Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Maaf

Maaf andai saya kelewatan membalas Maaf andai  saya tidak menjaga hati kalian Maaf andai saya mengabaikan semua orang. Rasa seperti ini hadir lagi. Jika Azimah yang kalian kenali adalah seorang yang perihatin, yang menjaga hati orang, yang tak akan sekali-kali melukai hati orang dengan sengaja. Saya fikir kalian perlu ubah pemikiran begitu. Saya masih manusia. Masih. Yang masih mampu melakukan perkara-perkara tidak baik atau negatif. Saya tak berharap, tapi saya tahu, sampai satu tahap, saya akan melakukan hal demikian. Saya rasa tak nak buka whatsapp. Tak nak layan semua orang. Tak nak hadap semua orang. Tak nak buat apa-apa.

I shouldn't

Imej
I shouldn't answer any questions I shouldn't respond any words I shouldn't I shouldn't May I ask you? If you not trust me to do what you ask, then why ask me to do that? Yet you still would saying "Ah, I don't trust you" Ishh.  I shouldn't How useless am I. Not function at home, not function in organization, not perform in study. Wow. So useless.  Thank you. Next world please.

Hati

Imej
Tak ramai yang membaca di sini. Even entri sebelum ni pun masih 0 view. Haha. ................. Aku sedar yang aku semakin membesar, semakin matang, semakin dekat dengan perkara-perkara yang orang dewasa rasai dan lalui, bahkan sekarang ni pun, aku telah melalui beberapa perkara. Nak cakap yang, semakin kita membesar ni, semakin sensitif hati-hati ini ya. Mungkin kerana tugasan yang pelbagai, peranan yang entah berapa banyak, sehingga membuatkan kita mudah sangat merasa sensitif terhadap suatu perkara. Emosi yang kadang-kala tidak stabil. Cuma hanya mahu menangis, marah, merasa kesepian dan sebagainya. Hati, moga kau kuat sahajalah. Allah ada ja selalu. Dan apabila masing-masing sedang di dalam fasa dewasa yang juga banyak sensitifnya, maka kata-katalah yang memainkan peranan besar dalam setiap tindak-tanduknya. Jika tersalah bicara, maka tergurislah si hati yang rapuh itu, jika manis bicaranya, maka gembiralah seluruh hati itu. Aku nak taip semula ayat yang terlintas difi...

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)

Imej
Assalamualaikum. Nak menulis sikit. Hiks. Ada satu hari tu, masuk notification daripada group PROLAK. Diberi details program oleh Abg Zakir. Program Remaja, di Kundang, 2 hari, tarikh 29-30 Nov.  Kuala Langat nak, Gombak tak respon lagi, Kuala Selangor pun nak. Long short story, program tu diambil oleh PEPIAS Kuala Selangor tanpa jv memana cawangan atas nasihat Norafiq dan Afiq Azri.  "PEPIKUS mampu buat sendiri tanpa jv."-Nora. Aku iyakan sahaja, sebab merasa mampu juga lah. Tapi tak sampai hati nak reject Kuala Langat. Hahah.  Macam Aku tulis di atas, Kuala Selangor ambil program ni. Maka bermulalah sesi perjumpaan pertama bersama MPKK Kampung  untuk lanjutan persediaan program. Bermula dari itu sehingga ke hari program, kami berurusan di Dalam group WhatsApp sahaja. Padu tak padu kampung ni, berjaya cari 40 orang peserta dalam tempoh 2-3 hari sahaja. Kalaulah PMGKS macam ni weyh, bahagia dah Aku. Tapi realiti berbeza. Hahaha. ...

Kursus Kepemimpinan Pelajar Islam 2019

Imej
Hai Assalamualaikum! Jadinya, untuk tulisan kali ini istimewa khusus untuk KKPI 19. Long short story, saya menerima jawatan Timbalan Pengarah KKPI19 ni atas beberapa sebab dan juga kerelaan. Saya masih merasakan ketidaklayakan saya memegang jawatan sebegini untuk program besar PEPIAS. Ya, saya sendiri tak tahu bila rasa layak itu akan hadir. Lebih kurang 2 bulan persediaan untuk melaksanakan program ini. Program kepemimpinan yang disediakan khas untuk pelajar Tingkatan 4 dengan kerjasama JAIS ini adalah inisiatif kami dalam mendidik generasi pimpinan akan datang. Mereka adalah pemimpin diri mereka dan juga di sekolah. Pendedahan tentang menjadi pemimpin yang mempunyai jiwa untuk menyumbang kepada masyarakat sekitar diberikan kepada mereka. Oleh kerana itu, tema yang digunakan untuk program kali ini ialah "Pemimpin Khadimul Ummah yang Mendahului Zaman" Saya bersama team saya memberikan sepenuh usaha agar program ini berjalan lancar dan pengisiannya sampai kepada semua ...

