Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

I can't

Punyalah rasa diri tu tak berguna, Allahu. Sampai hilang kata-kata. Sampai tak tahu nak kena rasa macam mana. Memori lama menjelma kembali. Sungguh aku benci pada perkara yang begini Tapi malang sekali, ianya tak terkawal di saat ini. I just wanna glue my lips, Act like I can't to talk with people, I just wanna zip my mouth, Act like a passive woman, I want to scream, but cannot I want to cry, but cannot I want to punch my self, but I'm cannot. Then, I think I can read somebook, But I'm could't do that. I want to do something like usually, but I can't.

The Happiness

Nak kata rindu, tak lah sangat pun. Biasa je. Siapa tu? Adik-beradik dengan mak abah. Haha Semakin besar, macam semakin sayang. Kecil-kecil dulu asyik gaduh je. Si abang tu backup adik ni, si kakak tu backup adik ni. Lepas gaduh akan ada yang menangis. Tak puas hati. Sorok barang. Macam-macam ragam lagilah. Huu. Mungkin itulah ketentuan yang telah ditetapkan untuk zaman kanak-kanak kitorang semua supaya ada tercipta memori yang boleh dikenang balik waktu dah besar ni. Bila dah besar, masing-masing terpisah sementara demi menyambung kehidupan masing-masing. Ada yang kerja dekat KL, ada jugak yang kerja di Shah Alam, yang kerja kampung je tapi selalu outstation bawak lori, ada yang mengajar dekat sekolah berdekatan rumah, ada yang belajar dekat Shah Alam, ada yang tinggal dekat asrama, dan ada juga yang telah pergi meninggalkan kitorang semua. Yang ini terpisah buat selamanya, dan in shaa Allah moga-moga bertemu semula di syurga nanti. Betullah bak kata orang, jarak dan...

Suatu Permusafiran

Aku selalu mendapat soalan berkenaan apa yang aku lakukan. Contohnya, aku pergi ke suatu tempat berseorangan. Mereka bertanya, "Pergi situ buat apa? Ada apa-apa program ke? Ada nak pergi jumpa siapa-siapa ke?" Dan jawapanku, "Saja-saja. Nak jalan-jalan" Aku suka mengenali tempat orang. Aku suka nak tahu suatu tempat itu bagaimana. Jadinya, aku 'bermusafirlah'. Asasnya, ada beberapa sebab yang membuatkan aku rasa nak pergi satu tempat yang baru atau jarang pergi. Antaranya: 1) Hati rasa tak menentu. Seumpama iman berkurang sangat-sangat. Jauh dari Allah 2) Bosan dengan kehidupan yang sama 3) Nak jumpa orang lain. Bila hati tidak lagi tenang. Bila ia tidak lagi berfungsi untuk menguatkan seluruh jiwa raga dek kegundahan yang dirasai, maka aku perlukan waktu untuk perbetulkan ia kembali dengan cara bermusafir berseorangan. Berbicara dengan diri sendiri, berbicara dengan alam, berbicara dengan Allah. Aku mengambil langkah yang begitu kerana wa...

Kecil yang Besar

Apa yang cuba untuk aku tuliskan ni? P.E.N.G.H.A.R.G.A.A.N. Semua orang menginginkan perkara ini setelah dia melakukan sesuatu. Tak perlu pun sampai kena beri hadiah mahal-mahal. Tak perlu pun beri wang nilai yang tinggi. Iya, aku tahu itu juga salah satu cara memberi penghargaan. Tapi tak semua orang mengharapkan wang ringgit atau barangan itu. Mungkin cukup sekadar memberi sokongan dan dorongan. Atau mengucapkan terima kasih. Atau adakan waktu untuk dia bercerita. Atau ajak dia pergi ke tempat yang dia suka. Atau mungkin, cukup sekadar menunjukkan yang kita ini kisah tentang apa yang sedang dia buat. Mungkin nampak kecil pada kita, Tetapi teramat besar bagi dia. Aku tak tahu, sampai tahap manakah penghargaan ini perlu ditunjukkan. Tetapi, selagi mampu, maka tunjukkanlah. Meski dia tidak meminta.

Eid Adha

Eidul Adha merupakan hari raya kedua bagi umat Islam jika mengikut susunan di dalam kalendar Hijrah, namun ia jauh lebih besar berbanding Eidul Fitri. Besar itu bukanlah dinilai dari segi saiz mahupun bentuk. Haha. (Tak kelakar kannnn) Tapi dikatakan besar kerana takbir yang ada pada dua raya ini. Eidul Fitri hanya dilaungkan takbir pada 1 Syawal sahaja, manakala Eidul Adha dilaungkan takbir sepanjang 4 hari tasyrik iaitu 10,11,12,13 Zulhijjah. Hari ni merupakan hari terakhir hari tasyrik. Tadi aku sengaja memilih untuk solat asar dekat masjid sebab nak takbir berjemaah untuk kali terakhir. Feeling sangat. Terasa syahdu bila 4 hari yang mulia ini telah berlalu. Ditambah imam yang mengetuai bacaan doa membacakan doa dalam bahasa Melayu. Masuk menyusup terus di dalam hati ini. Lalu, air mata kehambaan itu pun laju berlinangan. Selamat tinggal, jumpa lagi tahun depan :)

