Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Azam

Imej
31/12/2017 Assalamualaikum. Pagi semua! Entah mengapa, semakin dekat hari menjelang final exam, semakin rajin tangan ini menulis cerita-cerita kehidupan. Maaflah, kerana tidak semuanya sesuai untuk dikongsi. 2017 berlalu dengan pantasnya. Terlalu banyak yang aku pelajari pada tahun ini. Terlalu banyak memori pahit manis yang aku lalui. Tapi sayang seribu kali sayang, semua memori tu tidak aku catatkan di dalam diari. Banyak-banyak diari, diari tahun 2017 adalah yang paling sedikit catatannya. Semoga semua memori itu terus kekal walaupun tidak semua. Kusedari kesilapan apabila apa yang aku hendak capai tidak ditulis di mana-mana buku. Bukankah manusia itu pelupa? Bila difikirkan kembali, sewaktu 2016, apa azam aku untuk 2017? Azam itu tidak ditulis secara jelas . Oleh kerana itu, aku menulis azam aku untuk tahun 2018 di dalam buku diari. Menulis diari dengan konsisten ni juga merupakan salah satu azam untuk tahun 2018. Semoga diri ini rajin menulis diari untuk tatapan ma...

Sembang yang anda suka

 Zaman sekarang ni ramai yang kahwin muda. Betullah, zaman ni kan dia akan berulang. Orang dulu-dulu kahwin muda. Umur darjah-darjah dan tingkatan-tingkatan dah kahwin. Cumanya mungkin berbeza pada pilihan. Orang dulu-dulu kahwin muda sebab mak ayah yang suruh kahwin.Kalau kahwin lambat, mak ayah malu. Lambat tu sekitar umur 18 tahun ke atas. Orang sekarang kahwin muda sebab dorang sendiri yang nak. Sesetengah mak ayah izinkan sebab tak nak anaknya terlibat dengan zina, sesetengah mak ayah tak izinkan sebab lelaki tu masih tak mampu nak sara anak perempuan dorang. Bagi aku, mana-mana pon tak kisahlah. Kahwin muda ke tua ke, as long as orang tu faham kenapa dia kahwin, mampu untuk berkahwin, silakanlah. Kahwin ni benda baik. Terpulang kepada kebijakan pasangan untuk melayari bahtera perkahwinan yang macam mana. Umur aku 18 tahun sekarang ni. Bab-bab kahwin ni memang jauh lagi lah kalau nak difikirkan. Tapi kan, aku selalu berada disekeliling manusia-manusia yang berumur 20 tahu...

2 Subjek Pedu

Baru lepas menyinggah blog rakan-rakan dan senior-senior. Macam biasa, Abg Muteq menjuarai untuk post terbanyak. Rajin betul woah senior tu. Second Abg Beelal and third Kak Peah. Ini untuk yang bulan 12 ni lah, yang sebelum-sebelum tu aku tak tahu siapa yang dapat tempat kedua dan ketiga sebab jarang post. Haha. Baca post Abg Muteq tadi. Dia cerita pasal Matematik Tambahan. Lepastu aku pon macam sebok jugak nak cerita. Hahhaha. ******************************************************************************** Yes, Add Math ni antara subjek yang jaranglah nak lulus. Pernah, tapi jarang. Kalau lulus pon, lebih satu dua markah ja. Lagi satu subjek yang jarang nak lulus ialah Prinsip Perakaunan. Huu, dua subjek ni padu woah. Punyelah lembap otak aku nak cerna segala macam yang ada dalam subjek ni. Tapi, aku tak pernah menyesal masuk kelas first dan wajib ambil dua subjek padu ni. Cumanya sentiasa berharap lepas SPM hidup aku tak akan hadap dua subjek ni lagi. Itu bukan setakat harapan...

