Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

Short Vacay to Ibu's and Nenek's House!

Imej
  Assalamualaikum! Heyyoo. Update diri sendiri sikit, haritu saya dah tamat latihan industri di Malaya Grill hujung bulan 11.  Pheww. Alhamdulillah. Sekarang bekerja full-time dengan PEPIAS. At least I let go one dilema.  Selama 3 bulan intern, minggu pertama je sempat ke rumah ibu. Itupun sebab alang-alang ke INSTAQLIM Semenyih, singgahlah rumah ibu kejap. Belikan roti sebab ibu minta. Yang menjadi memori waktu ni adalah kebodohan saya yang tak bawa duit cash ya. haha. Singgah kedai runcit dekat Sg Lui, pastu tanya makcik di kaunter "Acik, saya takde duit cash, boleh tak saya transfer je kek akaun acik?" Acik tu blurr. hahahha. Sampaikan beliau cakap "Takkanlah RM 3.20 pun tak ada dik? Kalau macam tu tak apalah, acik sedekah je" Hahahhah, aishh. Saya ada duitlahhh, cuma dalam bank jee. Huaa. Gigihlah jugak menggagau beg galas, jumpalah beberapa keping duit syiling. Cukup RM 3.20! hahhaha. Buat hal lah. Keluar dari kedai tu, tersenyum sendiri ya dengan kebodohan di...

New Journery Old Position

 Assalamualaikum and haiii, Selamat pagi semorang! Salam hari Jumaat! Hari ni 3hb Disember 2021. 3 hari rasmi sebagai SUK PEPIAS juga 2 bulan lebih merangkap PSUA PEPIAS. Masih di jawatan yang lama, bersama partner kerja yang baru. Big thanks to Abang Topek sebab banyak cover kerja sekretariat sepanjang aku intern. Ouh ya, big thanks jugak kepada Abang Zakir coverkan kerja sepanjang intern waktu nak dedekat muktamar. Aku yang tak mampu nak fokus untuk banyak benda dan akan terlepas banyak benda.  Berubah partner kerja sedikit sebanyak merumitkan dan confuse. Yelah, masih mencuba untuk memahami gaya kerja seseorang. Walaupun dah dua bulan naik, aku akui kurang komunikasi dengan Abang Topek sebab seharian office hour Isnin-Sabtu, malam pulak buat kerja dekat office yang terasing. Untuk hal sekretariat yang aku mungkin dah tahu banyak perkara berbanding abang Topek, maka selalulah rasa bersalah bila tak sempat nak bagitahu dan ajar beberapa perkara. Sobs. Presiden dah lah suka pu...

Sorokkan Air Mata Itu

  Ulang tajuk. Atas segala perasaan yang tak mampu diluahkan dengan sebenar-benar luahan. Atas segala air mata yang dialirkan tanpa sengaja. Tetaplah kuat wahai diri. Fasa ini mungkin menjadi fasa yang sangat sulit bagi engkau untuk dilalui berseorangan, tapi tetaplah kuat hadapinya meski air mata perlu dialirkan setiap hari. Kan tiba satu waktu nanti, diri engkau kan kembali seperti sebelum ini. Masa kan mengubati, meski hari-hari yang dilalui sangat berat untuk dirasai. Sorokkan air mata itu. Tiada siapa perlu melihatnya. 

Unfit

  What a low confidence. And always. Confuse. Semakin dipenghujung, semakin luntur. Keliru. Dibalik segala rasa ini, kenapa masih nak teruskan. Bukan ke akan lebih menyusahkan banyak pihak? Bukan ke akan lebih meningggikan rasa tidak berguna.

Pergi

Imej
Haha, penatlah nangis atas rasa ketidakbergunaan ini. Saya tahu yang saya sangatlah tak kompeten dalam segala kerja.  Orang macam ni tak sepatutnya pun terus kekal untuk jawatan sebegini. Kenapa entah mata yang melihat diri ini seringkali merasakan yang saya sesuai. Walhal yang berurusan sahajalah yang tahu betapa diri saya ini biasa sahaja.  Untuk sekarang ini, mungkin saya tidak sesabar dan setenang sebelum ini. Fizikal yang merasai kepenatan tanpa henti, emosi yang seringkali tidak teratur. Sering merasakan keseorangan.  Barangkali yang salah besar itu datang daripada saya sendiri. Yang tidak tahu mengurus diri sendiri dan kerja dengan baik. Tidak lagi bersemangat untuk banyak perkara. Tidak ada perkara yang membangkitkan rasa semangat. Meski masih mempunyai visi dan misi kehidupan. Meski masih ada perkara yang ingin dicapai. Rasa keseorangan ini jujurnya menghalang, menutup setiap ruang yang boleh dicapai. Kenapa rasa ini mesti hadir di waktu banyak perkara yang menda...