Tidak Ternilai: Sahabat

Dalam persahabatan itu pastinya akan ada ujian. Ujian yang akan menyebabkan persengketaan, salah faham, sakit hati dan sebagainya. Aku pernah melalui semua itu. Ujian persahabatan ni macam ujian orang berkahwin tau (acah-acah macam pernah tahu je ujian berkahwin tu cemana kann) Haha Tapi betul, ujian dalam persahabatan ni pun tak kurang banyaknya. Untuk segala sakit hati, salah faham, persengketaan dan sebagainya tu, cubalah untuk meletakkan atau membuka sedikit ruang kepada diri sendiri untuk memaafkan. Susah? Yes, syaitan akan sentiasa berusaha untuk memutuskan hubungan sesama Muslim. Aku cuma kasihan pada mereka yang putus persahabatan hanya kerana hal-hal yang kecil. Mungkinlah kecil bagi aku, tapi bukan pada orang tersebut. Ya. Mungkin. Aku tidak berada di tempat orang tersebut. Cuma, apa yang aku pegang. "Apalah sangat hal yang kecil itu sampai terputusnya hubungan persahabatan yang lama dijalin ni" Besar macam mana pun hal itu,  cuba anggapnya ...

Pemergian yang Diingati

Dikesempatan ini, aku mengambil ruang untuk menulis serba sedikit. 13 Ogos  2018 Telah pergi seorang guru yang amat disayangi oleh murid-muridnya. Seorang yang ceria, tersenyum, peramah, dan selalu positif. Kata-kata yang keluar dari mulutnya selalu sahaja menyenangkan hati pendengar. Marah jauh sekali. Aku terkejut bila dapat berita pemergiaan cikgu. Baru Khamis lepas berjumpa dengan dia dan cikgu Faiz untuk meminta bantuan hebahkan berkenaan program GEGAS. Tiba-tiba dapat makluman yang cikgu dah tak ada. Terkejut sangat. Aku rasa macam"seriuslah weyh?" Tapi itulah, kehidupan ini akan berakhir juga. Itu lumrah. Bila dapat tahu tu, aku terus tanya dekat group Amanahians. Ada tak yang nak pergi layat(ziarah org meninggal)? Aku roger senior yang tahu update pengurusan jenazah. Pukul 11 macam tu aku gerak ambil Syaqira and Ain then terus ke hospital sebab jenazah perlu dibuat postmortem. Ramai cikgu-cikgu yang juga menunggu. Tangisan yang bersilih ganti. ...

GEGAS MEGA 2018

Imej
Assalamualaikum. Hai semua.  Ramai orang promote dekat social media FB,IG,Twitter and Whatsapp, ku nak cuba kelainan sikit. Hai pembaca-pembaca blog saya, saya nak promote program ni.  Program ni khas untuk gadis remaja sahaja tau. Apa yang best program ni? 1) Pengisian yang menarik sesuai dengan cabaran menghadapi zaman sekarang ni 2) Tempat program yang best 3) Fasi-fasi yang sangat superb! 4) Ada saya. Eh ehhhh. Hahahahahah. 5) Panelis yang pakar dalam hal-hal empowerment 5) Aktiviti-aktiviti tang sangat menarik, kena cuba baru tahu! Jadi, jom lah daftarkan diri sendiri atau adik-adik kalian! Tak rugi, in shaa Allah. RM35 ringgit je tauuu Jom daftar!☺

Masih di dalam kerinduan yang menggunung

Sahabat WESHILFAREZANA itu tertubuh atas kerelaan kita semua Di sini bertautnya hati-hati kita Rindu? Aku sangat rindu Tetapi sahabat, perpisahan sementara itu pastinya berlaku Tapi kita masih bersatu Dalam tautan hati ini WESHILFAREZANA ini istimewa buat insan bernama Dyaeyoon Siapa sangka, mengenali WESHILFAREZANA ini mengenalkan kita dengan insan hebat seperti dia Masih ada doa yang setia mengiringi dia Sahabat Kita sudah lama tidak bertemu Ada rindu yang terpendam lama Ada bait kata yang ingin diucapkan Ada tangisan yang ingin disaksikan Ada pelukan erat yang ingin diberikan Bila kita dapat merealisasikan itu semua? Aku rinduuuu

Tak Terbayang

Imej
Banyak yang aku boleh bayangkan untuk masa depan nanti. Graduasi untuk lagi 3 tahun, kerja sana sini, ambil lesen bas, travel dengan keluarga, dengan kawan, pergi Labuan, semakin matang dalam berfikir, dan macam-macamlah. Aku boleh membayangkan perkara-perkara itu berlaku. Aku scroll instagram, tengok story orang. Beberapa story mahupun posting yang mengenangkan semula tentang pemergian mak ayah dorang. Sentiasa dalam kerinduan yang menggunung. Aku sangat sensitif bab mak ayah ni. Sangatt. Mesti nangis bila tengok posting yang macam tu. Sebab aku tak mampu terbayang macam mana kehidupan aku tanpa mak abah suatu hari nanti. Aku tak mampu membayangkan. Adakah aku waktu itu masih Azimah yang kuat? Adakah aku waktu itu masih Azimah yang aktif? Yang cergas? Adakah aku masih menjadi seorang Azimah yang pandai untuk bergurau senda? Haha, menaip ni pun dah nangis dah. I just can't imagine it. Mak abah ni salah satu sumber kekuatan yang terbesar. Aku masih boleh melepaskan se...

