Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Saya Yang Suka Menangis

Imej
 Ya, baru lepas menangis. Again, that feeling coming. Saya rasa saya dah move on, tapi setiap kali rasa left out datang, maka kembali tak boleh move on. Haha. Can I say, " Saya rasa left out setiap kali nampak Zikrun meeting dengan ABIM KS and pimpinan PEPIKUS"? Then saya rasa nak nangis. Astaghfirullah. Saya sedar yang saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang (Q S31:12), tapi saya tak boleh paksa untuk rasa ni pergi. Saya rasa jauh. Saya kecewa. Kenapa dengan saya niii.  Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”. Bai, saya tak patut nangis macam ni. Teruskan je lah dengan apa yang ada sekarang.

Semakin Mengerti

Assalamualaikum warahmatullah. Selamat tengah hari! Saya sedang menaip menggunakan laptop sendiri. Alhamdulillah. Sudah sebulan lebih saya menjadi warga PULPA, bergaul dengan orang-orang yang rutin harian mereka hampir sama dengan saya, fikirannya tentang program atau gerak kerja PEPIAS. Berkongsi cerita, perasaan, pengetahuan, pengalaman, latar belakang, amarah, fikiran dan sebagainya. Yang paling penting, berkongsi kasih sayang, ehee. Hari ni hanya 3 orang yang tinggal di sini, yang lainnya pergi menjadi sukarelawan membersihkan masjid yang terjejas dek banjir 2 hari lepas di Sungai Serai. Saya tak pergi sebab nak siapkan tugasan lain dan semalam dah pergi membersihkan kawasan SRA Dusun Tua, jadi hari ni tukar orang pula.  Ouh ya, sepanjang menetap di PULPA ni, banyak perkara yang saya belajar dan faham, terutama sekali berkaitan kedudukan dan peranan saya sebagai PSUA. Untuk segala rasa yang entah apa-apa tu selama saya memegang jawatan ni, akhirnya  terluah juga lah kepada...

Memahami Yang Tersirat

(16 Oktober 2020)  Assalamualaikum warahmatullah. Saya mulakan dengan sedikit update berkenaan diri sendiri. Selangor, KL, dan Putrajaya baru sahaja diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada Selasa lepas. Saya memilih untuk menetap sementara di sekitar Gombak disebabkan kemudahan PC yang ada. Laptop saya mengada-ngada nak rosak hari Selasa minggu lepas. Penat lah nangis sebab banyak habis duit dekat dia je sebanyak RM500++. Nanti nak kena habis RM 280 lagi. Saya ni biasa-biasa ja. Duit belanja pun mintak abah. hmm. Hari ni hari ke-3 PKPB. Banyaklah pengalaman manis yang dah dilalui. Tak tahulah manis ke tak untuk orang lain, tapi saya sangat menghargai setiap momen yang kami alami di sini (PULPA). Masak bergilir, solat jemaah, gotong-royong, bersembang, makan bersama dan sebagainya.  Setelah 5 tahun saya menjadi ahli PEPIAS, baru tahun ini saya betul-betul merasai PULPA ini #rumahkita. Ya, baru tahun ini. Yang selama ini hanyalah menjadi buahan mulut sahaja, hakikat...

Saya Yang Istimewa

Imej
 Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan kepada Ilahi di atas segala nikmat yang kita kecapi hari ini. Selawat dan salam buat junjungan Agung Nabi Muhammad S.A.W. Anugerah 28 Ogos 2020, hari genapnya saya mencapai umur 21 tahun mengikut kalendar masihi. Jika diikutkan kalendar hijrah, maka 15 Jamadil Awwal adalah harinya. Masih diizinkan untuk terus hidup sehingga hari ini merupakan anugerah besar buat saya untuk menghadapi ranjau kehidupan yang semakin hari semakin hebat untuk ditempuhi. Seperti yang ditulis di kepala blog ini, "Kerana Hidup Satu Anugerah", saya betul-betul memaknai dan merasai bahawa kehidupan ini satu anugerah. Saya teringat pada arwah abang saya, Muhammad Azmi bin Adnan (al-Fatihah) yang hanya diizinkan untuk hidup sehingga umur 20 tahun sahaja, banyak nikmat kehidupan lain yang tidak dapat dia rasai. Apapun, itu telah menjadi takdir untuknya, semoga dia bahagia di alam sana. Amin. Matlamat Umur 21 tahun ini sebenarnya...

