Hidup
Masih lagi tenang ni. Esok hari first final exam sem 2 subjek Basic Accounting 2.Doakan ya.
Aku chill ja mungkin sebab tak perlu hafal kot. Ye lah, account ni banyak kena faham konsep ja. Tahu format, then boleh jawab. Ehh, macam senang je cara aku tulis ni. Haha. Tak la semudah aku menulis ni, susahnya bab nak memahamkan je. kenapa hasil duduk belah kredit, kan kita dapat duit, kenapa belanja duduk sebelah debit, kan kita keluar duit. Benda ni lah yang aku noob gila time form 4 form 5 dulu. Hahaha. Actually, nak memahamkan debit kredit yang aku tulis dekat atas ni senang ja, ada benda lagi susah daripada itu. Tak pe lah, lain kali eh korang tahu. Huhu.
Sebenarnya, aku kecut perut jugak nak final ni. Semua orang nak CGPA yang tinggi termasuklah aku. Haha. Ya, belajar kerana Allah, bukan kerana exam. Betullah tu. Cumanya, kehadiran exam ni sebenarnya menambahkan lagi semangat pelajar untuk study dengan fokus. Hehe. This is seriously me. Sebelum ni belajar jugak, tapi mungkin fokusnya kurang. So bila nak exam ni, fokusnya lebih sikit. Lebih banyak sebenarnya. Hhaha.
Aku baru sedar kena jaga CGPA aku untuk foundation ni seminggu yang lalu. Minggu lepas, hati aku terbuka untuk cari course-course yang sesuai dengan aku plus yang aku nak belajar. Lepastu, aku tengok yuran pembelajaran selama degree tu, Course yang aku nak belajar tu yurannya RM24k. Fuh.
Aku masih tak lupa yang aku ada kontrak dengan UNISEL untuk melanjutkan pengajian ketika degree di UNISEL juga setelah aku mendapat dermasiswa UNISEL untuk foundation ni. Cumanya, time degree nanti UNISEL dah tak tanggung yuran pengajian. Kena pandai-pandai sendiri. Jadinya, aku buka laman web untuk biasiswa yang boleh aku dapatkan. Dapatlah 3 laman web biasiswa yang aku jumpa dan sesuai untuk pelajar IPTS macam aku. Aku tengoklah dekat syarat-syaratnya. 2 daripada 3 tu syaratnya mesti CGPA 3.0 ketika asasi, dan lagi satu CGPA 2.5 ke atas. Nak tak nak, aku kena bersungguh buat yang terbaik. CGPA tak boleh kurang daripada 3.0. Kalau tak dapat biasiswa, nanti kena mohon PTPTN. Oh nooooo. Tak nakkk. Aku akan menyusahkan masa depan aku nanti. Asyik kena bayar hutang je, bila nak dapat beli motor sebijik guna duit sendiri kan? Huhu.
Dan sekarang ni dah sedarlah. Haha. Sedar-sedar tu jugak, masih menyempat tulis entry ni. In shaa Allah tak mengganggu.
Siang tadi, ada sebuah kereta ni blok laluan motor. Kereta tu tak lah blok terus, tapi kira blok lah jugak. Motor boleh lalu, tapi sipi-sipi ja. Aku perasan kereta tu calar sikit. Mungkin ada yang sengaja calarkan ataupun tercalarkan. Dekat wiper kereta tu ada kertas bersaiz A4 berupa peringatan untuk si tuan pemilik kereta.
"Hidup ni, kalau tak boleh nak senangkan orang, jangan susahkan orang. Orang nak lalulah"
Atas kertas yang sama, ada tulisan BABI!yang paling besar. Ada orang lain yang menambah mungkin dan ada juga tambahan berupa carutan yang bermacam-macam.
Aku nak ambil point yang atas sekali, hehe. Aku tak mampu nak senangkan mak abah aku macam mana dorang senangkan aku, so aku tak boleh susahkan dorang. Sebenarnya duduk dekat rumah sewa dan belajar di Shah Alam ni pon dah banyak menyusahkan dorang. Kos sara hidup yang agak tinggi. Bersalah sangat tau kalau nak minta duit bayar rumah sewa dengan duit belanja harian, tapi bila difikirkan, aku tanggungjawab dorang. Aku nak minta dekat siapa lagi kalau bukan dorang?
Maaf mak abah!*nangis*

Ulasan
Catat Ulasan