Upgrade diri

Aku sebagai manusia ni kan, suka tau nak tulis benda yang sama yang sangat dekat dengan kehidupan. Contohnya macam kepercayaan, perasaan, dan pembelajaran .

Aku scroll twitter, ramai orang yang mengharapkan tahun 2018 ni tak dipermainkan oleh cinta manusia, tak diretakkan kepercayaan, tak jumpa manusia talam dua muka, dan mengharapkan jodoh sampai. Yang last ni serius ramai yang mengharapkan. Hahaha.

Orang suka berbicara tentang perasaan ni sebab memang itulah yang paling dekat dengan seorang manusia. Semua benda yang kita buat, semua menggunakan perasaan.

Aku rasa kan, generasi sekarang ni kena banyak pergi dengar talk cara untuk mengawal perasaan lah. Iyalah, dengan kegawatan ekonomi sekarang, ditambah dengan lambakan assignment dan kelas, ditambah lagi dengan perangai manusia yang macam harey, semua ini perlukan kekuatan diri sendiri untuk kita mengawal emosi dan perasaan.

Aku tulis macam ni bukanlah nak kata aku pandai mengawal emosi ni. Pandai sikit-sikit tu adalah bilamana aku ignore semua benda yang tak menjejaskan kehidupan aku secara direct. Manusia nak cakap belakang? Haaa, cakaplah selagi mana tak menjejaskan reputasi aku. Nak abaikan aku? Silakan. Yang penting, orang yang abaikan aku ni bukan orang-orang yang aku sayang separuh mati. Kalau melibatkan orang yang aku sayang, hmmm, I will try to slowtalk with her/him lah kot. Tak tenang woah kalau kena abai dengan orang yang kita sayang. Kalau abai sekejap-sekejap tu tak masalah la. Ouh ya, lagi apa? Manusia nak tikam belakang? Hmm, tapi ni aku tak de pengalaman. Huhu. Manusia yang tak percaya aku? Silakan. Selagi semuanya tak menjejaskan kehidupan aku, aku tak kesah. Huu.

Umur 19 tahun ni adalah masa untuk cepat move on walaupun hakikatnya aku bukan sejenis manusia yang mudah move on. Huhu. Tapi aku kena buat macam tu sebabnya nanti aku tak dapat nak buat banyak perkara kalau tak move on. Bila baca terjemahan Surah Hud ayat 88, semakin menaikkan semangat aku. Perbaikilah diri sedaya upaya kita. Thanks bro bagi ayat ni. Bro ni power woah bab semangat ni. Fuh. Salute!

Umur 19 tahun ni jugak aku mencuba sedaya upaya untuk melihat seseorang pada sisi baiknya sahaja. Yang buruk tu aku cuba untuk pandang sebelah mata.

"Macam mana nak tahu seseorang itu baik? Selagi dia solat, selagi tu lah dia baik" -Abg Kam

Bukan hak kita pun untuk tentukan manusia ni baik ke jahat.

Haaa, dah. Tu ja nak tulis. Doakan final lagi 2 papers.

Ma'assalamah wa ilal liqa'




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)