New Journey & More Challenging

 Assalamualaikum warahmatullah. Wehyo! Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan, kecerdasan fikiran dan rahmat Ilahi. Hampir 2 minggu yang lepas, saya telah meletakkan jawatan sebagai Naib Pengerusi Perhubungan PEPIAS cawangan Kuala Selangor secara sah melalui muktamar PEPIKUS. Agak-agak saya rasa apa? Haha. Bercampur-baur sangat segala perasaan ni. Sedih, risau, janggal. Rupanya saya sangat ralat apabila tidak terikat dengan jawatan di pimpinan PEPIKUS meskipun saya masih dapat berfungsi sebagai ahli aktif. Minggu lepas pula diadakan meeting untuk team baharu saya. I feel sooo awkward to be in that team. Meskipun orang-orang di dalamnya sama sahaja dengan orang-orang yang saya pernah berurusan, but I feel the awkwardness. Saya rasa saya lebih baik menjadi orang bawahan berbanding menjadi rakan sekerja. 

Medan Muhasabah

Imej
Julai hampir melabuhkan tirainya. Waktu-waktu begini, telah masuknya musim bagi medan muhasabah buat seluruh keluarga besar jemaah WAP ini tidak kira diperingkat cawangan, negeri, mahupun kebangsaan. Satu tahun telah berlalu dengan amanah yang dianugerahkan buat insan-insan yang terpilih. Entah berapa kolam titisan keringat, entah berapa gantang masa yang dikorbankan, entah berapa ribu wang yang dihabiskan, perahan buah fikiran yang menggunung, juga hati yang dibahagiakan dan disakiti. Pahit manis yang dilalui mengeluarkan insan daripada zon keamanan dan keselesaan. Ujian yang seringkali hadir, menguji kekuatan hubungan dan jiwa, sama ada sesama insan mahupun dengan Tuhannya. Adakalanya terzalimi insan sekitar dengan amanah yang digalas, adakalanya amarah dilepaskan. dan adakalanya bahagia dikongsikan. Kini tiba pada musimnya, musim untuk bermuhasabah akan amanah yang digalas. Bersungguhkah dalam melaksanakan amanah? Terlaksanakah amanah ini dengan baik? Apakah kesan...

Sebutir Catatan

Ya, hari demi hari, saya semakin mengerti bahawa rasa cinta ini sememangnya cinta, yang bukanlah terjalin semata untuk mewujudkan satu ikatan perkahwinan, tetapi cinta untuk menjalani kehidupan. Pada hari nekadnya saya untuk berhenti memikirkan tentang sebuah ikatan menuju kepada perkahwinan, saya amat nekad untuk tidak bercakap soal ini lagi. Tempoh 3 tahun yang ditetapkan adalah untuk meningkatkan prestasi kehidupan, kualiti diri dan kelangsungan hidup berjemaah. Jutaan rasa cinta yang saya peroleh adalah nikmat yang besar dalam menjalani kehidupan ini. Selesa dengan kehidupan yang begini, cumanya perlu ditingkatkan lagi segala perkara.  Sangat bersyukur dihadiahkan insan-insan yang mempunyai daya fikir yang tinggi, unik dan berbeza, buat kita saling bertukar pandangan demi kesejahteraan hidup. Hampir 5 tahun di dalam jemaah ini, mengenal selok-belok pengurusan, menghayati kalam penuh makna, menabur kasih dan bakti. Saya ingin memegang satu kedudukan di dalam ...

Selamatkan Diri

Masa berlalu seperti biasa, tapi perasaan yang terpendam ini seperti biasa, kadangkala baik, kadangkala bergelora. Saya hanya manusia. Kesempitan tatkala pelbagai perkara menghimpit. Sesak tatkala terlalu banyak berurusan dengan manusia. Serabut tatkala terlalu banyak perkara yang perlu dilihat, dinilai dan direspon. Arghhh. Ya, rasa ingin menjerit. Mampu menjerit di dalam hati sahaja. Risau menganggu jiran waktu malam begini. Baru lebih kurang 30 jam saya tak membuka whatsapp, terasa lebih tenang. Bukan whatsapp sahaja, bahkan semua media sosial yang saya ada, tak dilihat isinya. Memilih untuk mengasingkan diri sebentar daripada dunia maya itu sebelum diri sendiri hilang kewarasan akal fikiran. Ya, saya sedang menyelamatkan diri sendiri. Terkadang kita perlu pentingkan diri sendiri untuk kebaikannya. Pun begitu, saya taklah terlalu pentingkan diri di saat minggu ke-12 ini. Banyak submission yang perlu dilakukan, juga banyak perbincangan yang perlu disertai. Saya menggunak...

Membudayakan Budaya Philanthropy

Ayat mudahnya, philanthropy ni adalah suka buat baik kepada orang tanpa harapkan balasan, sebab kegembiraan kita adalah apabila melihat orang lain gembira. Penulisan ni sekadar untuk meluahkan apa yang telah dan sedang saya rasai. Bertahun-tahun merasakan perkara ini, tapi tak pernah tahu terma yang sesuai. Haritu jumpa sebab terbaca status WhatsApp kawan. Saya diberi banyak kelebihan di dunia ini untuk jalani kehidupan dengan baik dan bahagia. Saya bersyukur atas segala yang Allah kurniakan dan perasaan ingin berkongsi segala kelebihan ini sangatlah menggunung. Antara kelebihan yang dapat saya kenal pasti adalah saya bebas bergerak ke sana ke sini menaiki motorsikal. Macam mana saya berkongsi kelebihan ini adalah dengan menziarahi sahabat-sahabat, senior-senior dan saudara mara,menumpangkan rakan yang teringin nak pergi berjalan-jalan, program dan sebagainya. Terpancar senyuman kegembiraan pada muka mereka sangatlah menggembirakan hati saya. Satu kepuasan untuk segala penat saya...

