Penutup yang baik
1.34 a.m.
Mata masih tidak sudi untuk lelap.
Perut terasa tidak selesa. Kali ini bukan gastrik, hanya sakit biasa.
Tulisan kali ini aku ingin berbicara tentang mati.
Hari demi hari berlalu, usia semakin meningkat, penyakit semakin bertambah, apa yang paling dekat adalah kematian.
Aku tidak merasa janggal berbicara soal mati kerana semua orang memang akan merasainya, berbeza apabila berbicara soal perkahwinan kerana tidak semua orang akan merasai perkahwinan.
Sebenarnya, penyakit yang kita dapat ni lebih mendekatkan kita dengan Allah. Kan? Seringan apa pun penyakit tu, dia mendekatkan kita dengan Allah. Migrain, gastrik, sakit dada dan sebagainya membuatkan kita teringat akan kematian.
Ada satu hari tu, aku mengadu dekat mak, " Mak, sakit la sebelah kanan ni, agak-agaknya kenapa ya?" Aku sendiri rasa macam kelakar bila tanya macam tu dekat emak. Soalan aku tu macam emak aku ni seorang doktor yang boleh tahu setiap jenis penyakit yang ada.
Emak jawab " Ko ni, semuanya sakit. Kepala sakit(migrain), dada sakit, perut sakit(gastrik), itu sakit. Dalaman ko macam dah mati ja. Cuma ada jasad ja." Aku balas " Tulah, rasa macam dah nak mati"
Perbualan itu tiada unsur gurauan walau sikit pun. Perbualan yang serius.
Aku mengadu supaya nak mak tahu yang aku ada lah sakit-sakit jugak. Atleast kalau aku dikhabarkan meninggal dunia, pemergian aku itu bukanlah satu pemergian yang mengejut seperti arwah abang.
Lagi satu sebab aku nak mak bersedia kehilangan aku. Sungguh, aku milik Allah.
Aku tak takut bercakap soal mati, sebab aku sendiri perlu bersedia. Bila dilihat kembali persediaan aku sebagai ahli kubur to-be, rasa nak nangis. Banyak mana je persediaan aku? Mengharapkan segala dosa diampuni, segala usaha diberkati, dan segala amal diterima itu sahajalah yang aku ada.
Aku cuma mengharap, pemergian aku ditangisi air mata gembira. Gembira kerana cara pemergian aku yang memberikan tanda sebagai husnul khatimah. Aku nak pemergian aku memberikan berjuta hikmah buat orang sekeliling.
Ya, mungkin aku tak sehebat Ahmad Ammar untuk dikuburkan di perkuburan sahabat dan ulama', juga tak sehebat Abg Fareez yang disolatkan oleh beratus kenalan, tapi aku ingin,ingin sekali pemergian aku mirip mereka.Pemergian yang membawa berjuta hikmah.
Dan aku juga berharap, selepas aku dikuburkan, sentiasa ada orang yang menghadiahkan aku bacaan al-Fatihah setiap hari. Pendek, tetapi sangat berharga.

Sama T_T
BalasPadam