Ada life

Assalamualaikum, haiiiii. Sihat? Alhamdulillah, dapat baca entry ni pun dah dikira sihat lah tu sebab Allah pinjamkan kesihatan mata pada kita😊 Kali ni boleh letak emoji sebab type guna fon. Ahahaha. Tak best sebab kecik, tapi best sebab ada emoji. Barulah tulisan tu ada perasaan sikit. Ehh, tulisan pun kena ada perasaan ke? Hahahah. Waktu semakin berlalu. Pengharapan yang tinggi apabila berjalannya waktu, menyebabkan diri sendiri lebih matang dalam berfikiran mahupun tindak tanduk seterusnya. Tapi, aku masih tak dapat nak capai. Buktinya, bila hantar usul dekat group kanan, dorang kata paduuu, powerr. Tapi, bila hantar dekat group kiri, kena libas dengan penasihat. Ya, ayat aku tu masih x matang. Tak pandai nak menterjemah apa yang difikiran melalui ayat. Orang macam aku ni perlukan masa yang terlalu banyak untuk terima kot. Aku rasa banyak kali je dah aku terima komen-komen yang macam ni, but I still make the same thing. Uarghhh. ******************************* Ouh ya,...

You are not alone

Aku baca satu entry ni, tiba-tiba air mata mengalir. Tepat kena aku kut ayat tu. Kebelakangan ni tulisan di blog ni banyak kepada luahan hati je kan? Sarat sangat ke apa segala perasaan ni?(yang penting bukan cintan cintun okay) Aku perasan, gastrik dah mula menunjukkan simptom-simptom kehadirannya. Aku baru tahu, yang gastrik ni pun ada kaitan dengan stress. Patutlah baru lepas makan pun kadang gastrik kan. Huhu. Gastrik ni tak best pun. Aku tak faham bila orang guna alasan gastrik untuk tak hadir kelas, untuk ponteng puasa dan sebagainya lah.Memang teringin nak kena kot. Haha. Aku banyak dapat sakit ni sejak aku mengenal erti kebusyan yang amat. Aku tak salahkan semua perkara tu pun. Aku yang nak. Aku yang cari sibuk tu. Cuma salahnya pada aku, bila tak pandai nak kawal banyak perkara sampai dapat penyakit yang boleh dikatakan serangkai lah kot? Tapikan, sebenarnya aku tak nak cerita pasal sakit-sakit yang aku ada pun dekat sini sebab aku dah pernah cerita kot dek...

Terkedu dipertengahan jalan

Ini dunia aku Aku suka dunia aku. Iya, sibuk. Aku tahu itu. Tapi aku suka sebabnya kesibukan ini mengisi aku. Sampai satu tahap, Aku terkedu, Kenapa aku yang perlu dipertanggungjawabkan untuk banyak perkara? Sampai aku terasa semua itu tekanan yang menimpa diri aku. Andai aku kata aku 'busy' sekalipun, ada yang nak juga aku uruskan sampai meminta tarikh yang aku lapang. Aku. T.E.R.S.E.P.I.T Akan ada waktu atau hujung minggu yang aku sengaja lapangkan buat keluarga. Aku perlu berbuat demikian. Apa guna banyak berbakti pada masyarakat tetapi tidak pada keluarga? Apa guna usaha 'dakwah' di dalam program, andai dengan keluarga jarang-jarang bertemu? Aku masih anak yang tidak terbiasa untuk tidak berjumpa keluarga buat masa yang lama. Keluarga besar ini masih menginginkan aku untuk bersama mereka. ***************************************************************** Aku tersepit diantara manusia yang mendesak. Aku harap aku kuat untuk semua...

Rumput Hijau

Aku berkunjung lagi ke tempat ni. Sudah lama rasanya aku tidak berkunjung ke sini. Semester 3 asasi aku cuma banyak duduk dirumah. Menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Mungkin sebab itu jugalah selalu stress kot. Tiada ketenangan luar yang dicari. Kali ni aku datang lagi, tetapi status pelajar aku sudah berubah. Aku kini merupakan pelajar Bacelor Pengurusan Perniagaan semester 1. Kenapa aku datang ke tempat ini lagi? Entah, hati ini tiba-tiba meruntun ingin mendapatkan satu ketenangan lagi. Walaupun aku tidaklah berada dalam kekusutan fikiran. I just want to be here. Find some peaceful. Pastinya bukanlah nak berjogging. I just came here for rest my mind. Banyak jugak yang nak difikirkan, tapi masih boleh dikawal dengan baik. Aku dapat komitmen baru Sebagai setiausaha lagi. Ya, lagi. Aku tak tahu adakah aku minat buat kerja setiausaha ni. Penat. Banyak yang nak dipastikan siap pada waktunya. Tapi aku nak belajar lebih lagi tentangnya. Mesti pelik kan k...

Ruang Putih Kosong

Tikar empuk menjadi alas si tubuh sedang yang bersila. Memegang telefon yang dikatakan pintar kerana kecanggihan yang melanda zaman ini. Jarinya pantas menekan carian enjin untuk membuka kotak oren yang ditindihi tulisan huruf B besar di atasnya. Ruang putih kosong yang menjadi tempat untuknya menulis apa yang diingininya. Yang terlalu peribadi, di simpan sebagai draft, yang sedang-sedang, dipublishkan. Ruang putih kosong tadi menjadi penuh dengan hitan tulisan. Tulisan kelegaan dipanggilnya. Tempat itu, akan menjadi tempat kegemarannya untuk dilawati setiap minggu mahupun setiap hari.