The Happiest Thing

What the happiest thing in my life? = Can understanding my mom behaviour Ya, this is sooo difficult things to do. Most of times, I just cannot brain what she wants actually. But, when I grew up, I could absorb many things with positive thinking and thoughts. Ya, Alhamdulillah. It's really help me to calm down and twist every negative toughts to positive.

Cakap-cakap Puisi

Assalamualaikum warahmatullah! Nak bagitahu, nampaknya ku tak berjaya nak tinggal Twitter dan Instagram selama seminggu. Huhu. Berjaya untuk tempoh 4 hari ja. But it's okay, at least vibes sekarang yang aku rasai tak macam sebelum ni. Sekarang aku tengah membaca buku "Cakap-cakap Puisi" tulisan Shahanz Ahmad dan Abdul Ghaffar Ibrahim yang mana  namanya terkenal di dunia seni. Buku ni sedikit berbeza dengan buku-buku puisi yang dijual di luar sana yang mana kebanyakannya ditulis dengan puisi semata tanpa penerangan atau sedikit pencerahan. Betul, puisi ini tiada bayangan yang tepat. Ianya tiada jawapan. Tak ada yang salah dan tak ada yang betul. Ianya terpulang kepada pembaca dan penulis untuk menginterpretasikan puisi itu bagaimana. Tetapi, sekurang-kurangnya, dengan adanya sedikit bayangan daripada pengolahan AGI, aku dapat tahu apa yang hendak disampaikan oleh penulis melalui puisi-puisinya. Tidaklah terlalu jauh daripada fikiran aku sehinggakan tidak tahu apa...

Semester Baru, Hidup Baru!

Imej
Haaa, esok aku akan mulakan semester 3 untuk degree aku sekarang ni. Jadual semester kali ini, aku akan bercuti hari Khamis. Ya, itu cuti mingguan.  Ada kelas hanya pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat. Kalau ikutkan hati, aku lagi suka bercuti hari Selasa. Kalau weekend tak dapat balik, atleast hari Isnin petang dah boleh gerak balik rumah. Ouh ya, disebabkan semester lepas aku dapat dekan(3.67), so semester ni pun mestilah nak dekan kann. Target semester kali ni aku nak capai 3.75. Insya-Allah. Sebenarnya, sem 1 pun aku dekan. Tapinya aku tak lah rasa bangga dengan result dekan tu sebabnya itu semester pendek. Universiti aku tak mengiktiraf pointer 3.50 ke atas sebagai dekan bila mana ianya semester pendek. Jadinya, aku baru nak merasai dekan yang diiktiraf ni lah. Hahaha. Apapun, aku tahu, result ni bukan semata usaha aku. Ramai yang mendoakan kejayaan ini. Semoga Allah membalas jasa kalian! Semoga, semester kali ni aku lebih bijak mengurus masa dan dikurniakan s...

Perjalanan Esok

Esok aku nak pergi PMGK19. Aku harap esok petang tak hujan. Kang nanti langit nangis, aku pun ikut nangis. Cettt, sukati je kata langit menangis. Itu Allah nak turunkan rezeki lahhh. Btw, aku rasa kan, semangat nak hadir PMGK kali ni membuak-buak. Nak support orang-orang yang bersusah-payah untuk menjayakannya. PMGK yang lepas, tak de pun rasa nak datang. Lol. Mungkin sebab peserta PMGK kali ini ramai yang aku kenal kot. Dan mungkin juga, sebab aku one of committee PMGS tahun ni. Kaitan? Entah😂😂. Hahahhaha.

