Rasa Yang Hadir
Tentang rasa, ditulis berulang kali pun tidak kan jemu.
Selagi mana hati masih tersimpan di dalam diri, selagi itu ianya berfungsi untuk merasai.
Aku tidak cukup besar untuk menulis tentang rasa ini. Rasa yang wujud tatkala melihat perwatakan seseorang. Ini bukan perasaan cinta yang mendalam. Ianya hanya rasa ketertarikan untuk melihat perwatakannya.
Matang, bicaranya berhikmah, peribadinya elok.
Untuk rasa yang biasa-biasa ini, pastinya meluah bukan cara terbaik disaat diri sendiri tidak bersedia menghadapi suatu kemungkinan.
Kan kubiar rasa ini agar ianya tidak menjadi keutamaan buat masa ini. Rasa ini hadir pun adalah kerana aku telah menginjak dewasa yang mana ianya fitrah untuk merasai rasa seperti ini.
Andai rasa ini masih kekal, andai dirinya masih tiada yang memiliki, tiba saatnya nanti, aku bersedia meluahkan rasa ini.
Seandainya tidak, maka kan ku hapuskan segera rasa ini agar tidak mengganggu emosi.
Rasa ini hanya cebisan rasa cinta yang dikurniakan oleh Allah daripada hambaNya buat hambaNya yang lain. Sedangkan Allah lah yang memiliki keagungan Cinta.
Terharu. Huhu
BalasPadamWhy terharu? Hahaha
BalasPadam