Tak Tahu Nak Letak Tittle Apa

Kehidupan ini sentiasa ada ujian yang turut ikut bersama sepanjangnya. Hari ini saya semakin sedar, bahawa kehilangan orang dalam kehidupan adalah perkara biasa. Sama ada kematian menjadi penyebabnya, atau perkara lain. Terputus hubungan, terputus komunikasi. Namun, saya juga sedar, setiap hari merupakan hari untuk kita memulakan hubungan dan komunikasi. Proses yang tak akan tamat selagi mana kita mahu ianya berjalan. Kalau hari ini saya terputus hubungan dengan seseorang yang sebelum ini dianggap kakak, tapi hari ini juga saya boleh memulakan hubungan dengan seseorang yang boleh dijadikan kakak. Saya tak kurang kasih sayang daripada keluarga, malah boleh dikatakan saya hidup dengan penuh kasih sayang. Tetapi, saya seorang yang suka menyayangi berbanding membenci. Setiap mereka yang hadir dalam hidup ini saya sayangi dengan penuh rasa ikhlas. Tak pernah pula terfikir untuk memalsukan rasa sayang. Tetapi bukan semua manusia seperti saya apabila mencipta hubungan. Hari ini, dan dewasa in...

Hai?

 Hai. Saya baru tahu blog saya ni ada orang stalk untuk kepentingan peribadi. Entah, masih tak rasa nak privatekan sebab sini bukan diari. Kalau sini diari, saya bagi orang yang saya nak je baca. Tapi tak, okay. Penulisan-penulisan dalam ni kebanyakannya di akhiri dengan konklusi atau peringatan atau pendapat yang mungkin boleh diikuti, dipersetujui, dan diingati. Jadinya, kalau membaca, bacalah dengan penuh rasa ingin memahami, mengenali, dan dengan niat yang baik.  Bacalah sampai penghujung penulisan agar tidak timbul salah faham.  Berhubung teruslah dengan saya jika ada yang tidak dipuashatikan. Setiap manusia ada pendapat dan sensitiviti yang berlainan. Kalau tak cuba untuk difahami, maka  gagallah proses taaruf tersebut. Segala entry tidak akan dipadam semata kerana hal yang berbangkit supaya saya masih mengingati kebaikan orang terhadap diri saya.  Wassalam.

Silaturrahim Yang Diuji

 29 Mei 2021 Assalamualaikum warahmatullah. Haii. Saya sedang menghadapi ujian silaturrahim saya kira. Betul, silaturrahim ni memang akan sentiasa diuji sama ada silaturrahim dengan keluarga, sahabat-sahabat, saudara-mara, atau dengan kenalan. Kedewasaan ini lebih banyak akan diuji apatah lagi semakin ramai kenalan baharu yang semakin hari semakin rapat dan disayangi. Dan seperti biasa, saya percaya silaturrahim ini akan diuji suatu hari nanti. Cuma bentuk ujiannya yang tak dapat dijangkakan bagaimana. Pun begitu, sebagai seorang yang gemar menjalinkan silaturrahim, saya terpaksa akur dengan hakikat sebegini dan teruskan bersilaturrahim dengan sesiapa sahaja yang dirasakan selesa. Walaupun nanti saya sendiri tahu, saya akan menangis jika silaturrahim itu diuji. Tapi, bukankah ini kehidupan?