Tak Mampu

I think, I need to break little bit of my 'fast'. Sekarang sedang di fasa pengiklanan Akademi Kepimpinan Belia Selangor (AKBS). Jadinya, aku terpaksa untuk membatalkan niat aku daripada berpuasa untuk membenarkan rakan sebaya sahaja yang dapat melihat story Whatsapp aku. Had to break this one, huhu. Tapi aku masih meneruskan puasa Twitter dan Instagram. Cakap mengenai AKBS ni, hmm, Am so excited tau nak ramai bebudak PEPIAS yang aku kenal join AKBS ni. Modul di dalamnya memang sesuai untuk pelapis pemimpin supaya long lasting dalam Jamaah(Islam) dan berterusan menyebarkan dakwah walau apa pun yang berlaku. Kekuatan dan keteguhan jiwa dalam memahami apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan dakwah dalam ruang ringkup yang jauh lebih besar sehingga mampu membuatkan seseorang itu sentiasa menyebarkan dakwah meskipun nanti tidak lagi bersama Jamaah WAP. Tetapi, aku pasti. Siapa yang mempelajari sesuatu di dalam Jamaah ini untuk membina dan membentuk diri sendiri, rasa ci...

Di sini tempatnya

Since aku dah log out Twitter dan Instagram, aku nak gunakan blog sebagai tempat luahan boleh? Sebab dekat sini sikit je yang boleh tengok. Aku tengah dalam fasa nak meluah tapi aku serabut kalau ramai yang judge. Aku masih ada Facebook untuk nak tahu perkembangan semasa, dan juga whatsapp. Disebabkan aku merupakan seorang yang sangat addicted dengan socmed, jadinya aku tak boleh berhenti sepenuhnya secara cepat. So aku harap dengan meng-log out dua akaun tadi tu, sedikit sebanyak dapat bantu aku untuk kurangkan addict aku ni. Kalau aku boleh buat untuk kurangkan addict dengan icecream, why not dengan socmed kan? Aku eager untuk meluah. Sangat eager. Cumanya peluang untuk meluah tu, haha, jarang weyh dapat. Jarang weyh aku jumpa orang, khas untuk slot luahan aku je. Sangatlah jarang. Sampai satu tahap, aku rasa aku tak patut pun luah dekat orang ni. Luahan aku ni, macam satu benda tak penting pun. Aku kuat untuk hadap dan settlekan sendiri. Kuatlah sangat. So, aku luah deka...

Apa-apa

Silapnya pada aku. Aku dah tak pandai nak rasional mungkin. Aku kuat je doo. Siapa seyh kata aku lemah. 

Rasa Yang Hadir

Tentang rasa, ditulis berulang kali pun tidak kan jemu. Selagi mana hati masih tersimpan di dalam diri, selagi itu ianya berfungsi untuk merasai. Aku tidak cukup besar untuk menulis tentang rasa ini. Rasa yang wujud tatkala melihat perwatakan seseorang. Ini bukan perasaan cinta yang mendalam. Ianya hanya rasa ketertarikan untuk melihat perwatakannya. Matang, bicaranya berhikmah, peribadinya elok.  Untuk rasa yang biasa-biasa ini, pastinya meluah bukan cara terbaik disaat diri sendiri tidak bersedia menghadapi suatu kemungkinan. Kan kubiar rasa ini agar ianya tidak menjadi keutamaan buat masa ini. Rasa ini hadir pun adalah kerana aku telah menginjak dewasa yang mana ianya fitrah untuk merasai rasa seperti ini. Andai rasa ini masih kekal, andai dirinya masih tiada yang memiliki, tiba saatnya nanti, aku bersedia meluahkan rasa ini. Seandainya tidak, maka kan ku hapuskan segera rasa ini agar tidak mengganggu emosi. Rasa ini hanya cebisan rasa cinta yang d...

Updated Si Gadis Pink

Assalamualaikum. Wehyo! Mengambil peluang mengetahui banyak perkara yang ada di dunia ini sangatlah aku hargai. Sama ada ianya diterima atas usaha sendiri mahupun daripada orang lain, kesemuanya aku hargai. Tiada yang lebih bermakna selain ilmu-ilmu baru yang aku terima sekaligus menjadi memori terindah di dalam hidup aku. Umur yang telah menginjak 20 tahun ini sangatlah menjadi ukuran untuk aku melakukan sesuatu mengikut kematangan yang aku ada dan harapkan. Malangnya, kerakusan menjadikan diri lebih matang kadangkala menyebabkan kesusahan untuk aku menerima dengan terbuka sikap-sikap kurang matang daripada orang lain. Bak kata orang, " I cannot brain". Pun begitu, aku cuba menerima dengan terbuka segala perkara yang sebegitu. Emphaty is the best way I can do weither its successful or not. 2019 yang telah berlalu selama 3 bulan. Terlalu banyak memori suka duka riang tangis yang dilalui. Januari- Fokus kepada peperiksaan akhir semester 2. Di samping jarak hari ya...