Blame

Assalamualaikum hai sahabat-sahabat! Sihat? Ohh, hari ni dah masuk raya ke-4 . Salam Aidilfitri. Hek hek. Minta maaf andai tulisan-tulisan di blog ni tak sedap dibaca. Pengisiannya kurang. Maaf. Blog ni bukan blog ilmiah sangat pun. Ikut mood nak menulis tentang apa😂. Untuk tulisan kali ni, aku tak nak sesedih, tak nak meluah. Act, a lot of things yang buat aku rasa macam bukan diri aku. Entah. Lantak lah sana. Pedulilah. Aku tak nak menulis dengan air mata. I'm so emotional nanti😢. Okay. Menjadi seorang student universiti pada masa yg sama menjadi aktivis dan juga menjadi seorang anak perempuan bukanlah sesuatu yang mudah. Eh yeke tak mudah? Hahaha. Yess, tak mudah bilamana banyak komitmen yang perlu diurusi dengan seimbang. Oh tak , aku tahu pasti ada yang tak seimbang. Aku manusia. Eh, sukati je sikit-sikit claim sebab manusia. Betul, aku manusia, sebijak aku, segagah aku, setabah aku, masih tak mampu nak beri komitmen secara seimbang. Act, tak ada kayu ukur untuk t...

Penghargaan

Menjadi orang yang cuba memahami ni pun susah sebenarnya bila apa yang kita cuba buat langsung tidak dihargai. "Tak pe weyh, aku memahami, aku faham." "Kau bukan dekat tempat aku. Kau tak akan faham apa yang aku rasa!" Mana ada manusia yang mampu memahami dengan sepenuh kefahaman apa yang manusia lainnya rasai. Dia bukan kau dan kau bukan dia. Tetapi, tak mampukah kau menghargai apa yang dia cuba fahami? Sedang dia juga tahu, dia tak mampu untuk memahami sepenuhnya. Manakala kau, yang sebenarnya mampu mengucapkan terima kasih atau kata-kata penghargaan atas keperihatinan dia memahami apa yang sedang kau rasai walaupun dia hanya mampu merasai sedikit sahaja. Usah mengharap untuk dihargai jika kita sendiri tak mampu nak menghargai manusia sekeliling :)

Stress=Ketawa=Jerit=Senyum

Jap, bagi aku gelak dulu. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. AAAAAAAAARGHHHHHH. AAAAAAAAAA. HIYAHHHHHHHHHHHH. Yes, done. Bila stress, kadang aku gelak then tersenyum sorang-sorang. Aku rasa aku dah capai tahap jadi orang gila kot. Boleh dah ni masuk hospital bahagia. Aku nak jerit sambil tersenyum. Tekup muka dengan dua tapak tangan. Jerit tanpa bunyi. Cuma suara angin yang dapat didengari. Setiap orang kena tahu macam mana nak tangani stress dia. Aku tak lah stress mana aku rasa. It just about something that makes me think twice. Aku tak pandai nak buat keputusan sendiri kadang-kadang. Then, aku macam terpaksa kena buat. Tapi bagi aku berat lah benda tu. Macam tekanan sikit. Tu yang tersenyum tu. Kadang rasa kelakar why me why meee. Why aku yang kena putuskan nak kena buat atau tak? Aku tak pandai lagi ni. Huhuhuhu. Weyh ni dunia tau. Tempat belajar. Kemonn, belajarlah. Bersedia untuk terima teguran. Jangan rebell. Hahhaa. Hai, saya tak su...

On The Phone

Ada orang kesah, ada orang tak kesah sebab 'unlimited call'. Aku jarang nak guna nama orang dalam penulisan aku di blog ni. Pernah guna, tapi jarang. Selalunya aku guna 'sister','brother', dia dan seumpamanya. Tujuannya supaya identiti orang tersebut tidak diketahui umum. Blog ni ramai yang baca. Entah orang dari mana-mana entah. Aku nak cakap yang aku behave lah sikit ni sebenarnya. Hahaha. Tapi. untuk penulisan entry ni, demi untuk menghargai walaupun si minah ni tak baca pun blog aku ni, tapi cukuplah aku tahu yang aku kena menghargai dengan cara menulis nama dia. Haha. Chan, kau kena tahu aku ni kawan yang tahu menghargai. Hekhek. Buat pertama kalinya, aku 'on the phone' dengan orang sampai satu jam. Chan yang start call dulu sebab dia ada unlimited call. Puas oh menyembang lama-lama dalam phone ni, baru ku tahu nikmatnya macam mana. Haha. Sembang kosong? Tak kayh. Sembang berisi. Haha. Perempuan bila sembang, memang tak lari daripada luah...

Sharing

Awalnya, aku buat blog ni time form 4 dengan niat saja-saja. Tahun lepas, ada sorang senior ni cakap, menulislah selagi kita rasa apa yang kita tulis ni bermanfaat untuk diri dan orang lain. Then, aku revise balik segala tulisan aku dari form 4 sampai waktu tu, bermanfaat tak apa yang aku tulis ni? Mana yang langsung aku sendiri tak boleh nak cari tang mana yang bermanfaat, aku delete balik entry tu. Hmm, aku perasan, banyak tulisan orang dalam blog mereka sendiri berkongsi banyak perkara yang bermanfaat, sementara aku? berkongsi cerita-cerita kehidupan yang aku lalui.  Sebagai penulis, yes, aku yakin tulisan tu boleh beri manfaat untuk diri sendiri, tapi aku tak pasti sejauh manakah tulisan tu mampu memberi manfaat dekat pembaca. Aku suka berkongsi cerita, lebih-lebih lagi tentang keluarga dan sahabat. Tapi, adakah perkongsian itu memberi manfaat dekat kalian? Cerita tentang macam mana mak aku memainkan peranan dia sebagai seorang ibu, cerita tentang...