Cuba try test 2 (Kepimpinan)

Kepimpinan mestilah digerakkan oleh Iman Dan Amal soleh.

Try test cuba

Hai Assalamualaikum, ni saya nak test try cuba. Takut nak letak dekat mana-mana social media, makanya saya letak di sini sebab tak ramai pun tengok. Muehh.

Mengakhirkan Langkah

Assalamualaikum warahmatullah. Eh dah akhir dah langkahnya? HAHAHHAHAHAHAHHAHA . Cukup sampai sini saya mengakhirkan langkah buat setakat ini. Tiada guna untuk terus mengatur langkah, sebab berkemungkinan akan mencemarkan apa yang sedianya baik. Pengalaman pertama membuat confession ini pastinya akan menjadi ingatan buat selamanya, biasalah, pengalaman pertama kan? Hahaha. Ya, saya kena 'reject' dengan cara baik buat setakat ini. Istilah baiknya, saya kena sisterzone dengan beliau. Hahaha. Tapi saya okay, sangat okay. Tak ada pun rasa kecewa atau murung atau seangkatannya. Malah, saya sangatlah berterima kasih kepada beliau kerana meraikan luahan dan persoalan-persoalan yang saya utarakan. It's such a good experience for me! Setidaknya saya pernahlah ada pengalaman membuat confession tentang perasaan yang macam ni. Nanti kalau orang mintak pendapat, saya bolehlah bagi jawapan based on experience, hahaha. Dan saya berterima kasih juga kepada Allah atas ketentu...

Dan Begitulah Akhirnya

Dan begitulah akhirnya, saya tetap membenci penulisan di WhatsApp. Seringkali disalah ertikan. Seringkali gagal untuk mencapai maksud atau intonasi sebenar. Atau mungkin juga salah si penulis kerana gagal dalam menggunakan gaya bahasa yang jauh lebih baik dan meraikan seseorang. Kita hanya manusia.

Memulakan Langkah

Assalamualaikum hai, lama dah tak bersua. Saya baru perasan yang saya pernah menulis tentang rasa di blog ini lebih kurang setahun yang lalu. Ianya bertajuk  Rasa Yang Hadir . Beberapa hari lalu, saya telah membuat sesuatu yang amatlah berani. Entah dari mana datang kekuatan untuk melakukan hal sebegitu. Barangkali kerana sudah merasakan diri sendiri sudah menginjak dunia kedewasaan. Hal-hal berkaitan perasaan ini mulai terbit di dalam hati. Karakter yang sedikit kasar ini dilihat seperti seorang yang susah untuk mempunyai perasaan terhadap orang lain. Haha, kelakar ya. Saya masih manusia kottt. Bahasa mudahnya, buat pertama kali dalam hidup, saya buat confession terhadap manusia yang saya simpan perasaan sejak setahun yang lalu. Ayat-ayat di dalam confession tu tak awkward mana pun, it's a cool. Saya lebih suka begitu supaya tidak ada kejanggalan yang berlaku selepas habis sesi tersebut sebab saya banyak berurusan dengan manusia tersebut. Niat melakukan confession tersebut s...

Pengalaman Call 999

Imej
Because this is my first experience, let me put it here. Sebab hari ni hari Khamis, so kitorang satu keluarga yang ada dekat rumah berpuasa sunat. Jadinya, tak de lah drama atau celoteh pepagi dekat dapur. Maka lepas subuh, membeleklah fon sambil duduk dekat ruang tamu. Lebih kurang jam 7: 25 a.m, terdengar bunyi kereta di jalanan yang sedang break kereta. Break, lepas, break, lepas. Dalam hati aku dah bercakap "Semoga tak ada apa-apa". Selang beberapa saat daripada bunyi break tu, "dumm!!!" Bunyi dentuman yang sangat kuat. Mak dekat luar rumah dah jerit "Ya Allahhhhh". Kitorang semua bergegas ke jalan raya, nak tengok apa yg berlaku. Dah ready bawak fon utk call kecemasan. Sebuah kereta berjenama Vios eksiden, melanggar tiang elektrik, remuk teruk. Mangsa agak tersepit di dalam kereta.  Aku terus call kecemasan, 999 untuk memberikan sedikit laporan supaya bantuan dapat segera dihantar. Aku cuba untuk bertenang sebab aku tahu, maklumat lebih mudah didapati...