Bukan Sia-sia

Punyalah susah nak buat caption tentang program-program yang telah berlalu, tapi jari-jemari ni laju sahaja menaip papan kekunci untuk menulis tentang perasaan. Sampai sekarang, masih tak ada satu post pun tentang GEGAS, PMGS19 dan KELAPE19 di Instagram. Tahu sebab apa? Sebab aku tak tahu nak tulis caption apa. Rumitnya aku ni bila tak tahu nak tulis caption apa, tapi dalam masa yang sama aku tak nak hanya sekadar menulis " PMGS19 done!" " Finally we did it!" dan yang sewaktu dengannya. Aku tak nak. Huhu. Aku nak caption tu dengan sepenuh hati. Tapi tu lah, nak menunggu sepenuh hati tu, sampai sekarang tak post-post lagi.  Kalau dekat Ig pun belum post, apatah lagi dekat blog ni weyh. Sampai hilang rasa nak post tu. Tapi aku masih mengharapkan semangat nak post tu masih ada sebab benda tu yang akan jadi kenangan. Instagram ni tempat mengenang kembali segala kenangan sebenarnya, sebab tu even poster pun aku x delete. Instagram aku bukan tempat post gambar t...

Terima Kasih :)

Untuk kesekian kalinya atas harapan yang diberikan, Aku harap aku tak dikecewakan untuk kali ini. Setelah lama tak berjumpa, Aku menanti saat itu. Betul, Lama kita tidak berbual sekerap dulu-dulu Sama ada di alam maya mahupun realiti Seolah masing-masing tidak mempeduli Tidak Hakikatnya kita saling peduli Cuma tidak ditunjukkan Entah, Aku dapat rasai perkara itu. Cukup bukan? Dan untuk harapan yang diberikan kali ini, Aku gembira, tersangat gembira kalau kau nak tahu. Terima kasih kerana memunculkan diri dihadapan aku, Meski untuk masa yang sangat terhad. Maaf atas perjumpaan yang seketika, Di waktu yang aku sendiri sedang sibuk menguruskan hal lain. I just want to say, THANK YOU DEAR!

Wave Alpha: Moga Bahagia

Telefon berbunyi tanda mesej masuk di Whatsapp. Aku buka group Whatsapp keluarga. Emak hantar gambar motor baharu. Barangkali nak tunjuk dekat aku, nak tengok respon gembira aku. Mungkin. Emak ada juga cakap beberapa hari yang lepas tentang perkara ini. Jujrunya, aku sendiri tak tahu nak kena bahagia atau tak atas perkara ini. Berbelah bahagi perasaannya tu. Motor baharu itu memang dicadangkan untuk aku. Emak sendiri yang cakap itu rezeki aku.  Tapi, aku dihimpit perasaan bersalah untuk tempoh waktu akan datang. Belajar di universiti swasta, tinggal di rumah sewa, bawa motor sendiri, duit perbelanjaan lagi, semua itu 100% guna duit mak abah.  Lagi ditambah bebanan hutang baru yang perlu dibayar setiap bulan. Aku dihimpit perasaan bersalah.  Dan kerana perasaan yang macam ni lah, aku selalu minta duit belanja sikit. Kalau boleh tak nak susahkan mak abah. Mak abah tak kaya pun. Aku tahu penat cari duit.  Dan sekarang,...

Rewriting (Yoon)

Sabah adalah negeri yang nak sangat aku pegi, tetapi masih tak dapat pergi kerana tiada urusan penting. Bila terbaca cerita mengenai Sabah, air mata semacam nak mengalir keluar dari kelopak mata. Hasrat yang masih tak kesampaian untuk ke sana membuatkan perasaan itu sangat teremosi. Sebelum ini perasaannya itu biasa sahaja untuk ke sana. tetapi setelah mom yoon muncul kembali di wechat menggunakan akaun yoon dan menyatakan penghijrahannya , perasaan itu membuak-buak untuk bertemu dengan mom yoon di Labuan. Aku petik sedikit kata-kata mom Yoon: "Setelah lebih setahun, mom kuatkan hati untuk melihat kembali cerita suka duka antara anak mommy dan mereka yang membuat mommy terus istiqamah seperti mana yang yoon inginkan. Mommy selalu tertanya ' anak mom ni nampak tak mom yang sekarang? Tapi mommy bangga, gembira sangat, sebab Allah pinjamkan yoon walaupon untuk sekejap. Ustazah selalu pesan ' Allah ambil sebab Allah sayang, Allah sayang kamu sayang ;)' " ...