Kata Si Dia

 Apakah ini kerana terlalu banyak perkataan negatif yang menyelubungi dirinya? Perkataan-perkataan yang hadir dari mulut-mulut insan yang jarang-jarang menghargai dirinya. Disokong pula oleh diri yang selalunya membenarkan kata orang. Lalu ditambah pula dengan perlakuan yang seiring dengan perkataan itu. LEMAH?? Ya Mereka berkata begitu. LEMBAB? Ya Mereka berkata begitu. AKU? Hanya turutkan. BODOH? Mungkin. Kerana aku turutkan. Akan sampai satu tahap bila dia hanya mampu berdiam diri, mengiyakan segala kata orang apabila segala yang diperlakukan sebelum ini tidak sedikitpun dihargai oleh si mereka. Benar, hidup ini bukanlah untuk mendapat penghargaan manusia. Tapi, si manusia itu pastinya menginginkan sedikit dorongan, bukannya kata-kata yang menjatuhkan. Benarlah apa yang didendangkan oleh kumpulan nasyid In-Team tentang Bicara Kata yang mampu membunuh lawan. Sehingga begitu sekali akibat berkata-kata yang tidak baik. Kata-kata juga mampu mematikan sa...

Rindu

Assalamualaikum pagi! Hari ni dah masuk hari ke- 14 Ramadhan. Alhamdulillah dipertemukan dengan Ramadhan kali ni. Tapi tu lah, sayangnya bila diri sendiri yang kadangnya tak tahu nak menghargai setiap detik masa bulan Ramadhan ni. Kemalasan yang mengundang itu rupanya tak mudah untuk ditangkis. Istighfar dikemudiannya juga kadang hanya sekadar meniti dibibir lesu. Langsung tidak tergerak pada perlakuannya untuk melakukan sesuatu yang lebih baik daripada bermalas-malasan. Menyedari hakikat ini, diri yang lari daripada kesibukan akan terus hidup dengan bermalas-malasan dan bersenang-senang. Akal fikirannya tidak banyak difungsikan untuk berfikir serta merancang. Apakah rindu itu hadir? Rindu pada diri yang sibuk itu? Yang akan sentiasa merancang pergerakannya di saat banyak perkara yang perlu diselesaikan. Berapa banyak masa yang diperlukan lagi? Ramai yang sedang berlari menuju kebaikan. Sedang dirinya? Juga sedang menuju kebaikan. Tetapi masih merangkak.

al-iman yazid wa yanqus

Imej
Biasa dengar kan iman ni yazid wa yanqus? Iman kita ni ada turun naiknya. Bukan sentiasa di atas dan in shaa Allah tidak pula sentiasa di bawah. Tergerak untuk menulis tentang ini setelah ber'chatting' dengan seseorang ni yang katanya sedang menghadapi masalah iman. Imannya lemah, tak kuat. Penyakit malas untuk beribadah tu kuat walaupun sekarang dalam bulan mulia, Ramadhan. Bulan Ramadhan yang mana sepatutnya menjadi bulan untuk kita banyakkan muhasabah diri, tingkatkan amalan, jauhkan kemungkaran. Aku yakin, semua daripada kita ni pernah menghadapi situasi malas sangat-sangat nak beribadah walaupun kita tahu ganjaran yang besar daripada Allah sedang menanti. Tetapi malas dan tak de mood itu tetap kita layankan. Tatkala itu, bukanlah bermakna kita langsung tidak punya iman, cuma iman di waktu itu kemungkinan berada ditahap paling rendah. Mewujudkan rasa penyesalan dalam diri itu perlu supaya kita muhasabah kembali. Tetapi, pernah tak kalian dah wujudkan rasa penyesala...

Sakit mata

Imej
Alhamdulillah. Gastrik aku dah lama tak menyinggah. Cuma migrain yang masih setia entah kenapa. Bekerja menghadap laptop ni sakit. Aku dah rendahkan kecerahan laptop yang paling rendah supaya mata tak cepat sakit, tapi disebabkan waktu yang lama menghadap laptop, mata sakit. Perasaannya rasa  macam nak tutup terus, tapi apakan daya, jika ditutup kerja tak berjalan. Inilah dunia realiti sekarang. Mahu atau tidak perlu diteruskan. Jadinya, kurangkan merungut, teruskan buat kerja. Sekian.

Kerja

Allah tahu apa yang kau mampu thats why panggilan untuk menjadi warden selepas interview hari tu aku tak dapat. Aku tak mampu untuk hadap situasi yang sangat berlainan dan menguji jiwa dan perasaan ni mungkin. Mana ada orang pergi interview, kemudiannya berharap tak dapat kerja tu. Selalunya orang berharap nak dapat.  Sebaliknya, aku selepas pergi interview dan membaca syarat-syarat tersebut, bila ditanya oleh rakan,"kau nak ke tak nak sebenarnya kerja tu?" "Doakan aku tak dapat weyh, aku tak nak. Takut tak mampu."  Ya, kalian sebagai pembaca mesti akan cakap, tak cuba lagi dah cakap tak mampu. Haha. Kadang tu aku tahu la jugak untuk menilai tahap kemampuan aku. Bukannya pada setiap perkara pertama itu aku tak mampu bahkan aku lebih suka mendapat pengalaman pertama yang mencabar. Cumanya ini untuk jangka masa lebih satu dua hari. Konsistensi untuk melakukan kerja yang sebegitu aku tak mampu. Sekarang, aku bekerja. Menguruskan program untuk bulan Ramadhan ni...