Cerita Dia

AKU SEORANG PEREMPUAN YANG BEPERWATAKAN KASAR. AKU DIBESARKAN DALAM SEBUAH KELUARGA YANG RAMAI. AKU ADA 4 ORANG ABANG YANG MEMBUATKAN AKU TERPENGARUH DENGAN PERANGAI MEREKA DAN AKU ADA 2 ORANG KAKAK SERTA SEORANG ADIK .HAMPIR KESEMUANYA KASAR. AKU JUGA SEORANG YANG SUKAKAN SOSIAL DARI AKU KECIL SEHINGGA AKU BESAR. SEJUJURNYA,KETIKA AKU KECIL DAN MASIH DIBANGKU PERSEKOLAHAN,AKU GEMAR BERMAIN DENGAN LELAKI BERBANDING BERMAIN DENGAN PEREMPUAN. KENAPA??. KERANA BERMAIN DENGAN PEREMPUAN KERJANYA ASYIK NAK MERAJUK SAHAJA. AKU TAK SUKA SEBAB AKU BUKAN JENIS PEREMPUAN YANG BEGITU.TETAPI DALAM MASA YANG SAMA,AKU MASIH MEMPUNYAI RAMAI KAWAN PEREMPUAN YANG PERANGAINYA SAMA SEPERTI AKU.LEBIH SELESA BARANGKALI. SETELAH TAMAT PERSEKOLAHAN AKU DI SEKOLAH RENDAH,AKU MENDAPAT TAWARAN UNTUK MEMASUKI SEKOLAH AGAMA MENENGAH TANJONG KARANG. GELARAN SEKOLAH AGAMA ITU MEMBUATKAN AKU LEBIH GERUN. RISAU JIKA AKU TIDAK DAPAT MENYESUAIKAN DIRI. TAPI DALAM MASA YANG SAMA,AKU BERSYUKUR KEPADA ALLAH KERANA M...

Ulangan yang tidak jemu

Imej
Aku kenal istilah koyak, barai, stress, down dan yang bersamaan maksud dengannya since aku menginjak dewasa. Susah jugak ya bila jadi orang yang dah besar sikit ni. Banyak yang kena difikirkan. Banyak yang kena dibuat. Banyak yang kena dijaga. Meskipun begitu, tiada kata penyesalan menjadi orang yang lebih dewasa. Aku belajar lebih banyak perkara yang mana ianya memberi sedikit cahaya yang menerangi kehidupan aku. Ya, cahaya itu masih lagi sedikit kerana aku masih belum belajar sebanyak-banyaknya perkara yang ada. Perjalanan hidup ini panjang untuk kita belajar dan terus belajar walau sekecil perkara. Tinggal kita ni ja yang nak ambil sesuatu itu ataupun tidak. Ada orang, bila dia rasa ilmu yang dia ada itu ditahap yang tinggi, dia memandang rendah pada suatu ilmu yang kecil. "Ni aku dah belajar dulu" "Belajar ni je ke? Sia-sia je datang. Aku dah tahu dah yang ni" Aku teringat Muaz bagi tazkirah dalam kelas time form 4, orang yang menuntut ilmu ni dia...

Sekecil perkongsian

Imej
Bismillah Sem 2 sudah berlalu hampir 2 bulan. Maka bermulalah musim-musim busy dengan QUIZ, ASSIGNMENT,TEST dan PRESENTATION. Fuh, harapnya si Azimah ni mampu untuk cover balik apa yang sebelum ni dia tak dapat catch up sebab banyak fikir pasal bende lain especially KKPI. Perkara-perkara yang banyak mengganggu jiwa dan fikiran. Time-time hujung tahun ni la banyak member aku yang dah start cuti dan aku pulak sebok dengan segala yang tertulis dekat atas tu sambil menuju final exam Sem 2. Haa, ya. Aku jeles. Chill beb. Setiap orang lain-lain. Haaa, mahbubah pulak dah nak masuk KUIS 18/11 ni. Oldebest sis! Moga pandailah hidup berdikari sikit, jangan mengada sangat. Cuba jadi kuat, cuba jadi berani. Hidup jauh dari mak ayah ni memang kena macam tu lah. We learn how to survive in our life. Aku tahu nanti kau akan nangis. Hahaha. Nangislah puas-puas. Aku dah melalui waktu itu. Homesick ni memang susah nak dipisahkan. Huhu Ouh, sebenarnya aku rindu kawan-kawan aku. Hari tu dapat ...

Tet Tet Tet

Salam Jumaat semua! Sollu 'alan Nabi 10/11/2017 Tarikh yang mana sepatutnya dilaksanakan KKPI 2017, tetapi dibatalkan atas beberapa sebab. Jujurnya, aku kecewa atas pembatalan tersebut kerana prosesnya telah pun berjalan tetapi aku juga harus berpijak pada realiti bahawa kesediaan itu masih belum mencukupi untuk melaksanakan satu program yang besar. Aku yang ditawarkan untuk memegang jawatan sebagai setiausaha kewangan KKPI17, lalu aku menerimanya kerana ingn belajar. Lupakah aku, aku belajar untuk sesuatu yang besar di saat aku tidak mempunyai sedikit pon pengalaman berkenaan program besar. Aku tak sepatutnya berbuat begitu. Ia hanya menyusahkan ramai orang kerana aku perlu belajar dari bawah sedangkan kedudukan aku itu sepatutnya menjadi orang untuk orang bawah aku bertanya. Ya, aku diingatkan supaya tidak merasai pembatalan KKPI17 ini sebagai satu kegagalan. Tapi aku tetap merasai ini satu kegagalan diri aku. Ah, kau siapa nak halang aku untuk ada rasa begini.  Teta...

