1/365 yang bermakna

Bismillah

Hari pertama di tahun yang baru ingin aku ukirkan satu memori yang akan menjadi kenangan sampai bila-bila.

Tetapi, aku masih tidak punya idea. Perancangan untuk keluar sama-sama bersama mahbubah di sekitar Shah Alam hanyalah perancangan biasa kerana sudah lama tidak berjumpa. Alang-alang dia mahu kembali kepada hakikat kehidupan sebagai mahasiswa KUIS, maka perancangan ini diadakan.

"Nak pergi mana eh kalau dekat Shah Alam ni?"
"Entah. Aku pun tak tahu"
"AEON Shah Alam jom"
"Jom,, Tapi aku tak ada duit sangat ni.haha"
"Kita lepak ja, bukan nak beli barang pun.
"Okay, tapi aku tak tahu jalan nak ke sana tau"
"Bukankah kita hidup di zaman millenia wahai sahabat? Apa gunanya fon yang begitu pintar ditangan?"
"Kau jangan guna ayat puisi kau dengan aku kayh"
" Dah tu, guna je lah WAZE"

Seperti yang dijanjikan, aku ambil mahbub di KTM Shah Alam. Buka google maps dan taip AEON Mall Shah Alam.

Aku memandu motor sambil menjeling pada skrin telefon. Takut tersalah jalan. Begitu juga mahbub, fon ditangan sambil melihat maps.

"Betul tak ni jalannya?" Kami sedang mengunakan Lebuhraya Persekutuan.
"Betul-betul"
"Weyh, tu ha AEON" kataku sambil menunjuk ke arah AEON yang berada disebelah kiri.

"Weyh, kena masuk simpang ni ke?"
"Jap-jap"
"Weyh, kita macam dah terlepas ja"
"Haah, aku pun rasa kita dah terlepas"

Hahahaha, si Ezzati ni pun sejenis manusia yang yakin ja memberi jawapan . Takut kena marah barangkali kalau beri jawapan tak pasti.

"Tak pe lah, kita pegi UM. Search UM weyh."
"Okay"

Maka, tibalah kami di Universiti Malaya. Pusing-pusing sambil mencari kafe, kafe tak dijumpai sehinggalah sesat di dalam UM lalu terguna jalan untuk ke pintu utama kembali. Masing-masing sudah kelaparan. Destinasi terakhir yang boleh dituju ialah KL Sentral.

"Weyh, search KL Sentral pulak"
"Okay"

Sambil memandu, aku menjelingkan mata pada skrin telefon yang berada di dalam bakul motor. Aku perlu patuh kepada maps . Maka, sampailah kami ke NU Sentral dengan jayanya dengan menaiki motor Ego S.

Aku terasa macam tak percaya. "Seriuslah aku buat benda ni? Hahahha. Tak tahu nak gelak ke nak apa"

Sampai sahaja di NU Sentral, kami laju mencari kedai makan. Laju berjalan ke KL Sentral untuk mendapatkan makanan yang agak murah dan mengenyangkan. Mana lagi kalau bukan KFC.

Usai makan, aku menghantar mahbub ke surau.

"Macam takot je nak balik Shah Alam tak de kawan weyh"
"Tu lah, aku pon risau jugak kau ni. Stay je lah KL dulu. Balik esok pagi. Ni kang kau balik, sampai Shah Alam malam"
"Eh, tak de lah sampai malam, dekat je ni. 45 minit boleh sampai."
"Hmmm"
"Tak pe lah, kena balik jugak ni, nanti kakak abang aku nak singgah Shah Alam hantar barang. K ah, aku gerak dulu eh. Risau gak bateri fon ni, tinggal 27% je. Bai"

Kami bersalaman, laga pipi dan aku bertolak pulang.
Mengharapkan bateri fon habis lambat, risau tak sampai Shah Alam lagi dia dah habis. Risau, sangat risau. Huhu.

Alhamdulillah,segalanya lancar walaupun gerimis sedikit. 4.35 p.m aku tiba di Shah Alam. Perjalanan lebih kurang 40 minit . Agak lambat mungkin kerana masih berpandukan maps.

Mahbub, jumpa lain kali okay? Tahu kau tak dapat nak cerita banyak. Ada orang lain yang perlukan kau untuk diberi kata semangat.

Ya, post ini hanya cerita biasa. Biasa bagi kalian, tetapi tidak bagi aku. Bagi aku, pengalaman pertama itu akan tetap menjadi pengalaman terindah walaupun kadang-kadang, pengalaman pertama itu terlalu pahit untuk dirasai.

Tapi, untuk pengalaman ni, pengalaman yang best! Hehe.
Akan diceritakan kepada bonda tersayang apabila tiba dirumah hujung minggu ini. Reaksi geleng kepala itu sudah pasti ada. Maaf, bukan membelakangi mu, tetapi aku tahu untuk mencari waktu yang terbaik untuk dijelaskan dengan baik.

"Mak! Anak mak dah besar! Jangan risau okay!"


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)