Sharing is caring

Assalamualaikum wahai pembaca sekalian! Sihat? Moga sihat-sihat selalu :) Aku dalam musim final exam sem 3 Foundation In Management. Tadi petang baru lepas satu kertas, Entrepreneurship. Aku takut dengan subjek ni sebab kena banyak membaca. Fuh. Berbaki lagi 4 kertas. Yeah, setahun hampir berlalu. Kejap? Emm, aku terasa lama. Hahaha. Mungkin sebab cara hidup yang baru kot yang membuatkan aku rasa setahun foundation ni lama.  Haritu pergi usrah umum gabungan dekat taman KLCC, ada satu kata-kata brother tu yang aku ingat, "tanggungjawab orang yang baca buku ini adalah dia kena sampaikan dekat orang lain tentang apa yang dia baca". So, meh aku nak share sikit dapatan daripada buku Bicara Iman Untuk Tenang tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Satu bab ni yang bertajuk 'Jangan Sekadar Menjadi Haiwan Berteknologi'. Dalam hidup ni, kita akan lalui 4 fasa yang dinamakan 4S.  STRUGLE (Perjuangan)  STABLE    (Stabil)  SUCCESS (Berjaya) ...

Laluan Kedamaian

Assalamualaikum warahmatullah ! Sementara menunggu waktu Maghrib masuk, dikeheningan senja ini, aku mengajak diri sendiri untuk menulis di blog ini. Sekadar melepaskan satu cerita tentang kehidupan dengan santai sambil mendengar surah-surah dialunkan. Ya, aku adore sangat dengan alunan ayat suci al-Quran daripada qari Indonesia, Muzammil Hasballah dan juga Imam Misyari . Selalunya suara ini yang sering didengari untuk mengisi jiwa yang kadangnya kusut, tak tentu arah dan sebagainya. Bukanlah bermaksud aku ni hanya dengar ayat-ayat al-Quran sahaja setiap masa, takk, bukan jugak bermaksud aku tak pernah lagha. Ohh, jauh sekali. Disebabkan terlalu banyak benda lagha yang kadangnya aku sendiri tak perasan dan aku sendiri terbazirkan masa dengan perkara tak mendatangkan manfaat sama ada buat orang lain mahupun diri sendiri lah, di waktu santai aku mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran ini. Lemahnya aku sebagai seorang manusia, tidak bermakna aku tidak mampu mengatasi kelemahan itu. Dan, m...

Safran Sa'id ya asdiqo'i !!!

Imej
Perlu aku sedari hakikat kehidupan ini yang sememangnya akan bertemu dengan perpisahan di saat yang tepat. Entah mengapa, perpisahan kali ini begitu terasa walaupun di saat ini kita telahpun terpisah setelah beberapa lama. Mungkin kerana perpisahan kali ini mememisahkan jarak yang sangat jauh barangkali. Air mata ini tidak mampu diseka. Setiap kali diseka, setiap kali itu ianya terus mengalir. Perasaan yang berbaur ini sememangnya sulit untuk diluahkan. Dan mungkin tidak perlu untuk diluahkan. Pemergian kalian ke bumi Mesir atas tujuan menunutut ilmu itu teramatlah mulia. Berangkatlah dengan selamat wahai sahabat-sahabat. Akan ku terus merindui jasad kalian untuk berjumpa. Semoga kejayaan yang diimpikan tercapai. Semoga diri kalian terus diberi kekuatan dalam merindui keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat di Malaysia. Sungguh, rindu itu, bila dia hadir, terlalu sakit untuk dirasai. Semoga kalian terus diberi kekuatan dalam menghadapi segala cabaran hidup di bumi orang. Semoga kalian ...

Kata Hati

Imej
Buku diari yang lama tersimpan rapi. Kucapai salah satunya. Kubuka lembaran demi lembaran. Berjuta memori tersingkap kembali. Waktu Kau sememangnya tidak dapat diundurkan kembali Segala memori itu tersimpan digulunganmu Hanya menjadi bualan untuk diingati semula Hanya menjadi ingatan untuk dikenang semula Segala memori yang disimpan kemas diingatan Memberi berjuta hikmah dalam lipatan kehidupan ini Juga mematangkan buat diri yang masih di atas perjalanan pembelajaran Setinggi-tinggi ucapan terima kasih Buat insan yang sudi hadir dalam hidup ini Mencipta bersama kenangan buat tatapan diri sendiri Walaupun hadirnya cuma sementara Walaupun hadirnya membuat kutersakiti Walaupun hadirnya sekadar ingin menguji Terima kasih kuucapkan Tanpa hadirnya insan-insan sebegini Mungkin aku akan terus berada di dalam keselesaan kehidupan Buat yang sentiasa disampingku Jasa seluas lautan itu tak pernah kulupakan Membalasnya mungkin tak ku termampu Moga-moga Allah membalasn...