Baik tetap baik, kurang baik tetap kurang baik

Imej
Manusia sering sahaja melupakan kebaikan seseorang setelah mengetahui sesuatu yang kurang baik pada dirinya. Baru-baru ni aku mendengar suatu cerita mengenai orang yang boleh dikatakan orang yang aku percaya. Cerita itu pula cerita yang kurang menyenangkan pendengaran aku. Aku hanya mampu diam. Tiada soalan untuk diajukan. Aku diam seolah aku tidak mengenali siapa manusia yang diceritakan itu walhal aku agak rapat sebelumnya. Untuk aku percaya bulat-bulat semestinya tidak. Tidak adil untuk aku percaya selagi aku tidak mendengar dari sebelah pihak lagi. Tetapi, untuk tidak mempercayainya juga agak mustahil kerana cerita yang hampir sama aku dengar daripada beberapa orang yang lain. Kepercayaan itu semakin lama semakin berkurang. Sekarang semakin tidak rapat. Need to create a gap between us. Tetapi, aku tak akan pernah lupa kebaikan dan pengorbanan dia selama ini. Mana mungkin hanya kerana satu kesalahan, aku perlu melupakan segala kebaikan dia. Tidak adil juga...

Tak Biasa

Di zaman kemodenan ni, di saat teknologi semakin canggih, ramai orang yang mengejar populariti melalui media sosial yang ada. Facebook, instagram, twitter dan sebagainya menjadi medium utama untuk menaikkan nama sendiri. Boleh dilihat, bagaimana artis menjaja diri sendiri, juga para remaja yang begitu taksub dengan keunikan media sosial yang ada. Hari demi hari, begitu banyak perkara baru yang sering bertambah untuk menjadikan manusia lebih lalai. Ada yang tidak pernah terlepas untuk sentiasa mengemaskini 'story Instagram' disetiap saat dan waktu. Setiap ruang waktu itu, digunakan untuk menunjukkan kepada orang awam tentang apa yang mereka sedang buat dan lakukan. Kadangnya, hanya sekadar menjelirkan lidah menggunakan 'boomerang', sengetkan kepala ke kanan dan kiri, tolak selimut tarik selimut di atas katil dan bermacam lagi. "Media sosial menjadikan manusia itu semakin kurang rasa malunya" -by someone Quote yang aku dengar ketika menghadiri usrah. Bena...

Ikut suka

Imej
Banyak sangat draft dah ni. Banyak sangat yang nak diluahkan tetapi akhirnya hanya disimpan. Huhu. Kali ni aku publish. Janji. Haha Tapi macam biaselah, apa yang aku publish bukanlah apa yang aku rasa. Ataupun boleh jadi sesuatu yang aku rasa, tapi bukanlah yang sebenarnya. Ehhh. Apeniii. Okay, lets talk about man. Weyhhhh. Ape Azimah ni. Agaga Semalam aku pegi hiking dekat Bukit Botak, Puncak Alam dengan abang, kakak and adik. Padahal sepatutnya aku kena hadir post-mortem KKPI17. Hmmm. Tipulah tak rasa bersalah tak datang post-mortem tu kan, tapi aku rasa bersalah jugak dekat siblings aku. Berapa kali dah aku tolak ajakan dorang sebelum ni disebabkan ada meeting sana sini dengan programnya every weekend. So kali ni macam nekad sikit la terpaksa tak datang postmortem tu. Aku ingatkan sempat tau datang postmortem tu sebabnya selalu pegi hiking awal pagi. Tapinya awal pagi tu hujan lebat. So kitorang gerak dari rumah pon agak lewat dan akhirnya aku datang PULPA pon lewat gila...

Si gedik

 Comelnya aku bila time berus gigi pun boleh sengih-sengih sebab ingat benda yang manis. Haha.  Perasaan suka tu memang gila kan?  Yup, i am crazy with you. Ya ALLAH, gediknya. Azimah yang kuat, tolong ezzati. Dia tengah angau. Baru nak meningkat remaja ni perangai tak matang tapi cute ni susah pulak nak behave. Huntung ezzati, ada  azimah yang kuat macam badang tapi versi perempuan. Haha.