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Imej
 Hai assalamualaikum warahmatullah Selamat Hari Guru! Kelas dalam talian menjadikan sesi PdP lebih mencabar, tetapi guru-guru tetap bersabar dan meletakkan sepenuhnya usaha untuk memastikan ilmu disampaikan dengan baik dan murid-murid memahami apa yang disampaikan. Tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” saya kira menekankan tentang toleransi dan bantu membantu antara generasi dalam proses menuntut ilmu. Dek teknologi yang semakin berkembang, generasi kini lebih ramai yang menguasai banyak aplikasi terkini. Berikutan situasi Malaysia yang berpanjangan menjalani PdPR, dapat kita saksikan ramai guru-guru yang merendahkan ego meminta tunjuk ajar daripada pelajar atau anak muda tentang beberapa fungsi. Tim Sekretariat Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan juga tidak ketinggalan untuk membantu para guru dan ibu bapa menggunakan aplikasi yang kerap digunakan semasa PdPR. Ini membuktikan bahawa setiap lapisan umur perlu dan hendaklah sentiasa berguru dengan mereka yang mah...

Terima Kasih Menambah Rasa Ketidakbergunaan Saya

Imej
 Terima kasih. Terima kasih kerana sentiasa membuka ruang untuk saya merasai betapa tidak bergunanya saya. Terima kasih kerana menyedarkan betapa saya ini seringkali gagal. Terima kasih kerana sudi menambahkan segala rasa negatif yang sememangnya tinggi dalam diri saya. Terima kasih . Moga anda terus maju dalam meneruskan kehidupan dan lebih banyak menabur jasa dalam kehidupan orang lain.

Pengharapan Yang Telah Diusir

Imej
 Ya, entry kali ini ada berkaitan dengan beberapa entry sebelum ni. Langkah yang telah berakhir dahulu hanya terhenti pada langkah, bukan pada pengharapan. Betul, bicara soal hati ini terlalu kompleks. Kadang diri sendiri juga tidak faham apa yang sebenarnya diinginkan oleh hati. Sekejap menginginkan itu, sekejap ini, sekejap kata suka, sekejap kata tak suka. Harapan yang difikirkan masih ada sinarnya hanyalah kerana tiada pengakuan daripada empunya diri. Barangkali segan atau malu untuk mengakui sedang di dalam perhubungan yang serius dengan seseorang dek kerana sifat luarannya yang kelihatan seperti orang yang tidak berbicara soal perhubungan. Tapi, Allah itu Maha Baik. Ya, saya sedikit sensitif berkaitan hal perhubungan lelaki-perempuan. Tak suka perkara sebegini dibuat gurauan sama ada betul ataupun salah. Itu bukan saya lah kot. Ya, Allah Maha Baik kerana memberi petunjuk yang jelas tentangnya dengan seseorang. Petunjuk yang sangat jelas saya kira. Maka dengan tenang saya bern...

Celaka Yang Sangat Kasar

Assalamualaikumm. Saya tahu saya tak baik mana pun, pernah je mencarut, akan mencarut je bila marah atau sakit hati atau geram dengan orang. Tahu je salah bila cakap macam tu. Tahu je untuk istighfar balik. Tapi, saya jugak tahu menilai perkataan-perkataan manusia sekeliling. Sebagai orang yang mudah terikut-ikut gaya percakapan orang, saya sangat risau tentang perkataan-perkataan yang sering dilontarkan oleh manusia sekeliling. Kebelakangan ni, perkataan 'celaka' sering diungkapkan untuk perkara-perkara yang saya rasa tak patut pun dikatakan sebegitu rupa. Saya merasakan perkataan tu terlalu kasar untuk diungkapkan. Apatah lagi kalau ditujukan untuk diri sendiri, boleh menangis dibuatnya. Ya, penting untuk menjaga perkataan. Seringkali berpesan "watch your words". Well, kita tak tahu bila giliran kita diperlakukan sebegitu. Apa yang penting, Allah Maha Adil.  Jikalau hari ini kita berkata/ mendoakan begitu kepada orang, akan hadir suatu hari nanti, orang lain pula ya...

Gedik: Boleh dikawal.

