya, tetapi masih belum diizinkan. Baru-baru ini aku ada mengeposkan hadiah kepada mom Yoon dan sampai sekarang aku tak tahu barang tersebut sudah berada ditangannya atau belum. Hampir setahun lebih tidak bertanya khabar mom Yoon kerana nombor lama Yoon sudah tidak aktif, jadinya pos barang ke sana adalah pilihan terakhir yang aku ada untuk menyambungkan semula silaturrahim. Aku masih menanti mesej masuk dari Whatsapp dari nombor yang tak dikenali dan orang tersebut mengenalkan diri sebagai mom Yoon. Aku nak mengenali wanita hebat itu lebih mendalam lagi. Aku nak berjumpa dengan wanita itu. Bagi aku, dapat menjalin hubungan silaturrahim dengan mom Yoon itu merupakan satu hadiah terindah dalam hidup aku.
Kepada pembaca yang saya sayangi sekalian,doakan saya dapat berjumpa dengan mom Yoon ya. ;)
Dia perlu tahu, anak manja dia tu banyak memberi inspirasi dalam hidup kami.
.
#Al-fatihah
#Dyaeyoon

Ulasan
Catat Ulasan