Perangai itu bukan bidang tugas aku

Imej
Benarlah, semakin membesar kita semakin menghadapi manusia-manusia yang pelbagai perangai. Dia yang kini semakin dewasa, mencuba memahami setiap apa yang terjadi dalam kehidupannya. Dahulunya, mudah untuk dia memberi kepercayaan kepada seseorang atau mempercayai seseorang. Sehinggalah dia menjadi dewasa, kepercayaan itu sukar untuk diberi dan untuk dirasai. Menjadi seorang pendengar setia tanpa meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap cerita itu kerana mendengar itu memang semulajadi menjadi sifatnya. Ah! Manusia sering sahaja membuat dia menjadi orang yang bersalah. Apa yang dikatakan itu adalah apa yang dia dengar. Lalu kata-katanya itu pula dinafikan. Dia hanya berdiam diri, Penat barangkali ingin menegakkan apa yang dikatakan Kerana manusia yang dia hadapi itu bercakap semahu dia Tiada guna jika dia menegakkan apa yang dia katakan Kerana setiap katanya itu pasti akan dinafikan oleh cerita yang berbeza Biarlah, perasaan ihsan itu tidak berada di hati ...

genggam erat hati itu

Hidup ini penuh dengan ujian Dan aku percaya, setiap ujian itu ada hikmah yang sangat besar Satu persatu ujian itu datang, aku tak tahu sama ada aku kuat atau tak hadap semua itu. Apa yang aku tahu, aku mesti hadap. Kalau lari pon, tiada guna. Itulah lumrahnya kehidupan. Ya, ujian itu bermacam jenis yang melibatkan pelbagai perkara. Eh? betul tak ayat ni? huhu. Kaya ujian, miskin ujian, tenang ujian, resah ujian,busy ujian, tak busy pon ujian, banyak bercakap ujian, diam juga ujian. Dunia ini memang penuh dengan ujian. Setinggi mana tahap kebergantungan kita kepada Allah apabila kita hadapi ujian itu? Aku dalam situasi ketakutan pada diri sendiri, takot jika apa yang aku lakukan ini hanya sia-sia. Kepenatan aku, kegelisahan aku, keserabutan aku, kegigihan aku. Aku takot jika semua ini hanya sia-sia. Sangat takot. Aku takut jika semua ini tiada nilai dimata Allah.

Masih ada ruangkah?

Imej
Jika yang engkau cari itu kesenangan, Bukan di sini tempatnya Jika yang engkau cari itu pengalaman dan pembelajaran, Iya, di sini tempatnya Tetapi harus kau ingati Bahawa proses pembelajaran itu tidak mudah Mana mungkin seseorang itu bisa terus pandai membaca al-Quran jika tidak mengenali huruf-hurufnya Pernah kau dimarahi oleh ibu kerana mengulangi kesilapan menyebut huruf ketika membaca Iqra'? Untuk kesalahan yang ke berapa? Tetapi engkau masih meneruskan pembelajaran itu. Pernah engkau mengalah? Tidak sesekali. Kerana engkau punya matlamat Sehinggalah akhirnya, engkau berjaya mendendangkan alunan ayat suci al-Quran dengan lancar dan berlagu. Sudah berjayakah kau? Tidak Kau masih perlu meneruskan proses pembelajaran Di saat alquran itu masih belum dapat engkau fahami. Setelah engkau fahami, sudah berjayakah kau? Masih belum. Sehingga engkau mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya. Semudah itukah untuk mengama...

Dia sudah pergi

2.59 a.m Tadi aku terbangun, bukak fon, check whatsapp. Terlalu banyak mesej dari individu mahupun group. Juga banyak panggilan terlepas yang aku tak angkat dari qila. Jarang-jarang die call banyak kali macam tu. Aku terkedu bila melihat satu-satu mesej dari kawan aku. "azimah, bafareez dah tak de" "azimah, mahhhh, bafareez" "azimahhh, tadi kau jumpe bafareez tak? kau sampaikan salam aku tak?" Terasa seolah mimpi. Sama perasaannya ketika mana dapat berita abg kandung aku meninggal. Baru jumpa dengan keadaan yg sihat, tuptup dapat berita dia meninggal. Aku baru jumpe bafareez petang tadi dekat Sek 2.  dari pukul 6.30 sampai 7. Tak dapat lama-lama sebab dah nak maghrib.  Aku bagi ambeng lebihan Muktamar PEPIKUS + ABIM KS pagi tadi. Dia beria nak sangat sebab x dapat hadir muktamar tu lagi-lagi dia sebagai Murabbi kitorang. Dapat sembang-sembang kejap, cara dia lain. Tak macam selalu . Aku dapat rasa itu. Cara die jawab soala...