Imej
Menyedari diri sendiri yang sebenarnya sangat berkira-kira untuk menonjolkan perangai-perangai gedik, mengada, dan manja yang menjadi kebiasaan apabila di rumah keluarga meskipun tidaklah terlalu kelihatan.  Hari demi hari yang dijalani bersama kawan-kawan yang dianggap hampir seperti keluarga sendiri ini memecahkan tembok yang menjadi perantaraan baginya setiap kali berkomunikasi dengan manusia. Setiap orang mengetahui perangai masing-masing yang makin hari semakin menyerlah perangai-perangai hodoh, sangat baik, penyayang, manja, gedik, terasa, marah, tiada mood dan sebagainya. Menerima setiap satunya dengan hati terbuka kerana setiap orang berbeza-beza.   Sampailah kepada satu hari yang sedikit menggores hati apabila dikatakan "Eyy, ko dah kenapa, gediknya", walhal perbuatan tersebut tidaklah begitu gedik berbanding perbuatan sebelum-sebelumnya. Beberapa kali hal yang sama berlaku, maka sedarlah diri bahawa tiada lagi ruang untuk berperangai sebegitu. Adakalanya sifat g...

Di Bawah Naungan Rasa

 Detik masa berlalu. Peristiwa yang telah terjadi itu seringkali bermain difikiran. Memecah gembira hingga bertaburan. Diri yang seringkali melakukan kesalahan, namun juga acap kali diingatkan supaya menahan mulut daripada mengungkapkan kata, kerana pasti ada salahnya di mata orang. Ah, kenapa mesti memikirkan apa yang orang lihat? Sejak peristiwa itu, diikuti beberapa peristiwa kecil yang membuktikan bait kata-kata seorang Azimah ini seringkali mendatangkan ketidakselesaan orang lain, maka secebis kata-kata digenggam erat dan ditanam kukuh di mindanya. "Berkata Baik atau Diam" Bahkan hari ini, baju yang dipakainya terdapat tulisan "Speak Good or Remain Silent". Dan setiap kali terlepas beberapa kata yang membuatkan orang tidak selesa, hatinya lantas menunduk duka. Hari demi hari yang dijalani adalah beserta hati yang lebih sensitif berbanding sebelum ini. Entah berapa kali menangis, entah berapa kali terasa, entah. Terkadang malas untuk difikirkan, kerana tahu diri...

Ruang Sendiri

 Assalamualaikum warahmatullah. Tenang sendirian.  Beberapa perkara yang terjadi kebelakangan ini membawa saya ke sebuah kolam perasaan yang sedikit pahit untuk dirasai. Memberi kesan kepada fikiran dan perasaan untuk digunakan lagi. Menjadi seorang yang sentiasa ingin melihat kebahagiaan orang lain semestinya seorang Azimah, meski kebahagiaan itu tidak dicipta bersama dia. Menjadi seorang rakan yang baik, juga menjadi impian seorang Azimah. Sentiasa berusaha untuk meluangkan masa, mencurah tenaga, memberi kasih sayang buat insan bernama rakan. Semua rakan-rakan itu mempunyai nilai tersendiri di dalam hatinya. YA, terlalu istimewa. Perkara yang terjadi beberapa hari lepas mengetuk pintu hatinya, untuk merasai pahit kata-kata rakan meski tidak dihamburkan dihadapannya. Jauh lebih pahit apabila tidak dituturkan secara jujur dihadapannya. Betul, media sosial kini menjadi medium utama kebanyakan manusia untuk meluahkan perasaan. Tapi, apakah perlu sebegitu rupa? Rasa yang tidak di...

Wrap Up 2020

Imej
Hai Assalamualaikum warahmatullah! Hari ni 31 Disember 2020. Penutup tahun 2020, bersamaan hari ulang tahun kelahiran ke 22 saya, ehe. Well, disambut dengan bertemu seseorang yang dah lama tak dijumpai. Jadinya, sedikit penulisan lah kot sebagai penutup tirai 2020 ni. 2020 yang penuh dengan onak duri juga jalan kesenangan melalui kehidupan yang serba lengkap sebagai seorang anak, mahasiswa dan insan di dunia. Dimulakan dengan POA PMGKS sebanyak 6 kawasan. Satu pencapaian yang membanggakan buat PEPIAS Kuala Selangor atas penganjuran PMGKS serta POA yang melengkapi. Ruang kaderisasi besar yang kini menjadi pelapis ahli PEPIAS Kuala Selangor dengan perlahan-lahan meningkatkan kualiti setiap mereka. Diteruskan dengan menjadi peserta PMG Selangor 2020 dan menjalankan POA masing-masing dengan melaksanakan IMARAM (Imarah Ramadhan) semasa bulan Ramadhan meski Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebagai Naib Pengerusi Perhubungan PEPIKUS, saya seronok melihat usaha-us...