Kembara panjang

Assalamualaikum :) Haii, sihat? Semoga sihat-sihat selalu. Nikmat paling agung tu. Berniat nak tulis entri ni sebenarnya setelah betul-betul berakhir fasa ke-20 Kembara Murabbi pada 18 Mac baru-baru ni, tetapi apakan daya, masa tidak mengizinkan dek terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan segera. Malam ni lah ada waktu lapang sikit, walaupun tak lah berapa lapang sangat. Hehe. Nak mengharapkan betul-betul lapang tu, hmm, entah bila lah boleh dapat. Entri kali ni nak berbicara berkenaan Kembara Murabbi 2 Tahun. Fuh, laju je masa berlalu. Sudah 2 tahun aku mengikuti perkembangan program Kembara Murabbi ni. Nama terpilih untuk menghadiri program ni ketika fasa pertama sangatlah mendebarkan. Jujurnya, aku tak tahu kenapa nama aku tersenarai sedangkan ramai je lagi senior-senior lain yang lebih layak. Menghadiri fasa pertama bersama Izzati bertumpangkan Abg Kam ke Shah Alam. Sampai je di surau tersebut, kecut -perut dek melihat kehadirannya dihadiri oleh ramai senior yang heb...

Baitul Muslim Itu Adalah Pangkalnya

Assamualaikum. Hello. Sobahal Khair! Dikesempatan ini, dapatlah untuk aku menulis sedikit coretan cerita yang lama sudah aku tinggalkan dibelakang. Haritu aku ada baca blog seorang penulis yang terkenal, Inche Gabbana. Tertarik dengan entry last beliau mengenai baitul muslim yang akhirnya menjadi asbab kukuh terhadap didikan anak-anak. Here I wanted to write about my parent! The superstar ever in my life! Dan semestinya penulisan ini adalah sepenuhnya imbasan kembali zaman kanak-kanak aku. Watak utamanya adalah seorang ibu yang sangat hebat! Here we go! Mak aku decide untuk berhenti kerja bila dapat anak kedua which is abang aku, Amin. Ya, berhenti kerja sebab nak jaga anak sebab mak aku tahu bahawa seorang ibu tu adalah sekolah terbaik untuk seorang anak. Belajar solat, mengaji, matematik dan lain-lain, semuanya mak yang ajar. Eh, yang matematik tu wajib tau untuk dinyatakan sekali sebab my mom gigih gila buat buku sifir guna kad manila dan dijahit tengah-tengah untuk anak...

Final Sem Foundation!

 Assalamualaikum hai semua. Thank for reading my previous entries! Sekarang aku dalam fasa terakhir menduduki asasi pengurusan perniagaan. Ou, sungguh fasa terakhir ni merupakan satu fasa yang sangat kabut dengan project assignment in a big task and also kabut dengan program persatuan. Ya, semoga semua ini berbaloi untuk kehidupan seorang gadis kecil macam aku ni. Sebelum ni, aku sendiri cakap dekat diri sendiri dah tak nak jadi komiti mana-mana program persatuan sebab aku nak fokus foundation aku, dan ketahuilah semua itu dusta. Hahaha. Haihhh, susah kot nak lawan perasaan tu weyh. Bila orang offer, aku terima je in term aku nak belajar benda baru. Yaa, thats why kabut. Hiahh. Sem 3 ni aku target nak dapat dekan since dari sem 1 tak dapat-dapat. Tapi, emm, macam lagi kelaut je harapan tu. Aku target, untuk CGPA foundation. nak kena dapatkan dekan so that senang bila nak mohon biasiswa. Tapi, untuk mendapatkan CGPA dekan, aku kena dapat GPA 3.65 for this sem. Huhu. Bukan tak ...

Kata Maaf yang Tersimpan

Imej
Dia bukanlah manusia jika hidupnya tanpa melakukan kesalahan kepada manusia sekeliling. Bukan juga manusia jika tidak pernah merasa sakit hati. Bukan juga manusia jika tidak pernah tersakiti hati orang sekeliling. Tidak menjadi asing jika manusia melakukan kesalahan kerana fitrah manusia yang sememangnya lemah untuk sempurna menjadi yang terbaik. Namun, disebalik kesalahan yang dilakukan perlu disusuli dengan kata maaf. Kata maaf yng terlalu mudah untuk diluahkan tetapi teramat susah bagi mereka yang menjunjung tinggi ego mereka. Kata maaf ini satu ucapan yang baik, maka ucapan yang baik ini jangan ditangguhkan supaya disaat kita pergi menghadap Ilahi nanti, kita dapat pergi dengan tenang tanpa beban. Begitu juga membayar hutang dan mengucapkan ucapan cinta kepada orang yang kita cintai di dunia ini seperti ibu dan bapa. ********************************************************************************* Raisya menyelak helaian dokumen di skrin telefon miliknya sambil menitiskan...

You Guys Must Be Strong Always!

Aku ada beberapa orang yang aku angkat sebagai idola aku. Tapi, tak de lah aku taksub sangat dengan idola-idola ni. Haha. Aku respect idola-idola ni tinggi. Aku contohi attitude dorang. Aku tengok cara dorang. Aku nak cuba jadi macam dorang dalam cara aku sendiri. Aku tak suka tengok idola-idola ni down. Tak suka. Aku nak idola-idola ni sentiasa kuat. Dorang kena kuat! Sebab dorang kena tahu ada orang yang pandang dorang. Ada orang yang setia menjadi supporter dorang. Walaupun orang tu tak cakap yang dia setia jadi supporter. Sebab bagi orang tu, cukuplah setiap doa yang meniti di bibir. Doa itu ada untuk mereka. Jangan risau. Tugas idola-idola ni ialah dorang kena sentiasa kuat! Jangan tunjuk yang anda lemah. Jangan tunjuk yang anda down. I beg you. Please don't T_T

Pesan Kecil

Kalaulah dalam dunia ni ada subjek 'Blog', aku rasa aku boleh jawab subjek tu dengan baik ! Dan akulah orang yang paling rajin nak ulangkaji subjek tu. HAHAHAHA. Tak tahu nak mulakan ayat macam mana, tapi setiap orang ada pendapat sendiri, setiap orang ada cara sendiri dan setiap orang ada sensiviti sendiri. Tu kira dah ayat mula kan? Hekhek. Aku bukan orang yang suka sangat sentuh bab ikhtilat ni sebabnya macam aku cakap sebelum ni(aku pernah ke cakap eh?), aku seorang yang suka sosial. So, kadang tu bab ikhtilat ni macam aku terlepas pandang sikit tapi still aku pandang berat jugak. Faham tak?Haha Bab ikhtilat ni, kalau diambil ringan, dia jadi dekat sangat dengan fitnah. Which is, benda ni paling aku takut. Ku perhatikan je gelagat orang sekeliling. Perhati dan cari iktibar. Aku pernah dengar quote ni "Orang yang hebat ialah orang yang mengambil pengajaran daripada kesilapan orang lain". Aku cuba nak jadi macam ni. Tapi itu taklah bermaksud aku hebat pun. L...

Gerak hati

Selalu orang kata yang perempuan ni tak fikir panjang. Betullah tu. Aku sebagai perempuan akui benda tu. Sabtu malam ada forum CaCaCa. Punyalah semangat nak dengar forum ni, aku duduk sebelah Rozana dekat bahagian peserta PMGS18. Tempat duduk asal dekat habagian atas belakang. Sian Qila kena tinggal, huhu. Dia kena tahu kot kawan dia yang sorang ni memang perangai macam tu. Aku tak suka kalau tak nampak muka orang yang tengah bercakap, jadinya memang kena duduk depanlah. Barisan kerusi keempat dari depan. Iya, malam tu aku acah-acah peserta PMGS18 kejap. Pengisian forum tu padat gila, best! Aku rasa macam sekejapnya forum tu berlalu, tak boleh anjakkan masa banyak ke? Hahaha. Point paling aku  ingat ialah tentang rasa berTuhan. Manusia sedar dia ada Tuhan, tapi dia selalu tidak merasai berTuhan. Sifat Ihsan ni perlu ada dalam diri , pasakkan dalam hati. Allah nampak apa yang kita buat. Lagi satu point dari Abg Umar, "Jangan keluar kelas selagi tak faham, sebab sebagai ak...

Cerita ABC

Menceritakan pengalaman pertama kepada orang awam ni menjadi satu kegemaran bagi si gadis bernama Azimah. Hahahha. Semangat tau aku nak cerita pengalaman pertama ni. Bestnya sebab first time. Macam yang aku pernah tulis dalam entry sebelum-sebelum ni, semua pengalaman pertama tu best dan akan menjadi pengalaman terindah. Jika dikira, buat kali keduanya aku drive kereta jauh siap boleh buat solat jamak. Tipulah tak takut kan? Dah lah tak tahu jalan nak ke Bangi tu, hanya bergantung harap pada aplikasi Maps je. Sepanjang perjalanan aku ditemani oleh Qila dan Arif Haziq. Rancaklah bercerita itu ini, lagi-lagi bila dah lama tak sembang dengan Arif since dia dah ambil STAM dan Qila pun rancak dengan cerita-cerita dia. 2 jam 15 minit perjalanan dan akhirnya sampai di GMI. Yeahhh, finally!! Berjaya drive sendiri sampai Bangi. Penat oh drive jauh-jauh ditambah dengan jem lagi sebab takde roti. . . . . .-_-. . .Ni lawak Qila guys, gelak sikit. Huu Dah smpai GMI, Arif daftar diri, aku deng...

Kenapa masih di sini?

Sabtu yang ceria, di bumi Kajang, di dalam auditorium. Asyik bersembang sesama sendiri, ada satu soalan yang diajukan oleh seorang sahabat kepada seorang lejen ni. Soalannya berbunyi " Kenapa masih kekal dalam ni?" Menarik jugak soalan ni diajukan kepada lejen. Ye lah, asyik yang muda and yang baru masuk je yang ditanya, sampai aku rasa jawapan tu jadi jawapan yang sangat clishe bila datangnya daripada bibir orang yang baru masuk. Dan pada hari tu, aku dapat satu jawapan yang jarang-jarang dijadikan sebab kenapa masih kekal di dalam ini. "Bagi abang, sebab fikrahnya. Memanglah dapat ukhwah apa semua, tapi yang utamanya sebab fikrah" Kitorang yang mendengar ni pun mengangguk-anggukkan kepala. Aku pun berfikirlah sejenak, kenapa aku masih kekal untuk tempoh masa hampir 3 tahun ni? Fikrah tu mungkin salah satu sebabnya juga, tapi aku tak tahulah sama ada ianya menjadi sebab utama atau tak. Untuk sekarang, banyak sebab kenapa aku masih kekal, cumanya aku...